1219

Hari ini 11 January , genap usia puteri sulung pB 17 tahun.
17 tahun lepas , pB bergelar ibu di usia 24 tahun.
Kira ibu muda ...

Pengalaman melahirkan banyak mengajar pB erti sebuah kehidupan.
Melahirkan puteri sulung tanpa aBear di sisi pB di waktu itu.
Yang menemani pB ialah tok ma.
Sib baik , tok ma ada ..kan.

Kakak dilahirkan di Sungai Petani, Kedah.
Seberat 2.5 kg .
Putih melepak ....

Kesian kakak , diusia tak sampai setahun , kakak telah menjadi kakak sulung.
Tak sempat nak bermanja-manja dengan pB.
Nasib baik ada arwah Tok Ayah dan Tok Ma.

Kepada Siti Nur Afiqah , mama ucapkan Selamat Hari Lahir.
Semoga bertambah cantik , bertambah keimanan di dada.
Semoga menjadi insan yang berjaya di dunia.
Menjadi anak yang solehah untuk mama dan aBah.
Menjadi kakak yang menyayangi adik adik dan akan sentiasa
menjaga adik adik seumur hidup kakak.

Ingat , kurang sudah setahun hidup kakak.
Gunalah lah usia yang diberi Allah ini sebaik yang mungkin.

Mama juga doakan agar kakak akan menperolehi suami yang sebaik baik insan (advance punya doa).
he he he ....


Ucapan tak kalah tu...macamlah kakak baca blog mama nie.

Comments

Kakcik Nur said…
Selamat hari ulangtahun kelahiran Siti Nur Afiqah.

Semoga menjadi muslimah yang solehah.
rumah kuning said…
happy birthday Siti Nur Afiqah. Semoga bahagia dan berjaya dunia akhirat.
MystoryPic said…
Kakak tak baca Achik baca utk kakak.
Anonymous said…
Selamat ulangtahun kelahiran kakak..aminkan doa PB..Azwa
naniasda said…
Siti Nur Afiqah share the same birth date dengan Afiq, anak bongsu Kak Yah. He was 18 yrs old yesterday... sama-sama kita doa agar anak-anak kita jadi anak soleh dan solehah, diberkati dan dirahmati Allah swt sokmo:)
Daddy Ziyyad said…
Selamat hari jadi Siti Nur Afiqah....
Moga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dan jadi anak yg berbakti kepada ibubapa, agama & negara.
zino said…
tak lama lagi dapat menantu la tu...
azieazah said…
Siti Nur Afiqah, selamat ulangtahun Kelahiran. Tahun ni nak amik SPM. Do your best ok!
❤Kamsiah❤ said…
salam kenal PB..akak follow sini
~adeQ~ said…
Selamat hari lahir, Siti Nur Afiqah...Wah anak dara kak PB dah besar...esok saya baya akak pun dah ada anak dara umur lebih kurang ni....=) Semoga jadi anak yang solehah...=)
Irfa said…
slmt hari lahir kakak
dah anak dara tu..kalau ikut mama dia lagi 7 tahun kakpb dpt cucu :)

Popular Posts