Showing posts with label INSAF. Show all posts
Showing posts with label INSAF. Show all posts

13 April, 2007

MATI

Seminggu selepas raya aidiladha tahun lepas,
pB sekeluarga baru sampai dari Kelantan setelah bercuti di sana selama 10 hari.

Kelihatan sebuah khemah dihadapan rumah jiran pB yang berbangsa Melayu Mamak.
Suami bekerja sebagai pengajar di sebuah sekolah di Subang Jaya.
Isteri pula membuka sebuah tadika di kawasan perumahan Punchong Perdana.


Mempunyai anak seramai 3 orang.
Salah seorangnya sama baya dengan anak anak 'kembar' pB.

Yang bongsu , perempuan dan baru berusia 8 tahun.


Dalam fikiran aBear dan pB , mungkin khemah didirikan sempena sambutan hari raya.
Namun sangkaan itu salah sama sekali.
Rupa rupanya sisuami telah meninggal dunia secara mengejut selang beberapa hari sebelum pB pulang.


Serangan jantung, kata isterinya.
Baru berusia 43 tahun.


Yang peliknya, sebelum ini, si suami tidak pernah bersungut tentang apa apa kesakitan.
Sebaliknya, si isteri yang sering berulang alik ke hospital kerana selalu jatuh sakit.

*********************************


Beberapa bulan yang lepas , salah seorang pekerja di syarikat pB bekerja ini (namun berpejabat di Taiping), merangkap salah seorang pengajar yang mengajar pB semasa pB berkursus di Taiping 4 tahun lepas , juga telah meninggal dunia secara mengejut.

Menurut cerita teman teman di Taiping, malam sebelum beliau meninggal, beliau telah menghadiri satu makan malam.
Dan beliau sempat berseloroh, sebelum menyanyikan lagu Breory Marantika


Katanya ...


"Biasanya orang yang menyanyi lagu ni, akan mati tak lama kemudian".


Keesokkan harinya, di hadapan punch clock, sesusah dia mengetip kad kehadiran, dia mengadu sakit dada.
Bila tiba didepan muka pintu rumah, terus rebah.
Dibawa ke Hospital Taping, dan dilaporkan telah meninggal dunia.

*********************************



Pada 1hb April 2007 yang lepas ,seorang eksekutif wanita yang berpejabat di Kuala Lumpur baru berumur 37 tahun juga telah meninggal dunia kerana sakit jantung.
Seorang kawan bercerita, beliau jatuh ketika di bilik air.
Si suami terpaksa memecahkan pintu bilik air kerana pintu berkunci dari dalam.


Meninggalkan anak anak yang masih kecil kecil lagi.
Yang bongsu masih menyusu badan.

***************************


Dua tahun lepas, kawan baik aBear merangkap bizness asosiad, juga telah meninggal secara mengejut.
Semasa aBear menerima sms mengatakan ketiadaan arwah, memang aBear kata seperti dia bermimpi.
Arwah ni memang baik orangnya, jujur dalam perniagaan dan seorang kawan yang setia.


Isterinya juga bekerja satu syarikat dengan pB.
Mempunyai anak, kalau tak silap pB, seramai 4 orang.
Menurut kata isteri arwah, malamnya itu, kedengaran seperti arwah sesak nafas.

Bila dibawa ke klinik berhampiran, arwah sudah tiada lagi.


Semasa urusan memandikan jenazah dan kebumi, kesemua anak anak lelaki beliau mengambil bahagian.
Mandikan, kafankan sehingga ke liang lahat.
Kawan kawan yang pergi melawat, menitiskan air mata melihat kesungguhan anak arwah menjalankan tanggungjawab mereka walaupun mereka semuanya baru berusia 12 tahun kebawah.
Hingga ke hari ini, aBear masih menyimpan sms terakhir yang aBear terima dari arwah.

**************************


Dan dua hari lepas, pB kehilangan seorang saudara lelaki (dari keluarga Tok Ma)
Sepupu Tok Ma merangkap Bapa Pupu pB ...
Baru berumur 46 tahun , seorang wazir di Merbok, Kedah.
Kemalangan di Jawi , dalam perjalanan dari Sg Petani ke Taiping.



Seorang yang berkulit putih sepo, berwajah tenang.
pB cukup suka memerhati arwah, terutama kaki arwah.
Begitu putih dan lembut ...
Arwah juga seorang bapa dan suami yang penyayang.
Suka berjenaka dengan anak anak.
Seorang menantu yang baik .


Yang menjadi sedikit ralat adalah cara arwah meninggal.
kejadian berlaku apabila sebuah kereta waja berlanggar dengan sebuah lori.
Mengikut cerita kakak arwah, kereta waja itu cuma sedikit tercalar.
Pemandunya selamat.
Barangkali pemandu lori itu mengelak dari terus melanggar Waja, dan entah macam mana boleh 'melompat' dan jatuh di atas kereta arwah ini.
Dikatakan arwah tidak mempunyai luka luka pun di muka.
Meninggal kerana mengalami cedera parah di bahagian dalaman.



Sebulan sebelum arwah meninggal, dia pernah bermimpi (cerita isterinya).
Dia sujud di MasjidHaram, tak bangun bangun.
Dan jumaat lepas, arwah melawat kubur nenek isterinya ..
Arwah boleh berkata :-


"kubur sebelah kubur mak ni, cantik tempatnya, bersih . Kalau dia mati, kebumikan di sinilah".


Tok Ma dan Tok Ayah akan ke Merbok esok untuk melawat.
pB cuma mampu berkirim salam ..
Anak anak ada aktiviti yang perlu dihadiri di sekolah masing masing.
Manakala aBear juga ada kelas di petang Sabtu dan hari Ahad.



Kesemua cerita di atas adalah cerita kematian secara mengejut.
Sudah pasti yang ditinggal , akan mengalami trauma.
Yelah, pagi baru jumpa, tengah hari sudah tiada.

Semalam, baru tidur sekatil , hari ni sudah tiada.
Sedih tapi terpaksa dihadapi juga.
Bagi yang dewasa, mampu mengerti.
Tapi bagi anak anak kecil, sudah pasti terpinga pinga
Yang pasti rindu akan terus bersarang di hati.


AL fatihah untuk semua ...
Moga roh roh mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.


Hmm...pagi pagi Jumaat dah cerita pasal kematian...
Bukan apa, untuk peringatan diri sendiri.
Mati itu pasti.
Setiap yang hidup akan mati.
Tak kan lewat walau sesaat pun.

Yang mampu dilakukan adalah berdoa.
Agar dipermudahkan ketika menghadapi sakaratul maut.

Agar mati dalam keadaan beriman kepada Allah.
Agar mati di tempat yang baik baik.
Agar yang ditinggal akan terus berdoa akan kesejahteraan kita di sana.




CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PENGAJARAN
(Untuk peringatan diri sendiri)

Selimut Putih (Lagu asal nyanyian "Orkes El Suraya" dari Medan)

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung - sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung

Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri

Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman



************


Ada gambar gambar keadaan mayat didalam keranda.
Proses proses yang berlaku sepanjang proses pereputan.

Kalau ada yang tersinggung, harap maafkan pB.
Hanya untuk peringatan diri sendiri...


Kalau ada yang rasa tak tahan, dinasihati janganlah tengok ..












Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...