07 February, 2014

1271

Salam petang jumaat.
Esok dah sabtu ..... Kejab jer kan.

Sementara tunggu nak balik ni , 
meh sini nak cerita pasal cuti cuti Mesia raya cina.

As u all tahu , kita orang ke Kuantan.

Bertolak kul 8 pagi lagi.
Awal sebab nak singgah AL Jenderami.
Tok Ma  tertinggal kaca mata di rumah.
Mana boleh ngaji , kalau tak ada mata extra.

Lepas Jenderam , ke Semenyih.
Ikut jalan lama Bangi.
Memang suasana kampung.
Jalan pun berliku liku.
Yang syok , udara sejukkkkk nyaman ..
Tak perlu pasang air cond dalam kereta.
Ada rasa macam nak balik Kelantan , pun ada.

Ke Semenyih , untuk menziarahi kawan.
Dia kenduri anak perempuan.
Kita orang tak dapat lar hadir kenduri tersebut.

Jadinya , orang kata 'tunjuk lar muka tanda hormat'.

Sampai Semenyih terlalu awal.
Pusing pusing cari makan.
Tak jumpa pun kedai melayu.
Yang ada , semuanya mamak.
Nak tak nak , masuk lar jugak.

Selesai jumpa mata , dengan tuan umah ,
berkelanalah kita sekeluarga ke Negeri Pahang.
Nak masuk lebuh raya , sudah tersekat sekat.
Banyaknya kereta hendak ke Pantai Timur.

ALhamdulillah sampai Beserah jam 2 petang.
Cari makan isi perut.
Dua tiga kedai , kita terjah.
Namun tiada apa yang menarik.
Kena pulak si Adam meragam .
Asyik menangis jer kerjanya .
Jadi , makan apa yang ada.

Jam 3 ptg , terus check in.
Hotel memang full.
Bas dua tiga biji turunkan penumpang.
Bangsa Cina lagi ramai dari Melayu.
Tak beraya ker demer nie ??







Kalau ada yang tanya , kami cuma ambik satu bilik jer.
Nasib baik bilik tu besar.
Yang tua tidur atas katil.
Yang muda , hampar toto , tidur lar kat bawah.

Tiga hari dua malam gitu lar ceritanya.
Suasana relaks.
Udara sejuk.
Berangin tepi pantai.
Sampai duduk kejab , dah gigil badan.

Sampai sini dulu.
Nanti free, kita sambung lagi.

Selamat berhujung minggu.



5 comments:

Zareda Norman said...

Swiss garden ek.. best tempat tu

MOKCIK AZWA said...

Mujur masa kami balik KT tempohari jem takla teruk sangat..masa balik ke sana tak jem langsung. mungkin sebab balik awal hari khamis. cuma masa balik ke sini, ada jem sikit, tapi taklah teruk sangat mcm kami kena tahun 2012 dulu..

Orang Cina pun na berehat jugak dari berniaga kot..sebab tu ramai tutup kedai dan pergi bercuti2 Malaysia hehehe..

munna said...

Sekarang ni dah panas kat Pahang ni.....

Mak Su said...

bulan 3 ni ada cuti skolah lagi kan... vavava

Irfa said...

kawan chinese sy kata, diorang lebih suka bercuti bila cny :)

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...