1209

Sambungan cerita berjalan - jalan ke MuO.


Bertolak dari Puchong jam 4 petang.
Sampai MuO kalau tak silap dalam kul 6 lebih lebih dekat ngan 7 dah.

Malam tu , makan makan di umah adik jer.

Pagi tu , mendaftar di pusat tution.
Aqilah 6 subjek.
Afiqah 3 subjek.
Arifah 5 subjek.

Pendaftaran 20 ringgit seorang.
Satu subjek 38 ringgit.
Jumlah .... kiralah sendiri nya ...

Aqilah masuk kelas.
Yang lain , ada kelas petang , ada kelas malam.

Keluar ke Pekan MuO ,
Cari baju sekolah.
Cari kasut sekolah.
Cari beg sekolah.

Baju sekolah tahun depan macam macam kaler ada.
Baju kurung kaler merah kain putih ada.
Baju oren , seluar slack hitam ada.
Baju kurung kaler biru kain hitam ada.
Baju putih long sleeve , kain hitam dan siap pakai vest pun ada.

Ada yang kena beli baru sebab tahun ni pakai kaler lain.
Ada yang tak payah beli , kira pakai apa yang ada jer sebab tahun depan tahun last sekolah.
Ada yang kena beli kain sekolah sahaja sebab kain sekolah tahun ni dah berlubang sebab terlebih iron.
Ada yang kena beli kain sekolah sahaja sebab kain sekolah tahun ni dah singkat (tuan badan bertambah ketinggian dua tiga inci).

Ada yang merajuk sebab pB tak belikan beg sekolah (beg elok lagi)
Ada yang merajuk sebab pB beli kasut sekolah tak ikut apa yang dia inginkan (budget pB bawah RM35 , dia nak kasut harga RM40 .... mana bolehhhhh wehhhhhhh).

Ada beberapa lagi item yang masih perlu di cukupkan ...
Time time beginilah , wang simpanan sangat sangat diperlukan .

Malam tu , kita dua keluarga makan malam di Restoran Wak Jos.
Gambar tak ambil lah sebab tak ingat .....
Gambar di bawah ni diambil dari blog : aza-atanmattuyu.blogspot.com.


Balik dari makan makan  , pusing pusing bandor Muo.
Tengok lampu lampu , tengok iCT MuO.
Sejak Sultan Johor menyambut hari kelahirannya di Muo baru baru ni , bandar MuO bermandikan cahaya lampu .... cerah benderang ... macam macam kaler ada.

Orang orang Muo pernah tak berjalan kaki menyeberang Sungai MuO. pB pernah.
Saja - saja eksesais .... Jalan kaki ramai ramai di Jambatan Sultan Ismail Muar.
Seronok gak ...
Malam tak panas.
Tapi berpeluh lar jugak.





Esok , pagi pagi dah nak ke Hospital PutraJaya.
Jumpa doktor untuk mengetahui keputusan mammogram.
Moga semuanya ok ... tak ada perkara yang membimbangkan.

Comments

Irfa said…
persiapan masuk skolah apa pun belum ready lagi
lagipun takde yg baru masuk skolah..so beli yg perlu jelah ;)

moga semuanya OK ye
shafarina said…
moga selamat semuanya kak
subhanallah...

mmg makin cantik muar.

pb... rm 280tu u sebulan eik
MystoryPic said…
biasa la tu.... anok ramai
Rumah Kuning said…
meriahnya hidup bila anak ramai.
mama ju, said…
salam,
Rumahm kita tak jauh ek?
Org Mou? saya di BpAHAT!
TAK PERNAH TGK mOU waktu malam!
Ada satu kelas tuiton yg femes di Balakong utk add math- sekali belajar 100, tapi anak saya kata memang berkesan dan jadi minat kat AD tu.
Eliss Mie said…
begitu laa kekdah bila anak2 dah masuk sekolah. hasihh..masanya akan tiba, nanti giliran eliss pulok.

Popular Posts