09 October, 2006

DEMOSTARSI

Terdapat beberapa penduduk ditaman PP yang tidak bertanggungjawab cuba mencari reseki dengan cara yang tidak sah.
Mereka telah berniaga ditempat yang tidak sepatutnya.
Mereka telah membuka gerai menjual makanan dan minuman.
Kalau dulu, yang ada hanyalah meja untuk meletak lauk pauk, tapi sekarang telah ada meja meja kerusi yang disediakan untuk pelanggan yang hendak makan disana.
Disebabkan oleh kerusi meja ini, maka, kami sebagai penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan tersebut, menghadapi masalah apabila memandu.
Yelah kan, jalan dahlah tak berapa nak luas, diletakkan lagi meja kerusi , lagilah sempit jadi jalan tersebut.
Pernah sekali PB geram, PB selamba jer langgar kerusi yang mereka letakkan.

PB dapat tahu rupa rupanya ada seorang penduduk yang bertindak sebagai penghulu.
Katanya ' oo...jalan x/6, ini adalah kawasan dia.....'
PB juga dapat tahu, bahawa dia telah mengutip beberapa ringgit untuk tujuan wang perlindungan yang akan diberikan kepada pihak berwajib.

Baru baru ni, beberapa orang penduduk taman itu telah bermesyuarat dan akan cuba membawa hal ini kepada pihak yang bertanggungjawab.
Tapi, belum sempat hal ini di'highlight'kan, terjadi lagi satu insiden.

Di tempat lenggang yang lain, telah dibina gerai batu untuk tujuan perniagaan juga.
Dengar kata projek ini adalah untuk menolong orang yang miskin.
Tujuan baik ,tapi lokasinya macam tak kena aja.

Disebabkan projek itu dibina berhampiran dengan rumah rumah Cha Ya Nun Alif, maka melentinglah mereka.
Wah..yang PB dan member member dok kena tanggung sejak beberapa tahun ni, mereka tak ambik kisah.
Tapi bila, kena depan rumah mereka....baru nak melompat...

Jadinya, Sabtu lepas, berlakulah tunjuk perasaan dikawasan ini.
Siap ada pemberita.
Siap ada kain rentang.
Siapa ada sepanduk lagi tu..
Ada wakil DAP yang datang...
PB pun menyibuk jugaklah pergi...bukan nak join sgt, cuma nak ambik gambar dah bubuh dlm blog jer *yg sebenarnya*.

Yang heran, ahad tu PB beli Kosmo dan Utusan, tarak pun cerita tu....

antara penduduk yang berdemostrasi

Cuba nak download beberapa gambar lagi, tapi tak menjadi.
Kenapa....????

Hari Ahad,PB dan anak anak tak kemana mana pun.
Lepak lepak dirumah lagipun Arifah dah mula periksa akhir tahun.
Jenuh jugak suruh dia mengulangkaji.
Banyak gangguan, pegang buku kejab jer.
Lepas tu, main komputer, main kejar kejar dengan Nurin.
Nak marah marah, pun dah tak leh, sebab malas.

Berbuka agak meriah sebab dua adik ipar yang bujang datang kerumah.
Begitu juga dengan adik PB dan anak anaknya.
Kawan yang PB jemput tu, entah macam mana, dia boleh lupa.
Melepas dia untuk makan

-nasi kerabu
-ikan siakap sweet sour
-kerabu sotong (ni belajar dgn Kak OO)
-sup tulang
-ikan bakar
-pengat ubi
-agar agar santan
-air tembikai
-air barli

Esok..selangor cuti...yahuuuuuuuu.
Ingat kalau rajin nak cat pagar......
Tapi guna cat lama..sebab Abe tak nak beli cat baru.
Katanya JANGAN MEMBAZIR

12 comments:

Rakimi said...

ni tunjuk persaan ke.. ? ke nak tunjuk menu berbuka pose semalam? ih tahan betul dgn menu tu.. sabor jelah.

Rakimi said...

ni tunjuk persaan ke.. ? ke nak tunjuk menu berbuka pose semalam? ih tahan betul dgn menu tu.. sabor jelah.

pekan said...

lorr.. ader tunjuk perasaan ker..? apsal tak panggil sy sekali.. buleh masuk dlm gambor akak nie.. hehehe..

sy kerja esok.. nama jerk keje kat selangor tapi cuti ikut kl.. hampeh tul.. uwaaa...

zino said...

apa dah jadi dengan pihak berwajib..? kenapa tak panggil karam sing walia.. semua masaalah boleh sesesai..

maklang said...

Betul kata Bro Zino tu...pas tu PB diri kat sebelah Karam Singh tu...boleh maklang tengok PB kat TV.

Maklang pun cuti hari ni. Tapi today report duty nak buat biskut Raya!

Zareda Norman said...

KL kerja hari ni, masaklaer KL hari ni sure jem giler, org selangor turun shooping raya..

yerlah tak de cerita pun pasal demotrasi ni dalam paper ek.

dlt said...

orang cha ya nun alif memang cepat melenting kalu kena kat diorang tapi kalu kena kat kite, berbuih mulut pun wat deerrkkk jer.
best nya menu. nasi kerabu. sayo namo jah kelate tapi tok reti wat nasik kerabu. resepi ada?
best tak ngurut? last ngurut masa lepas bersalin hari tu.
berapa kak tu charge ah? mahal dok?

KakNi said...

Kalau MPSJ buat kira ok lah tu, mesti ada town planning punyer. Yg haram2 tu yang tak ok. BTW, saya tak tahulah situasi kat sana macam mana. Kalau kat Shah Alam ni memang tak ada haram2 punya gerai.

weAr said...

banyak nyer menu bukak puasa~~
cam tak muat satu meja jer..
nnti bleh ar bertandan ke rumah kak PB.

Pnut said...

kalau upload gamabr guna blogger mmg selalu problem, so best way is, upload dulu kat mana-mana hosting, cth photobucket, imageshack ke... then baru copy paste html code tu...

kasutVINCCI said...

jgn ter'cat' dgn nurin sekali dah la kak yer! Hahahahahahaha

aNIe said...

Sempat jugak jurugambar amatur ni amik gambar ye...hehehe...

Menu berbuka tu buat kecur air liur je...

Kak lady tahun ni...usahkan umah tak bercat...pagar pun tak cat jugak

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...