14 June, 2012

1156

Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran aBear. Alhamdulillah , Allah panjangkan umur aBear hingga ke hari ini. Hari ini genab aBear berusia 41 tahun.

Tiada sambutan . Biasanya , kami berdua akan ambil cuti dan habiskan masa bersama-sama.
Lunch dan menonton wayang. Tapi , rasanya sudah acapkali agenda itu dilalui. Sampai satu point rasa seperti aktiviti itu sudah tidak terasa 'special' lagi. Dan jadi macam rutin.

Sms ucap selamat hari jadi pun pB tak hantar. Hadiah ... lagilah tak beli apa-apa. Cuma semalam jer , just post birthday wish kat wall facebook aBear.

Yang sebenarnya , jauh kat sudut hati ini , timbul rasa takut dan risau. Bila genap umur kita , maka kita hampir kepada saat kematian. Kita tidak tahu bila ajal maut akan tiba. Mungkin hari ini , mungkin malam ini , atau pun mungkin 10 tahun lagi.

Sempena hari keramat ini , pB doakan agar aBear akan terus diberi kesihatan yang baik , terus menjadi suami yang terbaik untuk pB , abah yang bagus untuk anak-anak kami dan semoga kita sekeluarga akan dapat bersatu di syurga nanti. Amin .....



Handsome kan ...? 

13 comments:

Irfa said...

BETUL TU
SENTIASA MENGHARGAI SETIAP SAAT YG ADA SBB TAK TAHU BILA AKAN MATI

AMIN UTK DOA2 ITU
DAN SELAMAT HARI LAHIR UTK ABEAR

Acik Erna said...

assalam pB..selamat hari lahir untuk suami pB...
sebenarnya setiap kali umur bertambah ..fikiran kita akan kearah mati..acik pun sama..

m.u.l.a.n said...

happy birthday utk dia.. moga sentiasa sihat & dirahmati Allah...

kakcik said...

aBear pb tu muda 10 tahun dari kakcik. Didoakan semoga panjang umur, murah rezeki, sihat sentiasa dan yang penting dilimpahi kasih serta rahmat Ilahi. :)

pena rozie said...

semoga dipanjangkan umur seta dimurahkan rezeki...

risanur said...

semoga dipjgkan usia dan dimurahkan rezki...moga kak pb bahagia bersama suami dan anak2 tersyg...

Rai said...

happy bday buat abear kak pb.. semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki..

Anonymous said...

Sama tarikh dgn harijadi ela...semoga abear pb dikurniakan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki...amin -ip-

pizli said...

Hehehe, semoga Abear panjang umur dan murah rezeki.

Zareda Norman said...

Yg pntig ingatan.. :-)

Semakin banyak umur, semakin matang kita menilai kehidupan

Sha said...

moga usia suami pb dipjgkan.

smoga hidup lbh harmoni utk pb sekeluarga. amin

naniasda said...

X perasae ko entry ni, baco hok DW jah td, biar xkenal pun kak yah nok wish jugoklah a happy belated birthday ko 'Abear' pB, semoga bahagia sokmo nga pB serta anak-anak. Mudo belana lg umur tu and a lot more to look forward to :)

~adeQ~ said...

Happy birthday utk cik Abg kak PB, semoga bahagia selalu. Pegilah dating urut badan kat Thai Odyssey ke...=)

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...