19 October, 2006

AKHIR KATA SEBELUM RAYA

Mungkin ini adalah entry yang terakhir buat bulan ramadhan ini.
Insyaallah kalau panjang umur, kita berjumpa lagi lepas raya...

Kawan-kawan sealam maya, rakan² seperjuangan , dihari yang dirahmati dan bulan yang diberkati ini, ingin PB memohon jutaan maaf seandainya:
1. Tersilap kata
2. Tertulis perkara perkara yang sensitif
3. Terkomen benda benda yang lari tajuknya

PB adalah hamba Allah yang hina yang masih lagi kurang ilmu pengetahuan dan masih lagi teraba-raba mencarinya.
PB pohon juga jika sesiapa ada ilmu janganlah kedekut untuk dikongsikan bersama.
Akhir kata:

1. Selamat meneruskan puasa sampai habis
2. Selamat berterawih sampai habis
3. Selamat mengqada sembahyang fardu
4. Selamat meneruskan amalan solat witir sebelum tidur selepas ramadhan
5. Selamat beshopping sakan
6. Selamat perabihkan duit beli kuih muih
7. Selamat berhutang dengan menggunakan kredit card bagi mereka yang masih layak
8. Selamat simpan serdak-serdak kuih muih raya untuk bekalan selepas raya
9. Selamat balik kampung tetapi ingat "PANDU CERMAT JIWA SELAMAT"
10. Selamat berhati² kerana tahun nie saman akan dikeluarkan terus selepas dikesan kesalahan
11. Selamat berlagak kat orang kampung kononnya banyak duit
12. Selamat menyambung kerja kembali selepas raya
13. Selamat habiskan kuih muih raya selepas raya lantaran kehabisan duit belanja
14. Selamat gunakan duit raya anak² untuk belanja harian sementara dapat gaji bulan depan
15. Selamat dunia dan akhirat.

8 comments:

Ordinary Superhero said...

Selamat Hari Raya
Hati-hati di jalan raya
Hati-hati berbelanja duit raya.

weAr said...

kak PB da blik kmpung ker?waa~~besnyer..
slmt hari raya.

Anonymous said...

berhati2 di jln ry kak PB :)

zino said...

berapa banyak selamat daaaaa...hehe

Akuro ® said...

Selamat hari raya...

pekan said...

suka part "Selamat gunakan duit raya anak2 untuk belanja harian sementara dapat gaji bulan depan"..

huhuhu.. takut bila nak pikir pasal gaji bulan depan..

Fadh Rahman said...

apa yang ko tulis tue aku sokong sesangat...moga semuanya selamat-selamat belaka dan gembira-gembira belaka...Salam Aidilfitri...jemput laa ke blog aku...he he he :D

zino said...

selamat meneruskan beraya.. kami dah kerja dah hehe

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...