Mintak maaf banyak-banyak sebab ambil masa begitu lama untuk sambung cerita @ pengalaman.
.
.
.
.
.
.
..
...
....
.....
Keluar jer dari Restoran Sederhana , kami sekali lagi dikerumuni oleh penjual-penjual yang bersungguh-sungguh memujuk kita orang untuk membeli belah.
Sib baik , masih boleh lagi ditangkis sebaik mungkin. Tapi kesian memang kesian.
Dari kedai makan , kami dibawa ke Jalan Dago.
Jalan Dago ni memang terkenal dengan Factory Outlet.
pB perhatikan F.Outlet di sini kebanyakkannya berada dalam bangunannya sendiri @ bangalow.
Bukannya seperti shopping kompleks di Malaysia nie.
Satu bangalow (setingkat atau dua tingkat) , satu shopping outlet.
Factory Outlet yang pertama kita masuk ialah Central Branded Outlet.
Dikatakan inilah F.O yang paling murah kalau dibandingkan dengan F.O yang lain.
Kat sini yang membeli belah cuma adik ipar pB.
Yang lain hanya melihat melihat sahaja.
Bila keluar dari premises ini , sekali lagi kami didatangi oleh penjual-penjual tahap tegar.
Pengalaman berada di dalam kenderaan di sini sungguh mencabar minda.
Sebabnya jalan raya di Bandung ni tak selebar jalan raya di Malaysia nie.
Motor banyaaaaaaak digunakan di sini.
Kalau kenderaan berhenti sebab jem @ macet , kita boleh 'high five' atau bersalaman dengan
penumpang kenderaan disebelahnya. Kalau ukur kenderaan ke kenderaan sebelah , dalam sejengkal jer selisih nya. Begitu rapat.
Horn memang digunakan sepenuhnya disini. Tapi bukan tujuan utk marah-marah.
Ianya lebih kepada untuk memberitahu kepada pemandu-pemandu yang lain , samaada kita nak keluar parking , masuk simpang dan sebagainya.
Sepanjang 5 hari berada disini , tak pernah sekali pun pB nampak kemalangan walaupun cara pemanduan mereka brutal - brutal. Boleh dikatakan pengguna jalanraya di sini mereka penuh dengan sifat sabar dan bertolak ansur.
Keluar dari Central , terus tuju ke Apartment Cipedes. Perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit kerana kesesakan jalanraya. Malam-malam pun masih lagi jem disini. Dasyat tul.
HARI KEDUA.
Jam 4.30 pagi sudah subuh kalau di Bandung. Kena bangun awal untuk mengelak dari mandi air sejuk. Kalau lambat bangun , kena tunggu giliran masuk tandas. Kalau dah ramai yang mandi , maka bekalan air panas (water heater) akan habis.
Ini adalah salah satu keburukan menyewa di Apartment Cipedes ni. Tiada bekalan air panas yang berterusan.
Dan juga tiada kelengkapan alat dapur yang mencukupi. Kami dibekalkan dengan sebuah periuk (jerang air dalam ni , panaskan lauk pun dalam nie) , dan sebuah cuek (kuali ceper).
Pinggan mangkuk dan gelas adalah. Kalau tak ada , berda'ah lah pulak kan.
Jam 730 pagi , kami semua dah keluar rumah. Kena awal-awal , kalau tidak jalan sibuk. Mengejar masa sebab banyak lagi tempat nak jelajah.
Rancangan hari ke dua adalah melawat Gunung Tangkubang Perahu.
Rasanya semua rakyat Malaysia kalau ke Bandung , mesti melawat Gunung T.Perahu nie.
Kalau tak melawat , macam tak lengkap jer ......
Perjalanan dari Cipedes ke sini mengambil masa lebih kurang 40 minit. Gunung ni berada di Utara Bandung dan ia merupakan kawah gunung berapi yang masih aktif dan mempunyai banyak mata air di sekitarnya. Ianya mempunyai ketinggian setinggi 2084 meter. Kali terakhir ia meletup ialah pada tahun 1910.
Dinamakan Tangkuban Perahu kerana ianya kelihatan seperti sebuah perahu yang terbalik dari jauh. Rasanya semua orang sudah tahu akan sejarah Gunung Tangkuban Perahu ini. Cerita dogeng Sangkuriang yang jatuh hati kepada ibunya sendiri , Dayang Sumbi.
Perjalanan pagi itu begitu tenang , cuaca pun alhamdulillah cerah. Mahu naik ke puncak , jalan nya berlengkor-lengkor seperti pendakian ke Cameron Highland (lebih kurang) , cuma permandangan lebih cantik dan segar. Kami melihat banyak kebun kebun bunga sebelum sampai di Kaki G.T.Perahu ini. Bunga-bunga sungguh segar dan cantik-cantik belaka terutama bunga orkid. Juga dpt dilihat deretan kebun teh dan juga hutan pokok pines.
Di Kaki G.T.Perahu , kami perlu membuat sedikit bayaran untuk masuk ke kawasan ini. Kalau tak silap pB , setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak RP30000. Dan kenderaan juga harus dibayar (lupa sih ... berapa harga tiket untuk van kami).
Terdapat sembilan kawah di sini. Kawah yang paling terkenal ialah Kawah Ratu dan Kawah Putih. Rasanya semasa kami sampai di sana , kami adalah kumpulan yang ketiga. Memang tak ramai pengunjung , yang ramainya penjual-penjual tegar yang maha-maha tegar ......
Lokasi mesti ambik gambar.
Tak perlu beratur tunggu giliran sebab kita jer yang ada kat sini.
Sejuknya hingga ke tulang hitam , rasanya.
Memang menggigil - gigil ..
Tengok-tengok lepas ni , kain pelekat tu jadi selimut.
aBear kontrol macho tu , padahal .....








