28 January, 2007

PENING

wow...dah lama pB tak bercerita dalam blog sendiri...
banyak yang berlaku dalam kehidupan hinggakan pB rasa pB kehilangan arah....
yang pastinya pB masih lagi sihat
begitu juga dengan anak anak kesayangan pB
abe tersayang juga masih juga sihat walafiat walaupun kelas baru untuk semester baru , baru bermula.
mulai semalam, pB 'kehilangan' Abe
namun pB tahu apa yang Abe lakukan adalah untuk kebahagian dan kesejahteraan rumahtangga

Pada hari khamis yang lepas, pB telah berpeluang menghadiri satu kursus ringkas yang dianjurkan oleh syarikat.
Satu hari yang penuh dengan aktiviti yang merelakskan minda dan juga memenuhkan isi perut.
Disini, kita para peserta diingatkan tentang yang sering dikatakan oleh CEO syarikat iaitu
'jangan fikir apa yang syarikat dapat berikan pada kita, tapi, fikirkan apa yang dapat kita berikan kepada syarikat'....

Betul juga kata beliau, tapi , kita adalah manusia biasa yang kdg kdg bertindak mengikut 'upah' yang dijanjikan.
Kalau kita bekerja hanya untuk memuaskan pihak atasan, namun , pihak atasan sedikit pun tidak menghiraukan penat lelah kita, adakah berbaloi untuk kita bertindak seperti mana yang dikehendaki oleh mereka....

Didalam soal jawab tempoh hari, pB berkedu apabila salah seorang peserta dengan tiba tiba 'naik angin' dan mempersoalkan dimanakah pihak atasan apabila dia ditimpa kesusahan .....
Mengapakah pampasan yang berhak dia perolehi disekat hingga ke hari ini..
Begitu bencinya dia terhadap pihak atasan, hinggakan melihatkan wajah wajah CEO dan pembantunya , boleh membuat dia muntah...

Begitu kecewa dia ....
Susah kalau sudah ada pekerja yang kecewa kerana ini akan menyebabkan pekerja lain juga akan berfikiran negatif seperti dia...

pB sendiri....
Yang pastinya pB bekerja setakat mana yang pB mampu.
Dan jika ada masalah, pB lebih senang 'escalate' kepada bos pB.
Mudah dan simple......

1 comment:

KakNi said...

PB, sebelum ni rasanya kan ada jugak saya tinggal komen kat entry2 sebelum tp nampaknya tak masuk lah pulak... takpe saya belum tahap merajuk lagi, masih tegar memberi komen.

Persoalannya, kenapa hak dia tidak diberikan? Itu nak kena tahu jugak.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...