17 October, 2006

RAYA OH RAYA

Apa nak cerita hari ni??
Kat pejabat ni semua dah mood raya.
Kerja berlambak yang nak kena siap, tapi masing masing .. hmmm
Macam Pb kerja kat dalam ni oklah kan, tak kena panas tak kena hujan.
Tapi mereka yang hero hero ni memang kena buat kerja jugak.
Kalau tak, mesti pelanggan marah.

Tahun ni, bonus tak dpt pun.
Kad raya sekeping pun tarak.
Sampul duit raya cuma dapat tiga peket.
Hampes tulll..
(che wah, macamlah byk duit raya nak dibagi bagikan).
Hari ni dah gaji.
Mati kutu la lepas raya nie sebab bulan depan gaji 24hb.
Janganlah lepas raya ni semput.

Esok kena kutip duit kutu.
Kena make sure org yang dapat bulan ni dapat sebelum khamis.
PB bulan depan baru dapat...

Insyaallah PB akan mula cuti Jumaat ni.
Mula - mula ingat nak kerja lagi Jumaat tapi sebab anak anak semua dah stat cuti,
so apa lagi , jommm lah moh kita kelekkkkkkk....

Balik awal ni seronok sebab buleh gie beli mache mache bendo makane'.
Tapi kesian la pulak kat Tok Ma tu pulak.
Bukak posa mesti sorang sorang.
Tok Ayah , malam kerja kat PutraJaya.
Tapi nak buat macam mana kan, Abe dah plan nak balik mlm jumaat ni lepas berbuka.
Harap malam tu , tak lah byk lagi umat manusia kat jalan raya tu.
Tak sanggup nak beratur bila nak bayar tol kat Genting Sempah tu.
Tak sanggup nak beratur masa nak keluar dari cabang tiga Kuala Krai tu.
Tak sanggup nak beratur masa nak isi minyak kat petrol pam petronas Gua Musang tu.
Wah..banyak sangat yg tak sanggup, baik ler naik kapa tu'be.
Nok naik kapa tube, pitih tok cukup lah.....

Macam tahun tahun lepas, PB mesti beraya kat umah mak mertua.
Yelah kan...mak dan ayah PB dok KL, so mana ada umah kat KB.
Mereka berdua pun kalau balik KB, mesti tidur umah adik tok ma yang kat Masjid Batu Dua tu.

Macam mana persiapan raya ?
PB...rasanya semuanya dah ok.
Baju kurung PB dua helai jer. Itu pun kalau balik ni Mokcik Moh tu dah siap jahit.
Kalau tak, nampak gaya kena pakai baju lama jelah kan.
(Ala...kalau pakai baju lama pun, bukannya orghe kota baru tahu pun).
Untuk anak anak dara tu, baju kurung Tok Ma Salor dah siap jahit.
Untuk Abe pulak, dia masih akan memakai baju melayu yang tahun lepas.
Masih baru sebab dia pakai setahun dua kali jer.

Biskut... PB dah siap oda dgn adik ipar yg kerja DBKL tu dua jenis.
Yang kat umah pun dah buat dua jenis.
Tapi yang satu jenis tu, semalam PB tengok dah habis separuh tin.
Kerepek belum beli lagi.
Maruku pun belum cari lagi.
Tengoklah, esok ke PB nak merendek ke PKNS, cari itu maruku sama itu Dewi.

Mercun...bunga api....dah ada sikit.
Adik yang tolong belikan.
Tapi mercun yang panjang bila cucuh keluar kaler kaler sedas sedas tu tak der.
Tak besh lah bunga api sekarang nie.
Balik balik bunga api kucing tu.
Kalau tak der yang kucing tu, yang keluar asap berjebok jebok tu.
Tak pasal pasal menyumbang kepada jerubu jer.

Kereta... hmmm rasanya baru jer gie servis.
So, insyaallah no problem.
Semalam Abe kata dia nak gie pasang cover kusyen baru.
Sempat tu dia server nak pasang DVD player.
Tapi PB la pulak gie gatal mulut pie tanya dia "perlu ker".
Last last, terus tak jadi dia nak beli.....

