21 September, 2006

MENYAMBUT RAMADHAN

(nota kepala : masih dok terkedek kedek cuma memahami blogspot ini. Kenapalah susah bebenor rasanya)....

Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, PB mendengar topik pagi ERA.
Pagi ni Khairil bertanyakan tentang persiapan untuk menyambut ramadhan.

Adalah seorang pendengar wanita ni, menceritakan bahawa dia telah lama membuat persiapan dengan cara berpuasa sunat setiap hari isnin dan khamis semenjak bulan Februari lagi.
Wah , respect betul PB pada sipemanggil ni.
PB pun tak terdaya nak buat begitu.

Terdapat juga pemanggil yang telah membeli stok barangan kering seperti sardin, maggie mee , jem, kaya (ini mesti kes, tak makan berat masa bersahur).

Yang PB nak gelak tu, ada satu laDy ni kata:
'saya, bila bulan ramadhan nilah baru nampak muka saya kat pasar'
'sebab bila ramadhan , saya akan membeli bahan basah utk dimasak untuk bersahur'
Timbul persoalan di benak PB , aiks ... bulan puasa je pergi pasar, bulan tak puasa, macam mana pulak..tak kan hari hari beli lauk tunjuk tunjuk......

Dan seorang kakak pula bercerita , yang sepanjang perkahwinannya selama 20 tahun, dia tidak pernah bangun pagi untuk menyediakan makanan untuk bersahur.
Semuanya dilakukan oleh suaminya.
Wah...manja betul akak ni. Seronok tu kalau dapat suami yang begini berkaliber.
Bertuah akak nie.

Teringat lah PB pada seorang teman seperjuagan semasa belajar di Taiping dulu , yang juga berbuat demikian setiap kali muncul ramadhan.
Dia yang akan bangun, masakkan nasi, panaskan lauk pauk, membuat air minuman, dan setelah semuanya dihidangkan , barulah dia akan mengejut semua ahli keluarganya termasuklah isteri kesayangan untuk bersahur.
Bukan semua suami yang mampu berbuat demikian.

Setengah lelaki ni, nak kejutkan bangun sahur pun punyalah susah inikan pula nak bangun awal dari isteri.
Jangan pulak ada suami suami yang melenting bila baca entry PB hari ini.
Itu pendapat PB seorang.

Abe....pulak macam mana??
Nanti sat nak recall....flash back , flash back..
Abe.... biasanya PB akan kejutkan dia bersama sama dengan anak anak.
Dan memang dah spesis makan tak banyak, jadi kengkadang tu geram jugaklah bila tengok kuantiti makanan yang Abe makan.
Sikit bebenor....
Padanlah dengan berat badannya 52kg.

Persiapan PB pulak untuk menyambut puasa tahun ni, macam biasa.
Tak der yang special atau pelik pelik.
Cuma sediakan 'sambal daging' atau serunding kampung langgar.
Ni kira makanan wajib lah untuk bersahur.
Makan dengan nasi panas.

Dan PB berharap hari pertama puasa ni, PB dapat berpuasa.
Dan harap dapat berterawih di Masjid PP, insyaallah.

Bagaimana pula dengan persiapan kawan kawan yang lain.....

14 comments:

~adeQ~ said...

kakpb, mmg ada suami bgn masak sahur. ayah kita salah seorg.padahal dah ada anak dara...seronok...selalunya, mak msk main lauk,masa pagi tu ayh akan grg sayur atau telur dadar dan buat air milo panas....sekarang dah kawin...kena bgn sendiri sediakan sahur sbb ubby kita tak pandai masak.

pB said...

Kak Z
Tul tu, PB pun kalau sahur mesti pening. Nak pulak kena 14 hari terakhir. masa tu memang dah kering idea. last last goreng daging jer dgn bawang pun jalan.

