26 February, 2007

CUTI

Pandai Bro Zino, pB geram sebab Abe tak der.
Memang pun, dia outstation minggu lepas.
Destinasi..Johor Bharu lagi

Dan geram punya pasal, Jumaat tu pB dapat mc.
Kali ni , mc tu dari klinik yang telah diiktiraf oleh PM CARE.
Mlm jumaat tu , Abe pulang.
Dia pun demam jugak.
Lagi teruk dari pB.

(BTW...pB lum lagi g bayar bil klinik tu....)

Hari Jumaat, langsung Abe tak leh nak bangun.
Abe ni jenis susah jatuh sakit.
Tapi kalau dah sakit , memang teruk.
Tido jerlah, selimut , pakai stokin...

Tak pernah pernah pB masak nasi bubur, che wah, hari tu masakkan untuk dia.
Kalah nasi bubur McD tu...
(Terima kasih pada Kak Lady...rujukan pB kalau nak apa apa resepi)
(buat malu jer, masak nasi bubur pun tak reti)

Sabtu pagi, alhamdulillah, Abe dan pB ok (biar pun tak 100%) tapi boleh ler merendek ke IOI.
Laptop Abe terkena virus, so kena format baru.
Beli software pirate rm 8.

Kat IOI tu sempat jugaklah merajuk dengan Abe.
pB dok teringin nak beli sunglasses.
Tapi, susah benor nak ajak dia masuk kedai Focus Point tu.
Bila dia dah bagi green lite, pB dah pulak hilang mood...

Masuk Popular Book Store, dptlah dua buah bukak untuk si Nurin tu...
Suka sangat tengok gelagat dia, bila dia cuba membaca.
Setakat ni, kira Alif Ba Ta sampai Jim tu dia dah ingat.
Matematik 1 hingga 20 pun dah reti sebut.
Semalam, sibuk Nurin dok menulis huruf J
Mula mula straight, lepas tu kona, then kona lagi...

Sabtu petang tak kemana mana pun.
Ingat nak bawak budak budak berenang, tapi hujan lebat.
Lagipun Abe ada kelas.

Ahad, anak lelaki jiran depan umah kawin.
So, kami pakat pakat join keluarga mereka mengantar the pengantin ke Kinrara.
Panas banget sih..menitik peluh menunggu pengantin pompuan.
Udahlah si Nurin pulak buat hal.
Tak nak berjalan sendiri.
Nak berdukung aja...

Balik dari umah pengantin, kawan pB pulak nak datang bertandang.
Bertandang ada makna...
Ingatkan datang berjalan aja, rupanya nak promote MLM.
Nampak gayanya sekarang ini semua orang sibuk mencari duit sampingan.
Tak cukup makan gaji...

Yelah kan, dah la duduk bandaraya, masuk toilet pun kena bayar.
Inikan pula kalau ada anak tiga empat orang.
Mana cukup kalau gaji pokok setakat 2 ribu.

Buat masa ni, masih lagi dok fikir nak join atau tidak.
Modalnya besar jugaklah.
Member pB tu sampai ambil loan Bank Rakyat.
(Kak We...rasanya keahlian pB dah nak expire....)

Hari ni, Arifah dah mula periksa.
Hm..harap harap dia dapatlah jawab dengan elok.
Biasalah , kalau anak anak yang periksa, ibu yang risau lebih....

Sepatutnya Abe ke Kuantan hari ni.
Tapi memandangkan badan dia masih lagi sakit sakit, so tidaklah diteruskan rancangan itu.
Esok lusa, tak tahu lah pB.....

Hujan dah turun di Shah Alam sekarang ini...
Gelap gelemat kat luar tu.
Oklah, setakat ini sahaja catatan .
pB nak tengok Ratapan Anak Tiri.....

12 comments:

13may said...

huiii...bubur nasi...
nyum nyum!

PB said...

13 MAY
Memang besh...ni pun masih dok terbyg byg kelazatannya...hi hi..padahal dok kelaparan kat pejabat..nak keluar , malas, hujan lebat...

cikdinz said...

bubur ayam mc'd tuh leh buat sendiri kan. pakai pati...
nnt pas ni iklan makanan segera takleh kuar tv lagi...

itik putih said...

Teringat kat Tepen apabila kawan belikan kita nasi bubur sebabnya..." itik putih sakit gigi !"

PB said...

CIKDINZ
Betul kata Cik Dinz tu...pB tak pernah try...first timer lah kira nie...

ITIK PUTIH
Itik putih manja kededek...takut nak g jumpa doktor gigi..nasib baik ada kawan tu, kalau idak...tak tahuler...

Kaklong said...

salam,

aik..tak aci ni, nak gaklah bubur nasi resepi kak lady tu :D. boleh ke kak?

oh, yg akak duk sms saya tu, tgh teruklah ya. moga dah sihat betul ni.

sayakan kak, tak berani nak tgk citer ratapan anak tiri tu, tak larat layan air mata nanti.tgk sedutannya aje memilukan.

OO said...

at least kalu boring ado jugok TV nok tengok kat ofis tu...

lamo tok wak bubur nasik.

itik putih said...

Kita nak gak resipi nasik bubuk PB, paparkan lah kat blog ni, bolihlah kita semua cuba try testing , ya ke idak kaklong..?

~ahni~ said...

Hubby & anak2 sayapun kalau demam minta bubur nasi tapi yang kosong aje - tak mo letak bhn mcm2. Biasanya saya gorengkan ikan bilis berasingan.

cikdinz said...

bagus lah camtuh kan...

PB said...

KAK LONG
Masa tu kak pB dok kat dapur ler...
ratapan anak tiri tu lagi besh ler dari BPBM dan Nabila ...

OO
Wah sonok sungguh baco crito orghe kelik kapung nie. Make mache mache...

ITIK PUTIH
Hai awak kan, tukang masak terror...tak kan nak jugak resepi tu...

AHNI
Nasi bubur sedap jugak kalau makan dgn ikan masin ...

PB said...

CIK DINZ
Buat apa yang terdaya...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...