13 October, 2006

HIBA

DOA HARI KE 20
"Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min."


Alhamdulillah sudah masuk hari ke 20 kita umat islam berpuasa. Moga puasa kita ini mendapat berkat dan mendapat pahala yang setimpal dengan segala perbuatan dan amalan kita .

Bersyukur PB kerana dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan diwaktu berpuasa. Tiada istilah letih tahun ini, yang ada cuma keluhan 'dahaga' yang keluar dari mulut PB.Biasalah kalau berada dirumah, banyak kerja yang perlu dibereskan.
Bersyukur juga PB kerana anak anak cukup kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan dibulan ramadhan ini. Ketiga tiga anak PB berjaya berpuasa penuh setakat ini (oo..cuma arifah jer tertinggal satu hari kerana demam...mama tak kisah..)

Tidak PB ketahui kenapa sejak kebelakangan ini hati PB mudah merasa sayu, hiba. Begitu senang mengalirkan air mata. Mungkin Allah ingin memberi hidayahNya kepada PB. Tidak mustahil ,bukan?

Pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja, PB sempat mendengar beberapa cerita dari pendengar Erra yang menalifon ke konti K n K. Apakah cerita sedih yang berlaku dihari raya...???
Kebanyakkan cerita , mengisahkan bagaimana mereka kehilangan orang yang tersayang diwaktu waktu hampir nya Syawal. Ada juga menceritakan bagaimana dia diuji Allah dengan ribut taufan yang melanda kawasan perumahannya.

Ada dialog didalam drama 'Hari Mau Kiamat' :
'Allah akan menguji hambaNya mengikut kemampuan diri hambaNya itu. Allah menguji hambaNya setiap waktu. Orang yang diuji itu diuji untuk menambah keimanan dihatinya. Namun, orang disekeliling orang yang diuji itu juga turut diuji, sama ada mereka sanggup membantu orang yang kena uji itu'
Lebih kurang gitulah dialognya.....

Sambil memandu, mengalir air mata PB. Sungguh sedih bila kita terpaksa berhadapan dengan satu kehilangan diwaktu arang lain sedang bergembira. Tidak dapat PB bayangkan bagaimanakah keadaan PB kiranya Tok Ma mahupun Tok AYah dijemput Allah. Semua orang akan mati. PB juga akan mati satu hari nanti. Namun, detik kematian itu adalah rahsia.

Adakah PB sudah bersiap sedia untuk menghadapi kehilangan mereka?
Adakah PB cukup kuat untuk berhadapan dengan saat saat sakaratul maut menarik roh mereka?
Adakah PB sudah cukup tabah untuk menceritakan berita kehilangan itu kepada anak anak PB?
Adakah PB diberi peluang untuk berada disamping mereka bila tiba waktu itu?
Atau, adakah PB yang akan pergi dulu......??

Pernah PB berdoa, kiranya diberi peluang, PB mahu PB yang pergi dahulu.
Kerana PB tahu PB tidak cukup kuat dan tabah untuk melalui saat saat dimana mereka yang meninggal dahulu....

Bertambah sayu hati ini, bila PB membaca pengalaman pengalaman Kak Sya mengerjakan umrah dibulan ramadhan. Begitu indah memori tersebut. Cerita cerita Kak Sya membuat PB terfikir, adakah PB akan diberi peluang untuk mengerjakan umrah atau pun haji. Terlalu banyak dosa yang PB lakukan sepanjang hidup PB ini. Dosa terhadap tok ma, tok ayah dan yang paling penting dosa PB terhadap suami PB sendiri. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terpendam didalam hati hambaNya ini.......

Tinggal bersama ibubapa lagilah mencerahkan peluang PB untuk menjadi anak derhaka. Yelah, Tok Ma marah sikit, jawab mulut. Tok Ma suruh sikit, dah mula muncung mulut. Bukan tidak tahu itu adalah dosa, tapi tahap kesabaran PB memang amat amat nipis lagi nipis dari kulit bawang. Tok Ma pernah menangis kerana PB dan PB juga pernah menangis kerana Tok Ma.

