1235

Ini kisah tahun lepas.
Sayang pulak kalau tak share.
Sharing is Caring , kan ....

Kalau balik Kota Bharu , kira tempat ni harus pergi.
Makan roti tempayan.
Memang asli sebab dia orang ni guna arang.
Tak main lah tong gas yang macam kat kedai mamak kat sini nie.

Kedai ni terletak di Jalan Bayam.
Berhampiran dengan Bangunan Persekutuan
a.k.a Bangunan Tiga Belas Tingkat.

Senang jer nak cari kedai ni
Sebab kedai ni betul betul tepi jalan utama.




Boleh hubungi no ini untuk buat tempahan meja.
Atau pun kalau nak minta direction ke kedai ...
See the arang-arang kat belakang tu ....
Ini anak saudara pB yang bersekolah di
Sek Menengah Zainab.
Form 5 , SPM tahun ini.
Tengok Adam..
Berselera sungguh ..
Hidangan untuk kami


Roti tempayan @ roti nan kat sini memang lembut.
RM1.00 sekeping (kalau tak silap).


Ayam tandori yang dibakar menggunakan arang.
Lain sungguh rasanya dengan yang selalu di makan di restoran mamak kat Selangor nie.
Sepinggan RM4.00

Ini pula kari daging cincang.
Penuh dengan daging.
Kuah nya memang pekat dan terasalah segala neka rempah ratusnya.
Kalau tak silap , sepinggan kari ni berharga RM3.50


Memang berbaloi untuk mencuba kalau anda semua
menziarahi Bandar Kota Bharu.

Comments

Daddy Ziyyad said…
Murahnya!!!

Tandoori kat mamak kat selangor/KL ni, paling murah RM4.50, tu pun sikit aja...

Melayu lah ya yg jual tu?
Susah nak cari Melayu jual nan, tandoori ni kat sini KL kan...

Saya dah save...TQ for sharing...so next time gi KB, selain nasi ulam, nasi kerabu, ayam percik Yati...saya kena try roti nan ni..hihihih
Kakzakie said…
Wah... Adam auntie nak jugalah. Tengok Adam nganga besar auntie tahu mesti sedap. Kalau tak mana mungkin Adam buka mulut kan...

Kakak pun suka roti tempayan pB. Kalau pencecah sedap sure sedaplah jadinya..
m.u.l.a.n said…
tengah2 puasa ni mmg la lazat tengok ni..
Dinas Aldi said…
Nampak sangat menyelerakan, adoyai. Tambah tengah hujan2 camni..erkkk..

Saya ada hantar invitation melalui e-mail, kalau sudi :)
izman said…
pergh.... feveret saya tu roti naan, dapat pulak cheese naan dengan ayam tandoori tu. ayam tu perah asam limau. kecor air liur. tapi kb tu.
Irfa said…
terlior tgk kari tu
Ummi said…
murah sangat pb

ummi memang suka roti nan dan tandoori :)

kari daging dia meletup :) lapar pagi-pagi ni

Popular Posts