Showing posts with label ABE. Show all posts
Showing posts with label ABE. Show all posts

27 March, 2007

KEMANA DUIT?

Duit bonus belum masuk lagi, tapi dlm fikiran dah macam macam dok fikir.

Teringin nak beli "Jacklyn Power Juicer" yang dok iklan kat tv tu hari hari.
Memang senang sangat.
Tak payah nak buang buang kulit dan biji.
Masukkan dan tekan.
Ta .. da.... siap air buah.

Teringin nak beli sebab nak jaga badan.
Teringin nak beli sebab nak jaga kulit.
Teringin nak beli sebab nak jaga diet.
Teringin nak beli sebab nak kurus.

Tapi, mahal nyer...
Tujuh ratus hinggit Malaysia...

Nampak gaya, kena fikir sepuluh kali ..
Kuang kuang kuang ..
Dulu nak beli microwave , pun nak fikir berkali kali.
Last last impian puteri tinggal impian pB...
Langsung tak terbeli.

Betul kata semua orang duit memang tak pernah cukup.
Kita kerja untuk apa?
Untuk dapatkan duit.

Orang kata, kalau duit tu berkat, sikit pun cukup.
Kalau duit tu tak berkat, banyak pun rasa macam sikit.

Abih, kita nie, macam mana??
Tulah kan, pokoknya, kita kena pandai berbelanja.

pB pun kadang kadang boros jugak.
Nak pulak bila hati tengah tak tenang, rasa satu pasar borong nak kaut.
Tapi tulah kan, kena beringat.
Anak dah ramai.
Dok Kay EL pulak tu.
Nak masuk jamban pun nak kena bayar.
Kalau dah empat orang termasuk emak nyer nak masuk tandas, dah situ melayang singgit.

Dulu singgit buleh beli nasi lemah telur goreng.
Sekarang singgit, beli eskrim Kanetto pun tak lepas.

Gaji pB, duit pB.
Bila tolak tabung haji, tolak pinjaman umah, pinjaman koperasi, biro angkasa, tinggallah tak sampai sibu pun...
Nak ke Kuching pun tak lepas..

Tapi tulah kan, rezeki pB, pB dapat suami yang baik hati.
(Puji iklhas ni.... mlm ni bukan malam jumaat pun)
Walau pun , bulan bulan dia bagi ciput jer, tapi setiap perbelanjaan kasar kat umah tu dia yang tanggung.

Duit keter B bayar (ingat lagi ker cerita B n C)
Duit api air B bayar
Duit ngaji quran anak B bayar
Duit insuran anak B bayar
Duit insuran pB pun B bayar
Duit umah yang dok sekarang B bayar

Duit minyak keter B tanggung
Duit tol B tanggung
Duit minum pagi B tanggung
Duit sekolah anak B tanggung

Duit belanja kat Tesco/Giant pun kadang kadang pB guna kad kredit B.

Mesti sumer dok fikir,
wah untungnya pB...

Itulah kan, namanya rezeki.
Tapi tak bermakna gaji pB tak bergerak langsung.
Sebabnya pB tengok hujan bulan, kering jugak dalam akaun Rimau tu.

Tengok jugaklah kan, kadang kadang pB berbelanja tak bersama Abe, so masa tu pB bayarlah.
Then bila, tyme B outstation, tangki minyak kering, tak kan pB nak tunggu B balik.
Nak mati, tolak keter tu sorang sorang ...
Dah lah keter oto...mana buleh tolak...
Then kalu smarttag, balance tinggal ciput ciput, pB top up lah jugak..
Kang tak pasal pasal, pagor tak naik naik, buat malu aja..

So, mulai hari ini, pB bersyukur sebab dikurniakan suami yang begitu bertanggung jawab.
Dah lah pergi kerja pun dihantar diambil....
Minum pagi berteman.
Kadang kadang makan tengahari pun berteman.

Wah panjangnyer n3 hari ni...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...