1165

Semalam , telah selamat berlangsung nya majlis tahlil / kenduri doa selamat @ Tok Ma nak mengerjakan umrah pada 14 Julai ini dan juga majlis potong kek harijadi Nurin dan Farhan / anak saudara pB.

Dilampirkan gambar-gambar sebagai bahan bukti ....






Kumpulan yassin wanita dari kawasan Puchong Perdana.
Alhamdulillah , tetamu yang hadir untuk bacaan Yassin dan doa selamat
adalah dalam 35 orang.

Penuh ruang tamu ghumoh kawe ...
Sapa ado hok keno duduk du muko pie'tu masuk.

Ghumoh kawe kecik jah (itulah hakikatnya).


 Gulai Udang
 Acar timun + carrot + nenas + lada merah + bawang merah
 Telur ayam direbus
 Gulai kuning ikan tongkol yang telah direbus dengan asam keping .
Gulai kerutuk ayam yang superb !!!!

Lupa lak nak ambik gambor nasi dagang nyerr .....


Selepas acara yasin , acara belah kek pulak.
Ini acara petang.
Acara sedara mara.

 Kek beli dari kedai The Berry's
 Ini budak birthday boy.
Ini abang no dua
 Birthday girl ... She is now 9 years old.
 Dah besau dah anak mama nie.
Aiks ,,,,tak jelas lar pulak.


Mama suap kek ..
Tapi tak nampak muka mama ...


Kepada Dr Nurin Azmatun ,
membesarlah menjadi anak yang pintar dan solehah.
Semoga mendapat kebahagian dunia dan akhirat.

Begitu juga untuk Mohd Farhan.

Comments

cheqna said…
moge semuanya selamat
gak bakpo mama napok sikit jah tu?? =)
naniasda said…
Selamat Mengerjakan Umrah utk Tok Ma dan Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-9 utk Nurin :)
m.u.l.a.n said…
moga tokma mendapat umrah yg mabrur..

happy birthday to kanak2 ribena tu..
Irfa said…
wah sedapnya..
kalu dekat buleh join ;)
kakcik said…
Kena betul gabungan hitam dan merah. Sampai tikar pun dari warna yang sama. :)
~ yus ~ said…
cantik baju kumpulan yassin wanita tu.

Moga tokma selamat pergi dan kembali dari mengerjakan umrah dan mendapat umrah yang mabrur. Juga happy birthday untuk anak2 yang sambut birthday tu..
MystoryPic said…
Happy birthday Nurin .... untuk Farhan gak birthday boy... sori lah Nurin acik tok ingat pun birthday Nurin... kalau tak boleh acik amik gambar Nurin
bahan bukti PB ni tak leh bawak masuk mahkamah sebab pakai kamera digital... hahahah... hepi besday kepada girl dgn boy ye.. jadilah anak yang soleh...
mokwo® said…
ghaso nak bereneng dale krutuk aye tuh!!hihi... hepi birthday to nurin n farhan...n selamt mengerjakan umrah buat tok ma!!
Lizan said…
pb.... sedapnya makanan...terliur tengok semua....
salam pb...


saya dah pindah blog tau!!
Kakzakie said…
Happy birthday Nurin and Farhan..

Resepi gulai kuning ikan tongkol tu pB bagi kakak tahu apa dia bahan-bahannya. Kakak tak pernah lagi merasa atau dah makan tapi tak tahu nama resepinya. Mata kakak dah terpikat terus terliur sama...
Anonymous said…
Salam...maafla tak sempat nak merasa nasi dagang yg sedap tu...ruginya. Selamat mengerjakan umrah utk Tok Ma...semoga sihat dan dapat beribadat dengan tenang.

Happy Birthday to Nurin, InsyaAllah semoga membesar sebagai anak mama yg baik.

cm
Anonymous said…
[url=http://cialisonlinehere.com/#dtilt]cheap cialis[/url] - cheap cialis , http://cialisonlinehere.com/#dcbgc cialis online

Popular Posts