04 December, 2006

GEMBIRA TAPI SEDIH

1hb Disember 2006

Xcited banget sebab udah tiba harinya Gue mau ketemu anak anak Gue.
(padahal xcited yg lebih lebih tu sebab nak naik kapatube)
(ha ha ha)

Kerja pada hari itu cuma hingga jam 12 tengahari sahaja.
Perlu bergegas ke LCCT ..
Wah ...jauh banget sih tempat ini.
Kalah tempat lahir jin jin nyonya Bertha dalam drama BPBM itu.
Nasib baiklah Abe ada darah Montoya yg mengalir dalam badannya maka sempat kami sampai di LCCT tu 10 minit dari waktu untuk check in.
Yg tak best bila sampai kat situ, pB boleh teringat kat arwah Hani Mohsin.
(hik hik...bukannya sedih sebab nak tinggalkan Abe)

Seronok sebab nak balik kb naik kapatube.
nak wat cam ner pB ni bukannya byk 'pitih mah' nak naik naik kapa tube sokmo.
Jadi bila ada peluang gini, maka gunalah...

Ingatkan guna AirAsia ni mcm Mas..
Tapi...ado larr....naik bas transnasional lagi selesa...
Dah lah flight tu tak ikut masa yang ditetapkan (delay 30 minit)
Nak keluar dari terminal tu kena beratur (mcm nak bas)
Nak duduk tepi tingkap pun macam nak berebut rebut...(ha ha...memang jakun tul pB)
Bila dah dpt duduk tepi, tingkap pulak buat hal..(tak leh bukak)
Hahaha.....idak ler, tingkap tu beruap, so tak leh nampak dengan jelas.
Dan juga ada pendatang haram dalam kapa tube tu...tiga ekor LALAT
Dan akhirnya....aircond tak rasa apa pun...panas disepanjang penerbangan itu.
Hmmmmmm...
Macam tak berbaloi bayar sebanyak yang dibayar itu...
Tapi......yang besh dalam masa 1 jam setengah pB dah dpt jumpa anak anak dara pB.
Ya hoooooooooooo....

Bila tiba di airport, hah !!!! sorang pun tak der tunggu kat depan pintu ketibaan tu.
Ado...maka vanish lah semua angan angan nak berlari slow motion , memeluk anak anak.
Kuat tul berangan pB dalam kapa tube tu...
Rupa rupanya mereka dok main main kat tingkat atas (ada Kay Ef Cee)
Dan kejutan yang kedua...Afiqah tak der disitu.
(Sampainya hati mu......memang perumah betul la kakak nie)

Malam tu , pB tak kemana mana pun.
Nak kata berkepit dengan anak anak pun, tak jugak.

Nurin, bila mama ada ni, dia nge'rak sikit.

Kakak, langsung tak kisah pun mama ada atau tak der.
Sama jer, dok ngadap tv , computer game dan PS2.

Kak Ngah yang dok kepit (memang dia yg paling manja dengan pB)

Kak Lang, dia steady jer..

Tiga hari dua malam bukanlah satu jangka masa yang panjang untuk mengubat rindu pB pada anak anak pB.
Kejab jer, tengok tengok dah nak kena pulang ke KL.

Bila tiba saat ini, yang paling ketara sedihnya ialah Kak Ngah/Aqilah.
PB boleh lihat diwajah nya, pandangan matanya dan juga tingkah lakunya.
'Mama...kak ngah nak balik...'
'Mama...kak ngah boring duduk sini..'
Petang Ahad pB berkemas kemas apa yang patut.
Yelah kan, tak kan lah nak tinggal bilik anak bersepah sepah.
Menyapu dan mengelap mana yang patut.
Lipat kain baju dan simpan elok elok dalam almari.
Kak Ngah asyik dok berkepit, hingga sampai satu waktu tu dia baring atas riba pB.
Lepas tu, pB dengar 'sok sek sok sek'.
Dan dia bangun ambil tisu , lap air mata...
Hmmm....masa tulah pB peluk peluk erat erat kak ngah.
Air mata pB pun turut mengalir dan cepat cepat pB sapu.
Mana boleh , anak lihat mama menangis, nanti lain cerita pulak.

Hingga ke akhir perpisaha, dia minta nak balik sama.
Belum tiba masanya, wahai anak ku...
Insyaallah, minggu depan kita bertemu lagi.

Jam 12 mlm, Pb terima call dari kak ngah.
Menangis teresak esak..
'Nurin nangis, nak mama, ajak mama bing,,,,lepas tu muntah'
Masyallah, masa tu baru sampai di Merapoh...

Allah sahaja yang tahu perasaan pB masa tu.....
Berlinang air mata sebab anak anak terlampau jauh untuk dipeluk dan dikesat air mata mereka...

9 comments:

noha chomel said...

alahai kak PB, sabar la yek, rasa nak mengalir air mata baca entry akak ni...sob..sob..

Idham said...

adek ku pB...
banyak la bersabar ye...:)
besh gak baca kesah pB naik kapa tube tu..hehehe...dan satu lagi tersenyum bila pB tulih pasal nak lari2 slow motion tuh hehehe kelaka sgt.

apa2 pun ...ibu yang rindukan anak2 itu seorang ibu yang akan di rindui anak2 nya jugak nanti...

idham

zino said...

kalau dah nampak anak tu boleh ke lagi lari2 slow motion..hehe nasib baik adegan tu tak menjadi..

kalau macam tu tiap minggu kena naik kapatube ni..

dlt said...

kak pb, sedey la pulok baco. bergenang air mata. takpo, weekend ni panje, leh dok lamo skit.

air asia ngan mas? heh! tak leh wat comparison lasung. nasib tambe dio muroh jah. so tahan je la panas 50min. so lagi, jange beli megi dale flight, nati tok de nok make.
kak pb beli tiket hok rego brapo? 1.99?

pekan said...

sy plak yg sedih baca entry nie..

pasal airasia.. no komen.. byk sgt komen2 tak membina yg sy baca sebelum nie..

Nik Ha said...

Saya pun sedih jgk. Pisoh 3 hr gi kusus pun rindu bangat. Ni kan lamo2. Sabar kak PB..tok lama doh nok bukok sekoloh

WRA said...

air asia tok sedak ko? tok rajin weh naik tuh....
saba la PB deh...tok lamo doh tu dok?

Anonymous said...

AirAsia ni memang lagu tu la, kalau hok flight 45 minit nih, misti dia bagi kapatube hok kodi kodi. Pastu kalu flight ker KB tu misti full sokmo. Oghe klate ni banyok pitih kali.

Sabo yer kak. Biar la anak anak tu blajo duk jauh ngan mak ayah dulu.

pB said...

NOHA CHOMEL
Meh sini, kak pB tolong kesat air mata tu...

ABE ID
Oooo gelak kat kita yer...Nok wak lagu mano...tak leh lawan org tu...dok naik kapatube sokmo

ZINO
Naik kapa tube sokmo....aduhhh...tak dok pitih mah...weh

DLT
Tak dpt harga yg muroh...dpt harga rm79..

PISCES
Kat Malaysia ni ada tu jer yg bagi tambang murah. Terpaksa jugak lah telan apa yg diberi kan..

NZNM
Tulah..kita boleh sabar, tapi bila dgr anak dok merengek rengek, hancus sumernyerrr...

KAK WE
Tks....kalaus ibuk, hile smeta..tapi dok sorang2, time tulah sedih pulok

MAZUDI
KODI KODI...ha ha ..lama tok dengar ayat tu....

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...