22 January, 2013

1226


Ini kesah lama.
Kesah tahun lepas.
Tahun ni , baru ada mood nak cerita.


Kesian kat blog nie.
Harap sabau lah nyer dengan tuan blog yang sekarang mood tengah up and down.
Emosi tak stabil. Masalah dalaman.


Selepas Adam keluar wad , kita orang satu family balik Kota Bharu.
Lama sangat dah tak balik. Last balik melawat P.I.L pada raya puasa.
Raya haji , kita orang tak balik sebab beraya di Puchong.
Beraya di Puchong sebab Tok Ma jaga anak anak adik , adik dan isterinya ke Mekah mengerjakan
haji.


Tok Ma awal awal lagi pB belikan dia tiket kapal terbang.
Kesian kalau dok berkepit kepit dengan anak anak dara.
Walaupun UNTA tu besau dan luas , tapi bila anak - anak dah besaQ panjang , dah jadik sempitlah
si UNTA tu.
Nak kena suruh aBear beli lorry agaknya lepas nie.
Kalau Toyota Wish , aBear tak berkenan la pulak.
Lagi sempit dari UNTA , katanya.


Banyak plan yang tak jadi untuk trib kali nie.
Mula mula plan , nak singgah ke Ipoh.
Nak bawak anak anak makan angin & minum air kat Tambun Lost World.
Dah siap siap telefon Ummi Batrisya lagi tu.
Last last minit tak jadik , sebab terkejut tengok keputusan exam anak anak.
Kira nak denda anak , so tak gie lah Tambun Lost World. Cancel vacation.


Then buat plan nak balik ikut Kuantan - Kuala Trengganu - Kota Bharu.
Pun cancel sebab tak ada bilik available.
Last last , terus balik Salor lar wehhhh .....


Sebab nak hilangkan rasa tak puas hati , aBear pasang janji
'tak po , kelik ni kito gie Rantau Panjang & Ka'lae Kubur'.
( Sengih pB smeta weh sebab bukae senae nok ajok aBear gie duo tepak nie )

Kelik tu , sebelum subuh tolok doh.
Berenti sma'yae subuh di Petronas Karak.
Sepanjae perjalanae tok pun hujae. Walaupun musing tu , musing boh doh.
Alhamdulillah sebab tok panah belah mano pun.

Kah kah kah
Terus tukau dailek tu (ambik feel balik Klatae).

As usual , nama lagi budak budak , kalau dah berjalan jauh , manjang jer buat taik mata.
Tak ada nyer nak tengok tengok keindahan kejadian Allah nie.

For the first time , aBear buat pit stop.
Berhenti kat Lata Rek.
Berhenti bukan untuk mandi manda.
Just nak tengok waterfall.

Kat mana Lata Rek nie?
Jab nak gugel


Lokasi: Dalam Daerah Dabong.
Terletak 27 km dari bandar Kuala Krai. Perjalanan kira-kira 30 minit melalui Jalan Persekutuan Kuala Krai-Gua Musang (8) akan menemui satu simpang tiga berdekatan dengan Paloh. Dari simpang tersebut, ke kiri adalah simpang masuk ke tarikan sejauh 3 km ke hadapan.

Masa sampai , cuaca 'jor-ong' jah. "Jor-Ong" ni maknanya redup macam nak hujan. Sempat gaklah berhenti 20 minit. Basah basahkan kaki si Adam tu.

Orang kampung pun tak berani nak mandi , inikan pulak anak orang bando macam pB nie. Chis...perasan lar pulak.....







So . enjoy the pictures , nyer. Esok pB sambung lagi.

11 comments:

naniasda said...

Malu la kak yah, namo jah oghe kelatae..x ghajin sapa lg ko Lata Rek, comel jugok air tejun ssitu :)

Yunus Badawi said...

Seram jugak nak mandi kat lata rek tu kalau cuma satu keluarga. Kalau dah ramai2 tu mungkin kurang sikit perasaan takut tu

Yunus Badawi said...

Banyak ke memborong masa ke Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur tu? Bukan Rantau Panjang dilanda banjir ke masa tu? .... huhu

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Irfa said...

lata Reak tu 30 menet dr my kampung
masa kecik2 x penah sampai situ//dah beranak pinak baru la jejak kaki itupun sbb cik abe suka berendam air sungai,anak pun lagi suka ;)
takdelah lawa mana kan?sbb tak terjaga

Unknown said...

salam singgah sini..cantik tempat tu..=)

Ummi said...

cantik tempat tu pb,

tak pe lain kali boleh datang lagi lost world of tambun tu :)

entry kat bawah tu sama aje nasib kita pb, putrajaya, johor, penang setiap bulan :)

ummi cakap kalau dapat pindah putrajaya, pindah ajelah, ummi nak ikut kali ni, nak tukar angin pulak :)

tasekM said...

pb taip kesah lama.
kenapa la aku bulih baca kekaseh lama.

kah2.


.

MOKCIK AZWA said...

cakap pasal muatan unta tu..kami lagi la dah tak muat citra dah..bila nak balik kampung tiga orang power rangers kena naik bas hehehe..

macam terabai jer waterfall yang cantik tu..kalau kena jaga ramai jugak pengunjungnya kot..baru tak seram nak mandi manda..

Dr K said...

TQ kongsi info tentang Lata Rek ni...dah save dlm list saya...nak gi menembak air terjun kat sini...:)

munna said...

cantik juga ye ... landai je air terjun ni.... klu balik kelate .... nanti nak juga syruh en abg munna singgah sini

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...