15 January, 2007

CERITO

Bismillah hir rah ma nir rahim....

Assalamualaikum ....
Dengan rasminya diumumkan bahawa Puan PB sudah pun mula bekerja setelah bercuti selama lebih kurang 23 hari. (mengalahkan orang yang dpt mc akibat keguguran nie).

Apa khabar semua?? pB doakan agar semuanya sihat belaka dan pB rasa belum terlewat untuk pB ucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan. Azam ??
Entah...tak sempat nak tanam azam baru, sebab azam lama pun tak terlaksana....teruk kan....

Kira pB ni bukan masuk kategori blogger tegar lah kot, sebab bila dok umah tu, tak kisah langsung nak bukak PC dan masuk internet. Bukannya tak ingat pada kengkawan, tapi tulah, malas betul nak masuk internet, slow bebenor....KJ tolong check buleh ka?? Apasal tiap kali nak log ini mesti bermasalah. ......

Malam 21hb pB dan Abe pulang ke KB lagi. Kali ni, tidur dalam bas sampai tak ingat dunia. Memang tido sungguh sungguh. Bas berhenti kat Merapoh pun tak turun. Kalau tidak mesti turun sebab nak singgah kat bilik kecil. Ini tidak, tido lagi sedap....

Anak anak semuanya ok... sejak tinggal kat kampung semuanya dah berdaftar dalam KELAB RTM....rehat, tidur , main... buku langsung tak sentuh...
Anak pB yang nombor 2 tu Aqilah makin montel.

Di KB, sempatlah pB meninggalkan jejak di Pengkalan Kubur, Pasar Siti Khatijah , Pantai Seri Tujuh.
Kalau compare Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang, pB lagi suka Rantau Panjang.
Lebih banyak gerai dan lebih banyak barangan jualan.
Di Pengkalan Kubur, macam bandar koboi jer. Banyak pinggang mangkuk.
Lebih kurang macam Langkawi tapi kecik sikit.

Tiap tiap pagi mesti keluar cari nasi berlauk, nasi kerabu dan juga nasi dagang. Mana tempat yang dengar nasinya sedap, mesti kami pergi... sampai ke pasar Kubang Pasu.
Itu baru bab makan pagi, tak masuk bab makan tengah hari dan makan malam.
Meronda di Billion, terserempak dengan KV.
Malu sakan, sebab macam manalah pB boleh terlupa siapa dia...
KV...kak pB mohon ampunnnnnnn.......

Raya haji pertama, adik ipar yang melakukan korban.
Tak kemana mana pun, sebab Abe letih. Dia jadi ahli jo kha kho.
Tukang sembelih lepas sembelih tinggal gitu jer.
So, kenalah orang yang korban tu melapah daging dan membuat pembahagian.
Dapat lidah lembu, ciput jer....

Hari raya kedua, jam 7 pagi, kami dah bertolak pulang ke KL.
Beg pakaian , masyaallah , macam pindah umah pulak rasanya.
pB agak semua pakaian anak anak pB angkut bawak balik KB.
Yelahm kira berjaga jaga sebab musin tengkujuh kat sana.
Risau lah pulak, kalau baju seluar tak cukup.
Tapi, rupanya tahun ni kelantan tidak dilanda musin hujan.
Bertolak pukul 7 pagi dan sampai depan umah jam 1 tengah hari.
6 jam sahaja perjalanan , itu pun berhenti dua kali iaitu di K.Krai dan Benta.
Tak ramai yang pulang lagi, masih beraya, masih sibuk makan daging korban.

Bila balik umah , biasalah sessi mengemas umah dan selesaikan perkara perkara yang berkaitan dengan anak sekolah.
Afiqah dan Aqilah tahun ni dah Tahun Lima.
Arifah Tahun Tiga.
Alhamdulillah sebab semuanya dapat pinjaman buku teks.
Jadi tidaklah parah sangat tahun nie.
Kalau tahun lepas, Afiqah dan Aqilah tak dapat. Jadi kenalah beli...
Kena beli 2 set pulak tu....

Bermula dari 2hb Januari, maka jadilah pB surirumah tangga sepenuh masa.
Bila kesemua anak anak kesekolah, tinggallah pB berdua dengan Nurin.
Dah jadi manja pelik la sekarang nie..
Tak leh nak berenggang langsung...

