15 February, 2007

ROUTINE BERUBAH

Routine malam rabu dan malam khamis pB telah berubah.
Ini kerana pB hantar anak anak pB kelas tambahan matematik (EZ MATH) di Seksyen 27 (Tmn Alam Megah)....

Jadinya, mulai semalam pB akan keluar rumah lepas solat maghrib dan perlu sampai di Taman Alam Megah jam 8 mlm.
Dari Tmn Alam Megah, pB akan terus ke Gym di Bandar Baru Puchong.
Yup yup...dah dua bulan pB join this gym.
(Ala ala nak jaga badan dan turunkan berat badan).
Tapi rasanya berbaloi sebab Abe dah mula puji sikit sikit...

Abe kan mana reti bab puji pujian nie....

Setelah berXcercise , jam 945mlm, pB harus ke Tmn Alam Megah , again.
Pick up all the anak dara dan balik umah.
(Terpaksa pB yang hantar dan ambil, sebab tusyen tu pB yang cari).

Kalau nak kira letih, kos minyak dan kos tol, macam tak berbaloi jer.
Sebab jauh ..
Tol pergi balik pun dah tiga hinggit dua kupang...
Tapi untuk anak anak , pB korban kan masa dan juga wang.
Harap tahun ni, mereka akan ada improvement dlm subjek Math nie.

Semalam, bila nak masuk Bandar Baru Puchong, wah jem teruk tu.
Berapa kali tukar lampu isyarat , masih tak lepas lepas lagi.
Mesti sebab ramai yang ambil kesempatan untuk 'last minute shopping'.
Ramai lagi yang belum beli stok limau agaknya...
Parking kat Giant penuh..

Dah lepasharungi jem, cari parking pulak satu hal.
Biasanya bila bab bab nak cari parking ni, pB akan ikut nasihat seorang member pB.
Dia kata, bacalah ' Al Razak, Al Razak '.
Insyaallah, akan ada rezeki ....
Setakat ni, alhamdulillah, tak pernah fail.

Rupa rupa ramai chinese chinese keluar celebrate Hari Kekasih, semalam.
Restoran kiri kanan , penuh.
Semuanya bercouple couple...
Sedih la pulak, sebab Abe tak der kat umah pun semalam.
Dia gie Johor... insyaallah, petang ni balik ler.

Dah puas bermandi peluh, che wah...macamlah kuat sangat excersice tu..
Semalam dapat burn 200 calories jer, tu pun mengah macam tak cukup oxsigen.
Bila nak balik, adalah pulak yang blok belakang kereta pB.
Dah satu hal , pB dok terjenguk jenguk empunya kereta wira tu.
Masa ni, dah tak fikir lain, terus terlintas nak call Abe..
Terus call Abe...
Mengadu....
(Yelah, kalau tak ngadu pada Abe, nak ngadu pada siapa lagi kan).
Terus Abe suruh onkan lampu kereta dan horn horn..
pB pulak jenis tak sampai hati nak ganggu ketenteraman orang ramai.
Tapi bila dah darurat macam ni, horn hornkan jugaklah...
Takkanlah pB nak kena tunggu sampai tuan punya kereta tu kenyang..
Nasib baik, tak sampai 5 minit, ada lah this chinese lady datang dan alih kereta....

Hmm...perkara kecil macam tu pun cari Abe...
Memang isteri tak kan fikir orang lain bila mereka dalam masalah.
Walaupun masalah tu sejemput janggut keciknya...

Macam seorang motivater tu kata, suami adalah pelengkap isteri dan isteri adalah pelengkap suami.
Walau kadang kadang pB rasa tenshen gak dengan perangai Abe yang pendiam, serius tu tapi dia tetap suami pB dunia dan akhirat.
Dalam kekurangan Abe, banyak kebaikannya , kalau pB selami...
Cuma tulah, orang kata kadang kadang kita akan nampak rumput dihalaman rumah jiran tu lebih hijau dan lebih subur...
Dan kadang kadang perkara perkara kecil , buat kita lupa....

Bila baca kisah kak lady tempoh hari, Abe pB banyak persamaan dengan hubby Kak Lady..
Pendiam
Serius
Tak boros
Tak suka pergi tempat crowded crowded
Fobia dengan jem
Kalau orang gelak nak pecah perut, dia paling kuat senyum jer...
Suka bercuti tempat tempat yang boleh dia relaks spt tepi pantai , tepi hutan..

Syukur kerana Abe begitu.
Ye buat Abe tu jenis peramah, happy go lucky, suka bergurau, kang jenuh pulak pB makan hati.
Abe pB ni kan handsome
( che wah, puji tu...ikhlas pujian ni,,,yang buat pB tertarik kat Abe ni ialah hidung dia....shhh...dia tak tau nie... pB memang suka ushar hidung dia)...
Cute for his small face...
kan Bro Zino.... (Bra Zino dah jumpa beberapa kali Abe pB nie)...

Kang kalau Abe ni jenis romantik, takut pulak dia beralih arah...
So apa apa pun...syukur alhamdulillah....
Moga kasih sayang antara pB dan Abe akan terus bercambah cambah...
(Jgn jadi macam falsafah Kak Sya.... LOVE IS LIKE CHEWING GUM...makin di kunyah , makin tawar.....)

Jam 1 tgh hari tadi, dapat sms , Abe dah on the way balik.....

12 comments:

Lan Rambai said...

Abe oh abe... pandai tul timing nak balik malam2 jumaat ni hehe

zino said...

patut dia puji abe tu habis2an..
hehe..

pB said...

LAN RAMBAI
Lan..awak jangan jeles tau....Sabarlah menunggu hari yang bahagia itu...

BRO ZINO
Dush .. dush... merah rasa cuping telinga pB....

Anonymous said...

wah kak PB sekarang maju tu..pegi work out kat gym..hahahah...lepas ni bleh panjat kinabalu plak..sebab badan dah tough..ekekeke..gurau je yer...

WRA said...

ooo...masuk gym yer...bagus, bagus...kang makin kecit laaaa PB nih...

pB said...

FARAH
Jangan maju perut ke depan udah lah yer...Gunung Kinabalu?? Wah tinggi tu...kak pB nak cuba Bukit Jalil dulu...

KAK WAN
A ah...jangan tak caya... seluar lama dah buleh sarung tu... kena jaga sebab Abe dah banyak kali complain...

KakNi said...

Ada jugak kata-kata PB yang saya tak setuju nih tapi takpelah...
Best nyer boleh pergi gym, baguih le

INDERA KENCANA said...

Yeay.. Abe Kak Pb balik..

Selamat berbahagia akak....

Abe said...

pb, berkorban untuk anak-anak dan suami adalah berbaloi, ia merupakan kepuasan yang susah nak gambarkan.....

pB said...

AHNI
Apa yang Nie tak setuju...?? Share ler, buleh pB ubah..

INDERA
Yup yup...kak pB pun doakan agar Indera berbahagia sokmo...

pB said...

AD
Betul itu...100% pB sokong...

pekan said...

kak, tempek la gambo abe tu kat sinie.. nak gak tgk idung nyer.. hihi..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...