TESTING

Sejak kesah yang nak upload gambar tak dapat , kes space dah nak penuh tu , pB macam dah tak ada mood yang update panjang-panjang.
Padahal  , kes dalam dilema yang tak selesai-selesai tu.
Apa apa pun , kita tinggalkan lah dahulu bab dilemma tu.

Hari ni saja nak try test upload gambar.
So far , so good. Dapat masuk semuanya.

Ini kisah pada Hari Malaysia baru-baru ini.
Kita orang ke Muar , hantar Kakak masuk asrama.

Pagi ahad tu , sebelum pulang , kita orang breakfast kat Kedai Deen Capati.
Kedai ni agak femes ames kalau kat Muar nie.

Menu utama ialah capati dengan daging cincang.
Dan juga roti arab dengan kuah kacang phool.




Yang baju kuning tu , namanya Farhan.
Anak ke tiga dari empat adik beradik.
Yang tudung pink tu , Umminya @ adik ipar pB @ U.Aiman.
Kakak makan mee rebus.
Tak mau roti  , katanya.
Inilah dia ... Roti Arab kacang phol.
Memang superb .....
Ini tempat masaknya.
Ambik kau   , sampai ke dapur masuk.
Bukan apa , pekerja tak ada hari tu.
So , kalau nak cepat , sendiri ambik , sendiri hantar ke meja.
Tok Ma makan roti arab daging cincang.
Besh kan ....
Ini sarapan aBear.
Capati dua keping , wa cakap lu
Dulang yang antik.
Adik kesayangan pB.
Walau tak pernah cakap , harap dia tau
yang kakaknya sayang sangat sangat pada dia.
Mee goreng ...
Makcik ni tengah sediakan
Dapur .
Bersih ....
Pagi-pagi dah banyak dah lauk pauknya
Harga untuk makanan.

Pagi tu , kami makan dua keluarga cuma kena dalam RM 55 ...
Tak mahal mana pun ....

Comments

Bapak said…

teringin makan kacang phool tapi x pernah berkesempatan ke Johor.

ari tu Orang Rumah Bapak buatkan guna kacang pholl dalam tin beli kt Mydin.

sedap tapi tahula rasanya sama ngan yg asli ke x? heheh...
Irfa said…
fuyooooooooooooooo tu dio
telan air tgk gambar

mmglah sayang..itu satu2nya adik kakpb kan?
Ibu n Abah said…
wow.... menyelerakan...
pernah makan kacang pool dan roti arab.. tak berapa suka tapi yg u punya ni nampak sangat menyelerakan...
kat mana kedainya?
kakcik said…
Aduhai.... Terliurnya tengok makanan walaupun perut dah penuh! :)
Daddy Ziyyad said…
Muar kat mana Deen Capati ni? Nak jugak saya try..boleh compare rasanya dgn Kacang Pool Haji kat Larkin tu :)
ish terkedu pulak saya tengok kuah yang dimakan dengan roti arab tu, nampak sungguh menyelerakan. sedap sangat ke capati sampai hubby awak tu makan 2 kpg? sedap lah tu!

p/s PB, saya ada hadiah untuk PB. dah lama bwk gi opis tp nak jumpa PB tu jer yang tak berkesempatan lg.
azieazah said…
Kacang Phol makan dengan telur mata kerbau camtuh? Best nyaaaaaaaaa!!!!
Dr Singa said…
saya asli Muar pun tak pernah tau apatah lagi makan kat sini
kat mana ek!!?
Neeza Shahril said…
rindunya roti arab yang betul2 roti arab.. hok ni supo roti bantal hehee... denu (Jubail), roti arab muroh jaaahh...
insan marhaen said…
Kat sini ada, Abang E Capati. tetapi pekerjanya ramai dari Indon. Tapi memang meriah.

Dr MAZA sekeluarga juga pernah singgah makan di sini.
Wahhh nmpk sgt menyelerakan roti arab tu..
Gmbar yg ke4 dari atas tu kuah roti arab ke?
warna merah tu..
m.u.l.a.n said…
kacang poooool... lama tak makan..
Kakzakie said…
pB jgn lupa resize gambar sebelum upload tau...

Tempat ini kakak dah selalu masuk juga, Kakak suka roti dgn daging cincang dia. Sedap kan. Cuma setiap kali kakak kata air milo tak nak manis tetap manis juga...
Rumah Kuning said…
nampak gebu je roti dia. hehehe mesti sedap.
capati mmg lazat.

tebaik entry nie
hilang rindu dgn kak zana

Popular Posts