Assalamualaikum ,
tak jawab berdosa tau.
Seronok cuti seminggu , lebih tepat 9 hari.
Seronok dapat berkumpul dengan anak anak.
Seronok walaupun bila anak berkumpul , tau aje lar kan.
Gaduh tetap gaduh.
Jerit tetap jerit terutama si Adam tu.
Memang juara kalau masuk peraduan 'Siapa kuat Menjerit'.
First dah of school holiday.
Adik pB belanja kita orang Sky Trex Adventure di Bukit Cerakah.
Seorang dikenakan bayaran rm35.
Group kita orang ada 9 orang.
Isteri adik dan suami pB tak join sebab masing masing ada kerja.
Sebelum ber'adventure' kita sarapan dulu di Restoran Gembira.
Duluuuuuu roti canai di sini sedap .
Sekarang , sudah kureng mengancam.
Selesai breakfast , terus ke Bukit Cerakah.
Yang lelaki , jalan kaki tuju ke tempat Sky Trex ni.
Yang pompuan pompuan , tunggu bas yang disediakan.
Hampir 40 minit jugak lah duduk di dalam bas.
Sebab pemandu berehat.
Sampai di destinasi , bas pun bergerak balik ke tempat asal.
Tup tup time tu jugak , baru perasan handphone tertinggal dalam bas.
Merempit laju dengan salah seorang pekerja Sky Trex tu.
Nasib baik lah , reseki pB masih ada.
Handphone tu dijumpai oleh seorang gadis berbangsa tionghua.
Masa merempit tu , macam macam fikir.
Sayang kalau hilang .
Hp tu baru beli tak sampai lima hari .
Hu hu hu ....
Bila hp dah jumpa , baru semangat nak panjat panjat pokok .
Bergayut atas tali , dan terbang menyeberangi tasik.
Wah ... lasak gituk.
Lasak tersangat lah lasak sampai tapak kasut pun tanggal.
Just tengok the gambar
Kesian pB , tak ada orang nak ambik gambar pB sebagai bukti yang pB telah
berjaya mengharungi ketakutan pB .
Rupa - rupanya pB ni fobia pada tempat tinggi ....
Seronok sangat sangat.
Siapa yang ada masa , cubalah.
Balik dari Shah Alam , dapat call dari Kuala Trengganu,
Nenek tiri pB sakit tenat di Hospital.
5 comments:
fuyooo best gak xtvt mcm ni ye
dpt keluarkan peluh dan mengeratkan silaturrahim, dr duk ngadap tv tambah power spek ;)
Aktiviti yang sihat dan menyeronokkan.
Syukur hp tu dapat ditemui.
Teringat..acik dan kawan2 kena bermalam di bukit cerakah nasa mula2 nak buka dulu..kena merentas hutan la..masatu..memang hutan lagi..
As-salam PB..
Wah.. seronoknya aktiviti tu.. tak tahu pula ada xtvt menarik di bukit cerakah.. ada rezeki boleh bawa anak2 ke situ nanti..
Alaaa, baruuu nak nengok akak terbang...hehehehehe
Post a Comment