18 March, 2013

1242



Sejak dua menjak ni , ramai pulak anak anak dara kat pejabat nie kahwin. Bila ditanya , semua dah duduk rumah sendiri (maknanya dah keluar dari rumah ibubapa).

Jeles la pulak ....

he he he ,,,, tak pasal pasal lak nak cemburu pada pengantin baru

Cemburu sebab tak pernah duduk @ tinggal seperti mereka-mereka ni.
Lepas-lepas kawin , terus tinggal berdua-duan.



Masa mula - mula kawin. Kita orang pasangan jarak jauh.
Sorang kat Kedah , sorang kat Gombak.
Jumpa hujung minggu jer.

Kalau jumpa kat Kedah , ada mak ayah pB sebab masa tu pB masih lagi duduk dengan mak ayah.
Kalau pB datang Gombak , ada sepupu aBear suami isteri sebab aBear masa tu duduk serumah dengan mereka.

Bila pB pindah ke Puchong dari Kedah , ada nenek  aBear.
Dia duduk dengan pB sebab nak jaga Kak Ngah (masa tu tak jumpa lagi pengasuh , nak letak nursery macam tak percaya jer... kawasan baru).

Lepas nenek aBear balik semula ke KB , sempat jugak lah tinggal tanpa orang tua.
Tapi masa tu dah ada anak kecik. Dah tak ada dah aura aura berdua - duaan macam pengantin baru.

Bila anak masuk tiga orang , Tok Ma dan Tok Ayah datang tinggal bersama pB .
Sampailah sekarang .....


Jadiknya , memang kami berdua tidak pernah lah merasa pengalaman tinggal berdua-duaan serumah tanpa anak-anak kecil mahupun tanpa orang tua......


******************************************************************
Kepada yang bertanya  , bagaimana Adam keluar dari bilik air setelah terkunci di dalamnya selama lebih kurang 10 minit ....

Ini lah jawapannya ....

pB dapatkan anak kunci yang lurus permukaannya , dan cuba masukkan kedalam tombol pintu. Nasib baik , boleh masuk dan dengan sekali pusing , kunci itu terbuka ...

Sekian , terima kasih

7 comments:

Unknown said...

Kak Da, acik lama doh dok sorg2 In Sya Allah, th dpn dok umah sdiri. Bila doh lama sangat dok sorg2 teringin la pulok nok dok sekali ngan ma abah. Teeeetttt.

Irfa said...

emm ada pro n kontra duk sendiri2 lepas kawen ni.seronok duk sendiri ni kalau nak sentap/gaduh manja tak payah nk pura2 depan orang.kih kih kih

Mulan said...

lepas kawin duduk dgn mak setahun... best tau.. kepit bawah ketiak mak... lepas tu 10 tahun duduk vietnam..!! meronta2 nak balik..

Unknown said...

Salam

Org kata ada baik dan buruk tapi kita reda jelah.

aNIe said...

Assalamualaikum PB.. akak pun dulu tak merasa dok sendiri... 20 tahun lebih dengan mertua...

Jeleskan...

Dr K said...

Saya lepas kawin, terus tinggal berdua dgn isteri, sebab awal2 dah beli rumah. Saya mmg respect lah dgn pasangan yg ' weekly husband/wife' ni....Sebab saya rasa kekok sekarang ni kalau wife takde, selepas hampir 7 tahun duduk bersama sama :)

jeBateja said...

wahhh...best ooo...berdua duan ahakz....ahakz....seperti dunia ini...ana ya punya....ahakz

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...