03 May, 2012

PANGGILAN HANGIT

Allah Hu Akhbar
Allah Maha Besar




Pagi tadi  , di pejabat , tiba-tiba ada panggilan masuk ke hphone pB.
Tengok nombor di screen , nombor yang tidak dikenali.
Tapi jawab jugak lah , kot kot panggilan tu panggilan penting

Disebelah sana , seorang lelaki cina sedang bercakap dengan dailek yang

"Hello , saya dari MBF Credit Card. Ini Puan pB ker?"
"Pagi tadi kita terima call dari puan minta untuk tambah limit pada credit card puan".

Masa ni , pB dah macam blur . Bila masa pulak ada call mana mana credit card centre?

"Kami tidak boleh luluskan permintaan puan , kerana puan ada bayaran tertunggak".

"Bila masa pulak , saya call your centre. Credit card MBF pun saya tak ada. Saya cuma ada card
Maybank jer" (pB).

"Puan tak buat panggilan ? Nama puan A dot dot dot. Ic puan 7210XXXXXXX".

"Betul tu ... Bayaran tertunggak , banyak mana? Dan kat mana saya buat belian" (pB)

"Tertunggah sebanyak RM9OOO. Dan di buat di Pulau Sentosa , Singapura pada 6/3/2012, bil dihantar ke alamat Lot ..... Kota Bharu".


Terkejut badak , bebbbb. Ingat-ingat pB , last pB masuk Singapore , masa tu pB darjah dua. 31 tahun yang lalu.

"You buat panggilan dari apa nombor ?" (pB).

"03 21677722".

Pada masa yang sama , pB check nombor tu melalui sistem (yup, pB boleh check no telefon direct line).
Tiada rekod pun .

"Tiada rekod pun no telefon ini"





Terus orang cha ya nun alip tu letak phone. Dah lar bercakap pelat bagai nak rak. Bila pB cakap omputih , langsung dia tak balas balik dengan omputih. Still dengan bahasa pelat dia .





Dok baca cerita orang , tak sangka pulak diri sendiri nak kena. Masa dok bercakap tu , dalam fikiran cuma fikir nak buat laporan polis je dan cuba mendapatkan sebanyak mana maklumat yang boleh.

So , buat member di luar sana , be extra carefull. Dan ingat no telefon ini . Scam phone. Bila check dengan MBF Card Centre, no telefonnya , hampir-hampir sama.

Scam phone number : 03 21677722
MBF Card Centre : 03 21677600


B carefull , ok
Sampai sekarang , hati dok berdebar-debar.

17 comments:

pizli.mw said...

Wah, bahaya betul ni..

gadisBunga™ said...

hmm...kemain lagi diorg nak scam scam orang eh???

Kakcik Seroja said...

Kakcik ingat tadi Faizal atau AG yang call pB. :)

wifemdnavy said...

la.. sama kes ngan Kakcik.. Tapi mmg kena hati2, tak mau cepat gelabah utk jawab panggilan cam nih!!

Anonymous said...

pb, saya pun pernah kena. saya ckp x pernah ada kredit kad walau 1 and x pernah ada passport. trus dia kata dia tlg buat report kat bank negara. pastu ada plak konon2nya officer dr bank negara nak clarified report yg dibuat oleh wakil dr mbf card tuh. pastu saya ckp x pe la saya akan report polis trus dia letak tel. so hati2 bila terima call yg mcm nih. from: wati(sg buloh)

Zareda Norman said...

Pb

Baikcheck juga dgn mbf card centre kot kot ada yg buat kad kredit guna ic pb.

Zar baru ni bank call nak bagi membership vip kat cimb tap zar cakap maaf saya tak berurusan melalui telefon, sila hantar surat utk sbrg clarification. Emel emel pun tarakP

Penyubiru said...

Pelik.dari mana diorang dpt detail nama ngan no ic tu.. Bahaya betul, kalau tak berhati2 mungkin boleh terkena. Nice sharing .

nazayiena said...

Bahaya betul skrg yg menipu camnikan,nasib baik PB x gelabah.....

Dr K said...

laaaaaa..saya pulak igt kan pB betol2 kena panggilan hangit Hot FM!

MOKCIK AZWA said...

Ya..betul cadangan Zar tu PB..just check dgn MBF kot2 ada yg curik guna kita punya particulars..huhuhu

Mulan said...

tak pernah kena tapi ada kawan kena..

Acik Erna said...

pB..terima kasih..mengingatkan kawan2 disini untuk berhati2.macam2 boleh jadi sekarang ni

aNIe said...

Salam PB...akak ingatkan betul2 punya panggilan hangit dari Hot FM... rupanya panggilan nak mengenakan orang...

Tapi betul kata Zar... kena cek jugak ye... sebab cik abang akak pun terkena jugak

Apai said...

fuhh..ingat lam tenet je ade scam...phone sekali kene..ish2..sblum ni ada gak experince bende same..pelik bebenor...padahal xde pun gune service itu ini..tetibe lak leh bace kita nye detail...hurmm, wonder sape la yg suke suki expose data ni..

Mak Su said...

maklumat kita dijual beli ker?

Irfa said...

menakutkan..rm9000 tuh

madam casper said...

bahaya depa tau details kita ishhh

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...