21 May, 2014

MOHON BERI PENDAPAT

Assalamualaikum ...

status tuan punya blog dua tiga hari nie ..... pening ..bukan pening lalat , lebih dari tu dah nie ..

Gara - gara memikirkan pasal anak no dua tu ....


As yang dah diwar warkan , dia dapat politeknik.
Kursus yang dia tak pernah imagine dia nak kena belajar...
Macam mana dapat , entah lar ....
 (mak dia pun lupa macam mana ada kursus tu dalam pilihan UPU ...ini kes mak dia yang isi UPU , dan bukannya dia).
Kalau ikut dia , dia tak nak pun apply Politeknik nie.
Mak dia pulak tak tau  , kalau dapat Poli , dah tak boleh buat rayuan untuk IPTA spt Uitm atau pun UPSI atau UNISZA.

First choice dia adalah Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak.
Memang ini yang dia mintak untuk UPSI dan UNISZA.
Tapi gagal mendapat tempat

Sementara dia nak tunggu result UPU hari tu , dia masuk Form 6.
Bila IPTA tak dapat  , dia beria semangat nak sambung Form 6 dan ambil STPM.

Mak dia dah risau , sebab bukan calang calang orang boleh score STPM ni.
Lagi pun mak dia kenal anak dia macam mana , kan ..

Then dapat result Poli.
Masa tu , dia masih berbelah bagi sama ada STP atau Poli.

Dia solat hajat , dia solat istagharah.
Dia baca Yasin , dia baca Al Quran.

Then dia decide tak nak sambung Form 6,
akan proceed masuk poli.

.
.
.
.
.
.

TAPI KAN

But b4 this , dia dapat offer MSU
Buat diploma yang dia suka

Tapi dia berbelah bagi sebab yuran MSU ni mahal.
Katanya tak nak susahkan mak dan abah .

Setakat ni , dia dapat offer untuk kos pendidikan awal kanak kanak ni dari MSU dan UNISEL.


Mak dia dah pening ...
Tak tau nak buat macam mana ...
Ada rasa mau nangis jer nie ....


Tulung
Tulung ....

9 comments:

PetakBunga said...

kalau sy..
mm..sy kurang sikit pandang kolej swsta..
kalau tenaga kerja mcm technision ke sy suka sgt budak poli..
skill dia bgus.

pB said...


PetakBunga Dulu pB pun tak berapa dengan IPTS ni , tapi bila dah kena kes macam ni , nak tak nak kena fikir juga

attyfir said...

ini sama mcm kes anak aty dulu .
sementara x dpt lg mana2 u.. masuk stpm. skali dpt lak poli as pilihan ke 2. puas aty pujuk dia masuk poli dia taknak. nak gak amik stp.
aty suh dia solat apa semua. dia nak bljr kt kolej swasta dlm bidang yg dia minat.tp aty awal2 dh tolak..sbb takut x mampu byr.
tp aty tak kesah dia nak continue stp or poli.tp last2 lps sola istikarah.baca yasin semua, kakak akhirnya pilih poli , dan skrg dia happy dgn pilihan dia.

pB said...


attyfir
Memang sebijik sama...harapnya pengakhiran yang baik utk kedua dua anak kita .

Irfa said...

sama cam petak bunga
adik saya lulusan Poli
belum abis belajar dah berderet offer, minat boleh dipupuk

my50sen
hihi

zana fahmi said...

Adik ipar kakpb dulu poli juga, habis study dia buat rayuan sambung belajar di utm. Tapi ikut rezeki juga.

oren said...

sungguh saya takdak idea..

zaman skrg..mmg susah nak apply masuk U tempatan..walopun peluang belajar ada dimana2..

zaman saya dulu, pon susah nak dpt tempat di IPTA..

kena bincang hati ke hati..kakak tu mau dak kalo sambung di Poli...pendek kata, dia kena minat..then baru boleh proceed..

*just my 2 cents*

Anonymous said...

Anak saya masuk kolej swasta. Alhamdulilah sebaik grad dapat kerja...apa apa pun pengalaman saya suruh anak anak brush up English....

W. Mastura said...

Salam Kak . Kalau untuk apa-apa info boleh lihat di www.psis.edu.my .

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2014 -> http://www.psis.edu.my/index.php/mainmenu-mengenai-psis/mainmenu-jabatan/mainmenu-jhep/206-jhep-berita/135-pendaftaran-pelajar-baharu-sesi-jun-2014

Asrama -> http://www.psis.edu.my/index.php/mainmenu-mengenai-psis/mainmenu-unit/mainmenu-uasrama/176-uasrama-berita/423-keputusan-pelajar-layak-ditawarkan-kolej-kediaman-sesi-jun-2014

NO. TEL HEP PSIS: 03-32806255
NO. TEL ASRAMA: 03-32806285/84

Emel sy , farah_hanim94@yahoo.com.