01 November, 2006

CERITA RAYA

Masuk mana mana blog semua bercerita tentang pengalaman berhari raya.
PB pun nak tumpang dua kakilah.
Mana aci kan...

Khamis / 19hb Oktober 2006

Balik dari kerja , lepas berbuka, baru bertungkus lumus mengemas baju baju yg perlu dibawa pulang.
Tak perlu nak berkemas sakan sebab Tok Ma masih ada lagi dirumah hingga sabtu pagi.
Beri syarat pada Abe supaya bertolak lepas drama Nur Qaseh.
Tangkap leleh semua anak dara dan mak dara bila ending cerita tu.
Sedih benor bila tengok Ija tu mati.

Bertolak dari Puchong jam 1200 tengah malam.
PB tertidur, sedar sedar dah nak masuk Karak Highway.
Dah...panaslah kejab sebab dah pesan pada abe nak berhenti kat petrol pam kat area Gombak tu nak beli makanan buat sahur.
Anak anak sakan tidur nyenyak.
Mana tidaknya, kerusi belakang dijatuhkan, dilapik toto lagi tu.
Itu tempat tidur Afiqah dan Nurin.
Dan dikerusi tengahnya pula, Aqilah dan Arifah.
Bagasi bagasi diletakkan didlm 'perahu' di atas bumbung kereta.

Pukul 330 pagi, sampai di Merapoh. Berhenti bersahur.
Naya budak budak makan maggie kari. Telur pun tarak.
Berlaga bibir dengan lutut Arifah, tak pasal pasal dpt sakit.



Jumaat / 20hb Oktober 2006
Pukul 630 pagi, singgah sebentar di Petrol Pam Petronas di Kuala Krai untuk solat subuh.
Kira ramai jugaklah yang balik malam Jumaat itu.
Lalu ikut jalan dalam, jumpa Kemubu, Dewan Beta, Sekebun Bunga.
Masa lalu ikut Kemubu tu, terfikir pada orghe jauh tu...
Ada ker pertemuan di hari raya ini....
Siap buleh teka teka lagi tu , mana satu umah kakok orghe tu...
Sampai di pintu tangga umah family mertua tepat tepat jam 730 pagi.
Lepas mengemas apa yang patut, maka bermulalah agenda tidur.
Anak anak , biasalah kalau dah jumpa sepupu sepapap, main macam tak cukup tangan.

Sebelah petangnya, meronda di Pasar Ramadhan Stadium hadapan KBMC.
Orang luar tak berapa ramai lagi.
Berselera sungguh melihat semua jenis makanan dan kuih muih.
Macam tak cukup jari, nak pegang 'supik rong ghak'

ayam percik

sira labu . RM 1 satu.

buah tanjung

himpunan kelapa muda . RM 2 sebungkus. Sedap sungguh sebab fresh

pintu gerbang
Sabtu / 21hb Oktober 2006
Pagi tu PB ajak Abe ke Kampung Panchor , Pengkalan Chepa.
Ambik baju kurung yang PB tempah.
Murah jer, 2 pasang baju kurung siap dengan piping cuma rm50 ringgit.
Kalau kat Selangor ni, mau dekat dekat seratus ni.
Selesai ambik baju, PB ajak Abe ke Pasar Siti Khatijah pula.
Ada member minta PB belikan keropok ikan timbang dan juga beras nasi dagang.
Bila dah ada kat Pasar ni, lagi panjang langkah PB.
Beli tudung kain bawal satu 3 helai.
Baju sehelai.
Nasib baik tak beli beg tangan tiruan.
Walaupun tiruan tapi cantik.
Sempat jugak beli sebuah beg sekolah buat Afiqah.
Lepas Pasar Siti Khatijah, PB dan Abe menapak pula ke Pasar MPKB.
Abe nak cari tilam tiga segi buatan Thailand mari.
Tapi tak der.
Belah petangnya, PB dan Abe sekali lagi membeli juadah kuih muih di Pasar Ramadhan Stadium. Sempat jugak ke pasar ramadhan wakaf che yeh beli percik perut ayam. Sedapppppp.

jantung pisang dan ubi stelo

telur penyu . Masa b4 raya rm10 5 biji. Lepas raya, rm10 4 biji

pisau dan keris. Kla'we pun ado

Limau siam. Sekilo rm3.00


Jagung

Nenas dan buoh duku. Pauh pun dah ada. Rm5 sekilo

Pintu gerbang kat dataran kota naim

Bunga bunga ..wangi


Bunga kantan . Merah merah. Tak mcm kat KL , putih luih

Telur penyu

Sotong...besar kan

Gerai menjual keropok timbang. Sekilo rm6.00


Pandangan dari tingkat dua Pasar Siti Khatijah
Pandangan ke tempat sayur-sayuran

Deretan tudung yang lawa lawa. Rabun mata memilih

Cantik nya...

Berhenti dulu....ini baru cerita hari ketiga. Jauh lagi PB berjalan

5 comments:

tumismenumis said...

pb, jalan kuala krai kat pulai chondong yang simpang masuk kemubu tu jam ker time raya baru ni?
Itu kampung aku tu.

Mizz all that makanan makanan dalam gambo ko tu.

- tety - said...

Salam Kak PB.

- Salam Aidilfitri utk akak & family
- Happy Belated B'day. smoga success sokmo okeh.

huhuh tety balik kelate pagi jumaat, alhamdulillah jln clear lg time tuh... mmg best giler time nk g cari tudung kt kelate... puas ati. tp tety dah lama x g cari tudung kt KB, sokmo beli kt pasir mas jek...

kasutVINCCI said...

ni mesti anak2 kena tinggal ni, tu yg sedap ber jale tu.Hehehehe

pB said...

MAZUDI
pB kalu balik MESTI lalu ikut jale tu sebab nok elak sesak kat Ketereh tu. Baru ni, ja'le clear cuma biaso lah ja'le kapung, tok brapo molek...lu'be lu'be

KAK ZIE
Bunga tu untuk berubat pun boleh, untuk diletakkan dlm kain sembahyang pun buleh. Lupa nak ambik gambar se'pe ke'de're

TETY
Kak pB tok rajin la pulok gie bo'rong kat pasir mas tu. Abr sokmo bowok g Pasar CT.

ABE ARIF
Eh eh eh...se'meta abe arif, se'meta abe id ..hok mano sor ni?
Kampung abe arif tu biasa biasa aja. Idak la ulu benar. PB pun dulu pernah tinggal lagi ULU. Sonok gie umoh kakak abe arif, sebab berangin...

KV
Hik hik, biasalah tu, budok budok tok rajin nok ikut kalu balik salor. Demo tu lagi suko duduk dumoh main dgn sepupu sepapat.

Anonymous said...

kg panchor??? diingatkan, berhati-hatila kalau nak stay kat kampung panchor especially kat area taman desa mardhiah binaraya, anak beranak owner Wira Rantau enterprise dan jugak sekor bekas banduan kurang ajar dan ibunya kaki fitnah ada stay kat situ, selagi mereka tak mampus, kawasan tu tak akan aman....

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...