05 March, 2013

1238

Pagi tadi, pB diminta oleh aBear untuk menghantarnya ke PutraJaya Sentral.
aBear ada tugas di Ipoh dan Grik.

Dah alang alang berdua , terus ambil kesempatan untuk bersarapan bersama-sama.

Dimana lagi , kalau tidak di Restoran Mamak kat area Domain (hampir dengan Restoram Mad Ayam Kampung). Orang yang kerja area CyberJaya , mesti tau kawasan ini.

Masa dok makan-makan tu , tiba tiba aBear berkata :

"makae roti canai jah , nok celebrate "

pB dah terkejut dah.. celebrate gapo bendo lar pulok nie ....

Tapi dalam terkejut tu , sempat jugak tengok jam. 4hb Mac ...




Terus teringat





Laaa ....




4hb adalah tarikh keramat bagi kami berdua. Pada 4hb Mac , 18 tahun yang lalu , kami berdua telah diijabkabulkan.



Ya anak anak ... 18 tahun yang lepas ...


Kejab jer kan masa berlalu. Pejam pelik pejam pelik dah 18 tahun. Anak pun dah masuk 5 orang.


Pelbagai dugaan telah ditempuhi. Yang manis patut dikenang. Yang pahit maung tu , eloklah dilupakan dan dimaafkan ...


Kepada aBear :


(walaupun pB tahu dia tak baca blog pB nie..dan pB pun berharap dia tak baca sebenarnya)... tapi dia tahu pB ada blog


Terima kasih sebab sudi menjadi pasangan hidup pB. Semoga jodoh kita kekal hingga ke syurga ......







Pssttt... bila balik pejabat baru perasan , hari ni dah 5 hb. Rupa rupanya tarikh pada jam tangan pB terlewat sehari. He he he ....




16 comments:

Kakcik Seroja said...

Happy anniversary. Semoga berpanjangan bahagia hingga ke syurga. :)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE-18 SEMOGA KELIAN BERDUA DIKURNIAKAN HARI-HARI MENDATANG DENGAN DIPENUHI KEGEMBIRAAN DAN DIMURAHKAN REZEKI DAN ALWAYS FEEL YOUNG FOREVER..:-)-IP-

Unknown said...

ishk ishk ishk.... tok romantik lah..

insan marhaen said...

Muga makin lama usia perkahwinan semakin kental kasih sayang dan semakin saling memahami...

Indahkan hidup di usia tua dengan anak-anak yang matang daan suami yang bertimbangrasa?

dilabangiWORLD said...

Happy anniberssy PB
& salam kenal

Abam Kie said...

selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 18 akak n abe...semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Amin...

Dr K said...

selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 18..Moga berbahagia hingga ke syurga..

Zareda Norman said...

happy anniversary pb dan abe..:-)

Unknown said...

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan utk pB. Kita sama, bukan saja nama samaran tapi kisah kita yg sama. Kakpb lupa tarikh annivesary hari tu, esoknya baru celebrate..hehe..kesibukan melanda sampai hilang ingatan:)

Unknown said...

Selamat hari ulang tahun perkahwinan, moga bahagia sampai syurga.
Salah hari? syukur suami masih ingat masa keramat tu!

naniasda said...

Happy Anniversary pB...semoga bahagia sokmo :)

Ana Jingga said...

heppi anniversary.... berbahagia sokmo hendaknya ye...

Rumah Kuning said...

semoga bahagia hingga ke syurga. happy anniversary.

MOKCIK AZWA said...

Happy anniversary PB and abear...hehehe celebrate make roti canai pung sodap jugok wehh..hahaha

Irfa said...

wah untung cik abear yg igt ;)
smoga bahagia milik kamu berdua

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...