13 March, 2014

1275

Cerita Satu
Salah seorang anak kapal MH370 adalah adik kepada kawan baik pB. Adik ipar kepada seorang kenalan Irfa . Semoga semua keluarga yang sedang diuji ini kuat semangat.


Cerita Dua.
Daerah Petaling Zon Dua masuk dalam program catuan air peringkat ketiga. Dan Puchong Perdana masuk dalam Daerah Petaling Zon Dua, Dugaan.


Cerita Ketiga
Tok Ma and the geng ke Suraya hari ni. Ada program di sana. Naik Lion Air. Inilah first time pB dengar Lion Air ni . Upa upanya Singapore punya company.


Cerita Empat.
Repair dua bilik air. Selesai RM8 ribu. Bukan duit pB lar. Mesti duit aBear. Hari terakhir selesai kerja , air pulak kena catu. Sekarang jerebu diluar dan jerebu didalam rumah. Adus ... Dugaan tul. 55 jam tiada air. 41 jam ada air. Camner nak basuh umah.....


Cerita Lima
aBear berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu dua minggu lepas. Dia kesana dengan group TV3 kalau tak salah pB. Yang syok nya dalam group tersebut , ada blogger yang femes amous tu . Tahniah buat semua.


Cerita Enam
Insyaallah , hujung bulan tiga ni adik aBear akan nikah . Alhamdulillah sampai juga jodohnya. Baju sedondon kaler krim. Risau lak , sebab tukang jahit baju anak anak dara tu balik Jakarta. Harap harap siap lar. Nanti rosak program orang . aBear kata dia nak pakai apa yang ada jer....


Cerita Tujuh
20 hb ni , keluar result SPM. Kussss semangat. Malas nak stress stress , terima ajalah . Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk anak anak dara pB tu.



Cerita Lapan.
Kakak belajar motor baru ni . First time bawa , terus tergolek . Sampai rosak motor aBear. Sib baik , aBear reti repair@modified motor tu. Sampai lar , fobia nak belajar lagi.



Cerita Sembilan.
Kak Lang yang dok diMuar tu pulak yang dah pandai bawak motor. Adus... Anak dara yang no tiga ni memang selalu advance dari yang sulung dan no dua nie.



Cerita Sepuluh
aBear kata kalau tak dapat keluar dari department yang pB kerja sekarang ni , kalau company offer VSS , sila ambil ......



10 comments:

Acik Erna said...

20hb pB..risau jugak..tapi betul la kn nak2 dah berusaha..kena redha dan terima keputusannya..semoga anak2 berjaya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi

Irfa said...

uik,,, banyak citernya
best gak wat entri bernombor ni ye
sama2 kita doa mh370 selamat balik
umah oghe ada air,meh lah tupe basuh kain, hihi

dear anies said...

best nyer dpt naik gunung kinabalu....lama da tingin nk naik...
sm la kak...xde air dan berjerebu..teruk jg

naniasda said...

sengih soghe baco entri pB kali ni..sapa 10 cerito dih? Hok sedih ado, hok suko ado, hok kenalin tunggu result anok pun ado :)

Rumah Kuning said...

redho je lah denge result tuh. taksah kenaling-kenaling. Lamokae naik darah.

risanur said...

Salam Kak PB..lama tak jenguk blog kak PB...rindu sgt...byk cerita, byk ragam dan byk pengalaman...slmt berblog...

Mulan said...

moga semua on board mh370 kembali dgn selamat..

moga anakanda berjaya dgn cemerlang..

Anonymous said...

salam tuan rumah

Eliss said...

spot wak gelas kat situ..hehehe

earlsaboe said...

Ballys Casino Resort WV - Jackson - KLH-TV
Ballys 영주 출장샵 Casino Resort WV - Jackson. Hotel, Casino, Hotel, Travel Package & Attractions. Find your way 포항 출장마사지 around 하남 출장샵 the 충청남도 출장안마 casino, 통영 출장샵 find where everything is

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...