Showing posts with label ANAK. Show all posts
Showing posts with label ANAK. Show all posts

23 August, 2011

1059

Anak yang hendak menduduki peperiksaan , si emak pula yang risau lebih - lebih.




Pagi tadi , semasa kedua dua anak dara tu nak ke sekolah.
Riuh rendah bunyi di ruang tamu.
Kedua dua tu sedang dok bertekak


Yang kedengaran


"kakak , dah bagitau"
"mana kakak bagitau , kakak tak cakap pun'
"kakak dan bagitau hari ni pereksa Ugama , Sivik dan GEO'
"kakak tak cakap"



pB yang dok atas terus turun. Hati dah mulai nak naik angin dah nie.



"Abih Kak Ngah tak baca lar GEO"

Kak Ngah diam .....

"Mana jadual ?"
"Cikgu tak bagi pun"






Wah .... dah lebih dah punya alasan nie ....





"Kak Ngah  , mama dulu pun pernah gak sekolah, tak pernah lagi mama dengar , nak pereksa sekolah tak bagi jadual...."





Tengoklah .....
Macam mana mama tak stress .....





05 April, 2007

DIA BUAT LAGI

Dulu dulu, dua tahun yang lepas , Arifah anak pB yang no 3 selalu buat hal.
Selalu jadi pelakon air mata.
Hingga satu tahap, pB gelarkan Arifah sebagai Neng Yang Timah.
NYT itulah nama yang pB selalu guna bila menceritakan perihal Arifah ini didalam blog yang lama.
Setelah ditegur dengan elok oleh Kak Lady dan Kak Sya, pB tidak lagi menggunakan gelaran itu.

Si Arifah ini akan menangis setiap pagi bila dikejutkan untuk bersiap ke sekolah.
Hari hari , wajib menangis.
Dan bila pulang dari rumah, pun begitu juga.
Dia mesti akan terlelap di dalam perjalanan pulang.
Dan bila sampai di halaman rumah, dan dikejut kejut, sekali dia akan membuka enjin moto bot nyer yang kuat itu.
Hinggakan kadang kadang ada jiran yang akan bertanyakan khabar.

Situasi ini akan berlaku setiap hari , pagi dan petang.
Dan kadang kadang berlaku juga di hujung minggu.
Apabila kita pulang dari merendek di mana mana dan dia akan tidur di dalam kereta.

Tetapi sejak bukanya sekolah tahun ini, boleh dikatakan perangai menangisnya itu sudah berkurang.
Nak dengar dia menangis , buat hal , seminggu sekali pun susah.
Biasanya bila dikejutkan, dia akan terus melulu masuk kedalam rumah dan terbaring di depan tv menyambung tidurnya semula.

Tetapi semalam, entah kenapa, apa yang telah berlaku , perangai lamanya kembali lagi.
Sepanjang perjalanan Arifah tidur.
Memang seronok tidur di dalam kereta ini, barangkali.
Sejuk , nyaman , penghawa dingin.
Lagi pun, perutnya kenyang kerana telah dijamu dengan sekeping pizza yang masih berbaki di pejabat petang semalam.

Bila dikejut kejut oleh aBear, mulalah dia menangis.
Barangkali, aBear ketika itu mengejar masa kerana tidak lagi solat asar, maka Arifah ditinggalkan di hadapan rumah (didalam pagar).

pB pula, dari kereta terus ke dapur.
Keluar ke ruang tamu , tercari cari si Arifah ini..

Nak ketawa pun ada
Nak marah pun ada

Kawan kawan , judgelah sendiri nyer
Dan beritahu pada pB ....

Marah?
atau
Ketawa?

Memang lena ...

Dalam tu, ada simpanan kabel
(bukannya sampah)
(pagar tu dulu pagar besi , tapi di bega bega oleh aBear menjadi pagar kayu)
(aBear , suami ku yang kreatif)


Aqilah sedang memujuk

Tak makan pujuk ...

Dekat 20 minit jugak lah Arifah tu dok bertapa kat situ..
Itu pun sekali sekala buleh tengok badan nya terhuyung hayang ke kiri ke kanan.
Memang tangkap lena kat situ.....

Itu baru bab tidur.
Tak masuk bab baju sekolah.
Masya Allah, pagi cantik, putih jer warnanya.
Bila masa balik, dah jadik kelabu asap.
Bau nyer pun boleh tahan...

Agak agak nyer, kalau yang ada anak lelaki lagi parah menyental baju sekolah putih nie..
Kenapalah Kementerian Pelajaran tak tukar kaler uniform sekolah dari putih ke kelabu.
Kan senang...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...