09 February, 2007

DOA

YA ALLAH
TUHAN KU YANG MAHA KAYA
TUHAN KU YANG MAHA PENGASIH
TUHAN KU YANG MAHA MENGERTI
TUHANKU YANG MAHA PENGAMPUN
HAMBA MU BERSERAH KEPADA MU,

YA ALLAH
KAU SAHAJALAH TEMPAT AKU MEMOHON SEGALA DOA DAN SEGALA HAJAT
KAU SAHAJALAH TEMPAT UNTUK AKU MENGADU NASIB
KAU TABAHKANLAH HATI KU NI
KAU KEMBALIKANLAH SEMANGAT KU YANG HILANG INI
KAU BETULKANLAH PERJALANAN KEHIDUPAN KU INI

KU POHON PADA MU YA ALLAH
KAU TUNJUKKANLAH KEPADA HAMBA MU INI
SESUNGGUHNYA HAMBA MU DI KALA INI
TERASA BEGITU SUNYI
TERASA BEGITU KEHILANGAN...

YA ALLAH, KU POHON KEAMPUNAN DARI MU.....
YA ALLAH, KAU HILANGKANLAH TANGISAN DI HATI INI....
YA ALLAH, KAU KEMBALIKANLAH KEGEMBIRAAN DI KALBU INI..

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU PERCAYA APA SAHAJA RANCANGAN
YANG KAU ATURKAN BUAT DIRI KU INI ADALAH
YANG TERBAIK BUAT DIRI INI DAN JUGA KELUARGA KU...

AMIN

Tepat jam 3 petang tadi, pB telah kehilangan seorang sahabat...
kehilangannya tidak pB duga sama sekali....
semuanya berjalan lancar sebelum ini...
pB akan tetap mengingati nya ........

kehidupan orang yang ditinggal harus diteruskan juga....

moga dia bahagia di sana.....
moga dia aman di sana ....
moga dia bersama sama orang yang beroleh keredhaan Allah....

14 comments:

pekan said...

amin..

tgh bersedih ker kak..?

Abe said...

berdoa adalah perkara paling baik jika hati tak tenang. perkataan paling baik untuk ucapkan buat masa sekarang adalah minta maaf walaupun sakit hati untuk didengar.

pB said...

PISCES
Kak pB kehilangan seorang kawan hari ni, tepat jam 3 ptg tadi...

AD
Berkata adalah perkara yang mudah..begitu juga sebuah kemaafan begitu senang dilafazkan...namun untuk memaafkan adalah satu perkara yang begitu payah untuk dilaksanakan.. walau luka sudah sembuh, namun parut nya tetap tinggal...tak gitu...??

RaFFLeSiA MeRaH said...

AL-FATIHAH...moga2 ditempatkan dikalangan org yg beriman, yg pasti yg hidup pastinya mati...xkan lewat sesaat dan xkan tercepat sesaat...

Abe said...

pb..
ad harap pb dapat bersabar, memang dengan kata-kata tak dapat gambar perkara yang sebenar, pb tidak kehilangan kawan, kawan sepanjang hayat. ad harap pb dapat layan kawan pb bila dia berhubung kelak. ad kosong sekang....

13may said...

Amin...

zino said...

al fatihah..

KAMATO said...

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Amin

pB said...

R.M
Bagi yang tinggal ini, maka kena lah terus beribadat supaya ada bekalan untuk dibawa ke sana nanti...

13 MAY
Thanx.....

ZINO
Moga dia bahagia di sana...

BRO KAMATO
AMin......

Arena said...

Alfatihah..

WRA said...

terkejut ek? al-fatihah la utk kawan PB...muga2 ruh dia ditempatkan dikalangan mereka2 yg dirahmati Allah...amin..

Anonymous said...

alFatihah untuk saing PB tu..
PB pong jange sedih lamo2..take care.

cikdinz said...

alfatihah tuk kawan pb..

aNIe said...

Al-Fatihah buat yang pergi...moga rohnya dicucuri rahmat....

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...