Showing posts with label BERCUTI. Show all posts
Showing posts with label BERCUTI. Show all posts

29 March, 2012

1138

Alhamdulillah



Kami mendarat dengan selamatnya. Semasa dalam penerbangan , kami telah di beri 2 borang yang perlu diisi. Kalau tak silap pB borang pengesahan duit (ini perlu diisi oleh seorang @ ketua keluarga sahaja) dan satu lagi borang ialah borang imigresen (ini perlu diisi oleh setiap ahli keluarga). Jenuh menulis sebab kumpulan pB sahaja dah ada 8 orang.

Gambar ini diambil dari blog Masviona.Com

Tak dapatlah bergambar di dalam kawasan mendarat sebab hujan lebat. Semua penumpang dijemput oleh bas yang disediakan oleh Air Asia.
Airport Bandung kecik sekali sih .... Kaunter untuk pengesahan pasport hanya ada dua kaunter sahaja. Tidak dibenarkan untuk mengambil photo di kawasan ini. Rugi sekali. Kalau tidak , buleh tengok berapa panjang kena beratur. Sampai ke luar .

Nearly 40 minit jugak untuk kesemua ahli keluarga lepas dari kawasan pengesahan passport ini. Keluar airport , supir sudah sedia ada menanti. 


Kenderaan yang disewa ialah sebuah van Isuzu ELF. Tapi disebabkan ahli kumpulan kami ramai , maka-nya kurang selesa sedikit. Agak berhimpit-himpit sedikit. Riuh rendah dengan suara anak - anak . 

Keadaan di Bandung nyaman dan sejuk sekali . Perubahan waktu antara Bandung dengan M'sia ialah 1 jam. Kalau di Bandung jam 6 petang , di Kuala Lumpur pula jam 7 petang. Senang cakap , Bandung cepat gelapnya. Jam 530 petang dah seperti jam 730 petang. Dan kalau jam 6 pagi , seperti jam 8 pagi cerahnya.

Di sana , jam 430 pagi dah masuk waktu subuh. Awal tu kalau nak banding dengan di Malaysia nie.

Keluar dari airport , terus cari tempat makan. Kesemuanya dah kelaparan terutama sekali adik pB. Supir @ Sam bawa kami ke sebuah restoran makan padang @ Restoran Sederhana. Keluar jer dari kenderaan , sudah ada penunggu yang menanti. Masing - masing begitu sibuk menunjukkan barangan jualan dan mengekori kami . Nasib baik , langkah mereka berhenti apabila kami masuk ke ruang restoran.





Boleh lihat para-para peniaga dapat menghampiri kami dan memujuk agar membeli.
Bila berada di sini , hati harus menjadi keras.



Para pelayan restoran akan menghidangkan kesemua lauk pauk yang mereka ada , dan kita perlu pilih lauk pauk mana yang kita suka. Jangan disentuh atau rasa kalau kita tidak mahu memakannya , kerana sekali disenduk atau dirasa , ianya sudah dianggap sudah makan. Perbelanjaan untuk makan malam @ malam pertama ialah dalam lingkungan 350 Ribu Rupiah @ RM 130 (untuk 15 orang). Berbaloi kan. 

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...