Duit raya, Abe dah tolong tukarkan masa dia p bayar duit kereta kat AM Bank.
Berapa...??
Entah PB pun tak tengok lagi.
Harap harap janganlah habis semua.
Kena jimat oooooooo...

Oklah PB nak berenti dulu.
Yang sebenarnya ada isu penting yang PB nak tanyakan.
Tapi tak per, esok jelah PB tanyakan kawan kawan semua.

PB nak gie Shah Alam Mall kejab.
Mana ABe nie.....????????

9 comments:

kasutVINCCI said...

wah..excited nak balik kampung naa? Kv isnin tu kerja lg. Tp rasanya sekerat hari jek la. Dah plan nak ponteng. Hehehehe

cm said...

cm balik pagi khamis...entahle lagu mana anak-anak dlm keter tapi kami dah bincang utk tak mudaratkan keadaan dlm keter kami bagi Iman & Inas raya...bergoleklah 3 beradik tu kat belakang tengok dvd. cm packing dah siap cuma nak adjas masuk keter yg takde bonet susah jugak...takut hancur sekuk raya yg cuma 2 balang itu, baju masuk supik jah senang nak tekan. SELAMAT BERAYA PB dan keluarga, salam kat anak-anak.

idham's directory said...

psst...nak bagi tips..

sebelum cabe tiga kuala krai tu .. sebelum sekolah vokasional tu ada simpang ke kiri *kalau dari gua musang* pB ambek jalan tu...tak dak kereta...dia akan keluar dekat dgn stesen keretapi k krai...pah tu pB relax je la drive towards KB....boleh lambai2 sambil senyum kat depa yg dok jam di simpang tu..

psst....rahsia nie. nanti GAB atau ONDE or Tee atau DLT tau , abih la jap jugak jalae tu pung...

:)

abe id.

~ahni~ said...

PB, hubby PB pun orang kelantan jugak ke?

Hati2 bila nak balik ke kpg tu ok. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Ummi insyaAllah said...

maghi kita pakat ghama2 kelik klate...

oren said...

waahh..seronot ek nak balik kampung??

tahun nih saya beraya kat Penang, dah ada di Penang pun..muahaha..takyah kalut2 nak tempah tiket, usung beg blaa..blaa..tapi tahun depan siaplaa...kena raya umah MIL plak..

PB said...

KV
Me'me kalu tiap kali nok kelek klate me'me xcited sgt. Tapi kalu ingat ko maso hok dok keno dok dale kreto, adoiiii....
Selamat Ponteng Kerja...

CM
Sonok bu'a dgn CM semale. Ramah tamah tu...Pagi is'na,wah lagi awa dari PB. PB belum stat mengemas pun lagi. Baju rayo budok budok, hari tu balik bule sembile, wak kelik doh. Kereto tu abe bubuh 'bot' kat atas bumbung, jadi nyor, belake tu luaslah sikit untuk budak bu'wah
Selamat Hari Raya Buat CM sekeluarga

ABEKU ID
Thx for the tips. Insyaallah PB akan guna. Tapi rasonya sebab mungkin sapa area tu kul 3 pagi, rasonya jale dok jem lagi...apa apa pun, harap harap kita buleh jupo kali nie....

AHNI
A ah Ni, kita satu kapal. Jadi tiap tiap tahun memang balik klate lah. Ahni pulak macam mana? Selamat Hari Raya . Maaf Zahir Batin

BIE
Mohlah kito pakak buat jale jem . Tolok bilo? Kak PB insyaallah male jumaat nie....

kakZ said...

syoiknya depa nak balik dah. akak ni balik jugak tapi tak tau lagi hari apa....tunggu rm dari tokey2. tu la namanya kerja kontrak

Pisces said...

kak pb,

selamat hari raya..
nanti jemputla dtg rumah..

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...