Adeq
Yah bertuah nya mak adeq. Sonok gitu kalau tiba bulan posa. Bila masa lagi kan, nak rasa air tangan suami/ayah.

ummi said...

sayalah antara isteri bertuah. suami suka masak, mmg dia dah cop nak masak bulan puasa nih. and tak berapa makan sahur. bangun sebab nak ambik berkat aje. minum air masak sikit pun dah cukup untuk dia.

Anonymous said...

k.PB...
selamat berpindah rumah...
dpt tak sms bie semlm? tgh demam semlm...dh 3 hr MC...
seruunding langgar tu serunding resepi keluarga k.PB ker? camne resepi dia?
dah start buat ke serunding tu utk bekalan sahur?

pB said...

ummi
tahniah sebab ummi punyai hubby yg pandai masak. setiap org ada kelebihan masing masingkan. Family PB mesti bangun sahur,kalau tak bangun, nanti Tok Ma bising

BIE
Dpt Bie..terimakasih sebab bls sms PB. Tak tahula pulak Bie tak sihat. Seruning tu dibeli diKampung Langgar depan supermarket Billion tu.

Kaklong Syikin said...

salam,

cantiknya rumah kak PB yg baru ni. saya rasa lagi cantik drp rmh lama, sesuai rasanya kuning ni ngan stail kak PB..itu pendpat sayalah.

kiranya selamat menjadi warga bloggerlah.

saya harap tahun ni jgnlah ada terlepas waktu sahur..

pB said...

shikin
Kak PB pun berharap jugkalah warna ni cool tak la 'nyela' sangat dok.

Kak PB pun harap tahun ni kita TAK miss sahur.

zino said...

dah pindah rumah baru ke? .. kena buat kenduri tu.. hehe

kesian para suami nampak nya asyik kena je..hehe.. tapi tu bagi yg terlibat la kan..

kepada PB.. dan semua yg sembang kat sini.. selamat menyambut bulan ramadhan.. supaya bertambah amalan kita di bulan yg mulia ini.. jangan asyik dok sembang persipana raya pulak hehe..

pB said...

ZINO

Selamat datang kerumah baru PB.
Selamat berpuasa buat zino sekeluarga.

Insyaallah, isu raya tu kita bincang dua minggu dari sekarang.

dlt said...

pb, selamat pindah rumah baru. patutla dulu everytime nak masuk rumah pb, asyik tak boleh je.
saya pun beli serunding langgar jugak. kat rumah ada tu. wat makan bulan posa best. tapi buka puasa kat kelate memang heaven , kan? rendunyaaaaa.............. tahun ni tak berpeluang puasa kat kelate sebab balik kelate raya ketiga dah. waaa......

KakNi said...

Wah, cantiknya langsir baru! Kalau dah berbakat tu cepat aje dapat menghias rumah dengan ayunya.

Oh ya PB, sayapun setiap hari makan lauk tunjuk2

pB said...

DLT
Tulah, rumah lama jalannya asyik jem. Sangkut sangkut lambat. Sebab tu PB pindoh. Kat umah PB, kiranya sambal daging ni tak pernah putus. Sentiasa ada. Balik raya , insyaallah 20hb tu dah on the way...insyaallah

AHNI
Baru belajar ahni. Thx sebab tunjukkan cara. Lauk tunjuk hari hari pun, boleh pening nak memilih, kan?

Idham said...

salam pB tuan punya rumah baru yang berseri2 dgn hiasan bunga matahari...:)
syabas!

hehehe...bila baca story pasal nak sambut puasa ni memang menaikkan nostalgia...puasa di malaysia mmg best, actually tak payah masak pun..sbb dah banyak tersedia di pasar Ramadhan...

abe id jenis bangun sahur....tunggu subuh...dan TIDO balek hahaha :)

id.

Akuro ® said...

Akuro pun smlm tlg Mak buat sebeban serunding. Daging n ikan. Xsabar rsnya nk sahur. Sbb nk mkn serunding. Haha!

Psl blogspot yg susah tu biasala. Sblm ni kn duk biasa dg blogdrive. Lama2 nnt jd biasa n senang la...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...