29 November, 2006

TAK RETI

Tadi, masa nak masuk ke bilik kecil,
tolak tolak pintu, rupa diselak dari dalam.

Oooo sudah ada penghuni ... bisik hati pB.

Apa boleh buat , tunggu jerlah
(bilik kecil untuk pompuan ada satu jer, yang dua lagi untuk lelaki)
(sambil tunggu sambil cekak pinggang)

Nak tahu kenapa???

Sebabnya dari luar, pB boleh hidu bau asap rokok.
Takkanlah pompuan kat dalam tu.
Lagipun berapa kerat jer pompuan yang guna bilik kecik tu selain dari pB.

Tunggu punya tunggu...

Keluarlah pengguna berkhemah itu...

Memang sah.....seorang LELAKI PEROKOK...

Adoi laaa...dah lah guna bilik kecil pompuan, siap boleh berasap lah tu..

Memang la kat muka pintu tu tak der tulis LADIES atau simbol Woman,
tapi kat dalam tu kan ada kotak tinggi kaler BIRU tertulis RINTOKIL...

Susah tul...kalau lelaki yang tak faham nie...

Keluar bukan nak minta maaf sebalik nya boleh cakap dia berasap kat dlm tu...

Bila pB masuk, memang sesak nafas....

Apa nak buat dengan LELAKI begini??????

4 comments:

Pisces said...

kak, dia bunuh nyamuk kot kat dlm tue.. hihihi..

*fizzy* said...

Salam, K PB..

Thanks for leaving a trail in my blog. Honoured lah, and happy jugak..
Bertambah lagi sorang kawan di alam maya ni.
Reti kecek kelate pulok tuh.
:D

oren said...

awat tak hamput saja mamat tu? lepas nih akak kena buat notis, dan tampal kat pintu "INI TOILET PEREMPUAN".

amacam, bleh?

PB said...

PISCES
Agaknyer gitulah kot sebab shah alam ni kan area demam denggi...

FIZZY
Small matter tu .... me'me doh blog hopping hari hari...
Mesti panda kecek klate sebab ma n ayoh me'me asal dari sana

OREN
ingat nak hampuk jugak, tapi yg keluar tu kak pB tak kenal... label tu memang nak tulih, tapi dari satu hari ke satu hari..last last tak tulih tulih ...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...