Afiqah tahun ni jadi Pengawas Perpustakaan pakai baju kurung kuning dan berkasut hitam.
Aqilah dan Arifah masih menjadi rakyat jelata, tak der pangkat pangkat.
So far oklah, tak der haru biru waktu pagi.

Tok Ma dan Tok Ayah dah selamat sampai dari Mekah pada 10hb yang lepas.
Yang sonoknya, masa mereka dah landing, pB dan adik pB merangkap driber masih lagi dok dirumah.
Selesai solat Isyak, baru pB bertolak ke KLIA.
Nasib baiklah KLIA tu tak berapa jauh dari umah, dalam masa 30 minit pun dah sampai.
Bila sampai di sana, semua urusan beg beg dan air zam zam dah selesai.
Adik pB cuma perlu menunggu diruangan menurunkan penumpang sahaja.

Seronok cucu cucu bila Tok Ma dan Tok Ayah pulang.
Unta sekor sorang untuk cucu yang kecik.
Jubah selai sorang.
Air zam zam 10 liter.
Sedikit kurma nabi, buah tin, buah zaitun dan kismis.
Tok Ma tak delah bershopping sakan, cuma beli ala kadar sahaja.
Berat beg pun masih dalam lingkungan yang dibenarkan.

Kedua dua mereka sihat, cuma serak tekak sahaja.
Tok Ma nampak berisi.
Mananyer tidak, asyik makan jer kat sana.
Semua disediakan...

Maka selesailah dulu rentetan peristiwa dialami dari hujung tahun 2006 hingga ke awal 2007
Bila ada masa, pB akan postkan gambar gambar termasuk lah gambar yang diambil masa berkelah di KOLAM AIR PANAS di SUNGKAI....besh giler...

8 comments:

pekan said...

ingatkan dah bersara, punya la lama.. sabor jerk la.. seronok ker kak jadi suri rumah sepenuh masa..?

kak, afiqah & aqilah tu kembar ker..?

zino said...

nasib baik di terima bila datang semula ke pejabat..hehe lama nya cuti.. anyway selamat ber blogging semula..

Anonymous said...

nasib baik tak lupa jalan ke opis..maklumla, cuti lama mengalahkan org mc keguguran...ekekeke...

kasutVINCCI said...

lama subgguh kak pb cuti.;)

Zareda Norman said...

PB
lamanya cuti.. mesti liat sikit nak pi kerja ni kan.. zar dulu MC sebulan rasa rimas kat rumah, tambah kalau anak dara tu pi sekolah, bosan ya amat

dlt said...

kak pb, selamat 'menoreh' kembali. sorry la hari tu kak pb msg tak balas. tipon wat hal. boring tul. dia dah ada tanda2 nak mengorek duit hasil menoreh ni.
apa2 pun, glad to hear everybody is well. hari2 minum air zam2 ke?

RaFFLeSiA MeRaH said...

alahai kak PB, jenguk2 jer blog akak asyik2 gambar lemari tu jer, ingat dah x nak update lagi dah...hehehehe, slmt kembali berblog yer...eh2, tokma ngan tok ayah tu same kapal terbang la ngan mak RM, kul 12.20 tgh mlm (10hb Januari 2007) masa kapal terbang mendarat...lorr, kak PB ader gak la masa tu yerkkk...kalo x leh jumpa kan? mak RM kuar betul2 kul 1.15, kira awal la tuuu....

pB said...

PISCES
Bersara, insyaallah setahun dua ni belum ada niat nak bersara lagi tu..
Aqilah dan Afiqah tu kembar TAHUN. Sorang lahir bulan January dan sorang lahir bulan Disember...

ZINO
Nasib baik tak kena VSS.....terima kasih..

OREN
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak jalan nak ke tempat kita cari rezeki, mana buleh lupa...

KV
Tulah, kalau diberi peluang , nak lagi sambung cuti, tapi sayang cuti dah tinggal CIPUT

ZAREDA
Sonok dok umah, kejab jer masa berlalu, mana idaknya lepas bwg putih, Juliana, lepas Juliana citer Siam...hihihihh..memang kaki TV tul...

DLT
Menoreh??? Tak per.... s

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...