Selamat bekerja semula kepada pembaca - pembaca yang minggu ni baru masuk pejabat.
Mesti seronok bercuti-cuti bersama-sama keluarga , kan....
Kepada ibubapa yang baru mendapat keputusan UPSR semalam , tahniah kiranya anak - anak anda berjaya mendapat 5A. Untuk yang kurang berjaya , tak perlulah sedih sedih sangat. Masih panjang perjalanan hidup anak - anak anda semua ...
Jab , jab ...
Nak tepuk dahi ...
Roh mana pulak lar yang masuk dalam tubuh badan pB pagi-pagi Selasa nie...
Punyalah formal pembukaan entry hari nie ....
Kah kah kah ....
Terlebih makan laksam barangkali ...
Atau tension sebab duit tinggal ciput jer dalam akaun.
Gaji lambat lagi .... 27 hb tu baru masuk akaun .....
(agak agak ada tak yang bermurah hati nak bank in duit untuk pB as birthday present)
aBear now ada kat Ipoh. Out station kat sana selama dua minggu.
So , dia ada buat plan nak bawak anak anak masuk Lost World Of Tambun.
Saper pernah bercuti kat situ , tolong lar tinggalkan komen dalam entry ni.
Nak tahu sangat .....
Berbaloi ker bawak anak anak ke situ ......
Luahan hati : kadang kadang rasa sedih sangat sangat sebab bila nak plan cuti cuti Malaysia ni kena fikir banyak perkara terutama sekali kena fikir bab duit nie.
- Nak pilih hotel pun kena pilih elok elok yang mampu di bayar ... tak boleh nak simply choose jer (5 star keatas) ...
- Nak bawak anak masuk theme park pun kena fikir pasal duit , pasal harga tiket.
- Nak belanja anak anak makan pun , kena tengok tempat dan restoran. Kalau yang mahal mahal macam Chilli's , TIG , Fish Manhattan memang tak mampu ... hu hu hu ...
Kesian budak budak tu ....
Sedih sangat sangat ....
19 comments:
adeh kak..teringin gak makan laksam..
sama la kita..poket kering skang ni.. kakaka..
saya pernah ke Lost World tu kak...anak2 saya suka...selain ada taman tema, ada mini zoo sekali dlm tu...ada mini theme park...ada kolam air panas jugak...
tu lah kan kak...terus terang saya ckp, melancong kat Malaysia adalah mahal sebenarnya...nak2 lagi time cuti sekolah, harga hotel dan makanan up sekali ganda...nak masuk theme park pun bukan calang2 harga dia...kalau kena dgn anak ramai, mmg kena fikir byk kali....huhu...
Sebenarnya kan... bila memikirkan gaji yang lambat lagi, kakcik pun rasa nak pengsan berkali-kali! ;-)
as salam..1st things, salam prkenalan. lost world of tambun? mmg sgt best, bonda baru pergi bulan may tempohari dan nak repeat balik mggu depan.tak rugi bawa anak2 ke sana asalkan bawa bekal kot, makan mahal..hihi.singgah2lah blog bonda yer...tq ^_^
sebut pasal gaji ni..kty lagi lah lmbat..tak 3hb..7 hb..huhuhuhuhu
anak2 dah riuh ajak mama bercuti ke pantai ler..ke taman tema ler.
tp dgn musim ujan je skrg..semua permintaan ditolak..
kita g muzium..g planetarium..hehhee..tp taun sudah dah gi..paksa jugak pergi lagi
citer bab duit ni 44 hari 44 malam tak penah abis kak
tp cer kita fikir pulak rezki yg Allah bagi dlm bab lain
anak2 sihat..kita sihat walafiat(makin tembam..saya la tu)
so lega rasa hati..
duit boleh cari
bab theme park tiket mahal tu..mmg xleh kata apa
lagi ramai ahli..lagi byk kena bayar tiket
Zar x pernah pi lg lost of tambun ni.. Hehe. Skrg ni zar pun tak de plan nak cuti.. Bukan sbb duit tapi sbb masa. Kami suami isteri sangatlahhhhh busy sampai mid dec.. Sesekalifikir kesian sgt kat anak dara sorang tu.. Mngharap harap nak pi makan sama sama jalan sama sama.. Huhuhu
Tadik akak makan laksam.
Tak kenyang pun sebab ciput bebenor.
Harga leh tahan. RM3 sebungkus.
susah kan hidup makan gaji nie
Memang akak sokong apa yang Wahida tulis.
Melancong di Malaysia memang mahal.
Kena pulak keluarga yang ramai seperti kak pB nie. Anak lima. Tiga dah masuk kategori dewasa. So , tiket kanak kanak ni dah tak main lah ....
Itu baru bab tiket. Hotel penginapan pun mahal . Kalau anak anak lelaki tak kesah kalau dok hotel cowboy. Ini anak perempuan. Kenalah jaga sikit.
Thx atas info ttg waterwolrd tu
Inilah bila kerja 'makan gaji' (kita makan gaji tu yg asyik tak cukup sebelum cukup bulan hahaha...)
Kalau kita bizz walau ada duit keluar tapi tiap hari ada masuk itu yg tak sama. Bilalah kakak boleh buat macam tu pB. Mimpi adalah..
Jom akak ...
kita pengsan sama sama
as salam
salam perkenalan. Terima kasih kerana sudi baca blog pB.
Boleh bawak masuk makanan ke Bonda??
Rasanya buat masa sekarang ni , pB rasa rancangan nak bawak anak berjalan ke Ipoh terpaksa dibatalkan ....
Huissshhhh lagi lambat dari tempat kerja pB lah kalau begitu.
Muzium ???
Kalau anak anak yang jenis rajin membaca dan penuh dgn penghayatan , memang tak rugi kalau masuk muzium.
Tapi kalau anak pB , buat rugi jer sebab mereka macam tak minat benda benda sejarah dan lama nie
Memea lah tak dpt disangkal kalau nok crito bab duit sampai bilo bilo tok habis ....
macam irfa , kalau nok gie jalae oberC kiro untung doh sebab tiket tok keno bayar...
reseki jugok lah tu , kan
Tak pernah masuk lagi Lost World of Tambun ni. Nak masuk sensorang adalah tak best (saya la tu).
Takpa, yg penting rancang bajet betoi2 & dapat jugak spend quality time dengan family. Tak mewah2 pun takpa, janji bersama :)
Gi je laa... ado la rezeki anok2 tu... org sini ni abis doh pitih ni... kering gok... minggu lps jale2 x berenti wei
Melancung di UK lagi mahal kak Da.. semua benda kena darab 5. Kalau di malaysia murah sikit. Tapi masih mahal sebab kena bayar. tak bayar, tak dapat masuk laa... tu belum campur duit petrol, duit toll.. nak makan2 dalam theme park bukan murah. Kalau theme park bagi bawah food sendiri okay jugak.. ada theme park tak bagi :(
tak pernah sampai situ. eliss pun kalau nak bercuti budget2 jugak dan hubby pun cuti tak ramai. hujung tahun nasib baik ofiz sponsor cuti kat bukit merah. boleh laa dr tak gi mana2.
besa pi lost world of tambun..mmg best!tu pon cuma pi main tmpt air dan hotspring saja..tak jelajah habes..mmg dok aim nak pi jugak lagi..cer cek kat website dia, kut ada diskaun utk group buy..
psl hotel, kalo mahal area tu, kena carik hotel/homestay yg kuar sket dari area tu..saya tak pasti..kalo drive ke umah saya pon, dlm sejam setengah gak..
Post a Comment