Merajuk dengan Abe, tak yah cakaplah, memang selau. Tak buat apa yang dia suruh pun dah beribu kali. Meradang dalam diam tu pun biasalah. Membebel, 'ngepek' tu pun beso beso sokmo. Dasyatnyer..... macam manalah nak masuk syurga nie...Terasa begitu jauh untuk memperolehi nikmat syurga.

Dengan anak-anak pula, tahap kesabaran memang nipis aja. Ada aja tingkah laku anak anak yang boleh buat PB naik angin. Anak baru empat tapi rasa macam dah ada sepuloh orang. PB risau PB tak mampu memberi yang terbaik buat anak anak PB.

Ya Allah, ku mohon pada Mu , janganlah Engkau tarik nyawaku sehingga aku sempat memijakkan kaki di bumi Mekah dan Madinah.

Ya Allah, ku mohon keampunan dari Mu diatas segala dosa yang telah aku lakukan sepanjang 34tahun aku menumpang dibumi Mu ini.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan tok ma dan tok ayah untuk mengerjakan ibadat haji hujung tahun ini.

Ya Allah, ku pohon padaMu , kau penuhkan hati ku ini dengan kasih sayang kepada Abe dengan setulus hati dan sejujurnya.

Ya Allah, Kau panjangkan jodohku dengan suami ku ini. Curahkanlah kasih sayang kedalam rumah tangga ku ini.

Ya Allah, ENgakau lembutkanlah hati ku ini.....

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Engkau suka mengampun. Maka Engkau ampunlah aku....

Aminnnnn

10 comments:

Anonymous said...

Aaamin...aaaamin...aaaamiiiinnnn...taqabalallahuma du'a'akum...taqabbal ya Rahimmm.

KakNi said...

Amin

Idham said...

pB....:)

tu la tu ..bila dapat rasa macam tu, selalu nya di iringi dengan keinsafan yang membawa ketengan dalam diri kan...

rasa ingin mendekati diri dengan Allah dengan sungguh2 kan...

Abe id dah abis sekotak tisue dah pagi nie...mula2 baca sya nye blog...leleh.
Pas tu baca blog syikin pun leleh...

lagu2 pun semua macam mendayu2 je kan..

Tapi dengan PB ni kan..abe id nak senyum sokmo lah..
:)

Idham

Anonymous said...

sabaq byk2 noo...tumpang nak masuk 10 yang last ni, byk2 la berdoa, moga Allah bagi ketenangan jiwa kat akak..

Lan Rambai said...

semoga pb tabah hadapi segala. saya paham betapa sukarnya tinggal dgn ibubapa sebab saya sendiri tinggal dgn mak saya. kekadang tu sebab marahkan mak, anak2 yg jadi mangsa lepaskan kemarahan!

Anonymous said...

Aminn...semoga doa PB dimakbulkan Allah swt dan diberi hidayah serta petunjuk kejalan yang diredhai dan dberi keselamatan keatas PB dan juga keluarga tercinta aminn...

Ordinary Superhero said...

Amin dan semoga dimakbulkan. InsyaAllah

Kaklong Syikin said...

salam,

entri akak ni satu tazkirah juga buat saya. tima kasih kak..

Alhamdulillah dan amin atas segala semua doa akak tu..saya pun aminkan utk diri saya juga..

pasal entri Kak sya tu, saya baca gak, saya yg dah pergi pun rasa sempat tak laig nak jejak utk kesekian kalinya..insyaAllah ya Kak, kita semua dpt pergi. niat tu aje dah dpt pahala..

uDA said...

uda pun selalu pk pk macam kak pb jugak. cuma tak cerita kat sapa2 jek. ingat2 mati mmg bagus kak. :-)

Nic said...

kadang2 nic pun tertanya, duduk ngan parents nie satu kebaikan ke atau satu sbb mudah utk jadi derhaka ya. sbb nic sendiri pun duduk ngan parent and mcmtulah, sll sangat tak sependapat dan merajuk. sEmoga tuhan ampunkan dosa-dosa nic, dan semoga ibu nic tak kecil hati.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...