29 August, 2013

1260



Budak yang nak kena tinggal.
pB akan merindui Adam setiap masa .
Tak pernah lagi berenggang dengan Adam selama ini.

 Alhamdulillah  , kursus terakhir sudah pB hadir.

Tarikh penerbangan pun telah pB terima.





Kepada semua yang mengenali pB , pB mohon ampun , mohon maaf diatas segala kesilapan dan dosa dosa sepanjang kita berkawan. Walaupun hanya di alam maya , namun kamu kamu kamu semua adalah kawan dunia akhirat pB. Yang paling pB takut adalah dosa mulut @ dosa mengumpat.


Doakan pB dan aBear akan selamat pergi dan pulang , doakan kami mendapat haji yang makrur , doakan agar disepanjang kami berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah kami berdua diberi kesihatan yang baik , sihat tubuh badan , kuat semangat untuk sentiada beribadat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Doakan juga agar segala galanya Allah permudahkan.

Halalkan segala makan minum sekiranya ada.


Doakan agar ahli keluarga yang kami tinggalkan selama 51 hari ini akan dilindungi Allah sentiasa.

Dah tak leh nak taip dah , air mata nak mengalir.


Panjang umur kita akan bertemu lagi , insyaallah.

18 comments:

Rumah Kuning said...

Alhamdulillah pB akan menjadi tetamuNya. Nikmatnya tidak dapat digambarkan.Banyakkan bersabar....

naniasda said...

Penerbangan awal...Alhamdulillah! Tak tau apa nak komen panjang-panjang dan ambillah ikhtibar daripada mereka yang sudah ke sana..Insha Allah semoga dipermudahkan Allah dalam segala urusan semasa di sana dan buatlah yang terbaik! Kirim salam kepada Abear drp kak yah dan suami!

Ibu n Abah said...

Selamat menjadi tetamu ALLAH kepada pB n aB...
Selamat pergi dan muga dipermudahkan segalanya..
Mendapat haji yg mabrur
Sihat tubuh badan dan keluarga yg ditinggalkan dlm perlindungan ALLAH snw

Dr K said...

Alhamdullilah...pB dipilih menjadi tetamu NYA.

Saya doakan pB dianugerahkan kesihatan, keselamatan, dan dipermudahkan urusan...Moga mendapat haji yg mabrur, dan selamat kembali ke tanah air...Insya Allah

lupekanje said...

Alhamdulillah..moga selamat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang masa menunaikan rukum ke 5 ni...

risanur said...

alhamdulilah Kak pB dapat menjadi tetamu Allah...moga dipermudahkan segalanya dan mendapat haji yg mabrur...

KakNi said...

PB Aida, tahniah! saya doakan semoga ibadah haji PB diterima Allah, berkat, lancar dan selamat perjalanan pergi dan balik dan dipermudahkan segala urusan. PB doakan lah semoga kawan2 yg lain pun ada rezeki pegi haji... hu hu hu...

MOKCIK AZWA said...

Syukur alhamdulillah PB!!! Tahniah menjadi tetamu Allah. Ada pegawai di dlam unit Azwa pun akan pergi dengan penerbangan awal bulan depan..

Semoga PB dan suami mendapat haji mabrur..semoga selamat semuanya disana. Tumpang doakan Azwa dan keluarga dimurahkan rezeki dan dapat menjadi tetamu Allah dalam masa terdekat...amin amin amin..

achik said...

selamat pergi & balik kak PB.. moga dipermudahkan segala urusan.. tumpang doa untuk saya gak kak.. :)

Unknown said...

Selamat menjalani ibadah haji...saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

eiz said...

Alhamdulillah..semoga selamat pergi dan kembali..moge beroleh haji yg mabrur..

Biarlah rahsia said...

k.pb...tahniah kerana akan menjadi tetamuNya..selamat mengerjakan haji...semoga beroleh haji yg mabrur...tak jupo pun raya baru ni...

oren said...

alhamdulillah..tahniah kak..semoga peroleh haji yg mabrur..insyaAllah, Allah jaga anak2 yg ditinggalkan..doakan saya dpt p jugak naa..kalo ikut turn giliran, lambaaattt lagi...

Irfa said...

semoga selamat pegi selamat kembali.dapat haji yang mabrur
sy juga minta maaf kalau ada salah dn silap selama kita kenal

Acik Erna said...

assalam PB..semoga selamat pergi dan selamat kembali..semoga juga mendapat haji yang mabrur

Pak Man said...

Semoga mendapat haji yg mabrur.
....ada nampak gambar PB dan Abe bersama Pak Pin di Mekah.Dalam FB Pak Pin dua hari lepas.

Madam Casper said...

Selamat mengerjakan ibadat haji Pb dan suami.

uncle gedek said...

selamat pergi & selamat pulang ya!

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...