09 February, 2007

KULIT

Kalau ikut banyak lagi gambar yang menggambar ofis pB yang tak macam pejabat ni.
Tapi, baik pB simpan..
Buat malu kompanie sahaja...

Tentang gotong royong esok, jam 9 pagi.
Dah dua tiga jantan jantan perkasa yang beri alasan tak dapat hadir.
Tak kan kami berlima heroin nak angkat meja meja , kotak kotak berat ni...
Tengoklah apa akan jadi esok..
Jangan isnin, semua heroin MC udah ler...

Tadi, selesai dok bersembang dengan member pB (yang jauh tu) baru pB teringat yang pB kena pie klinik.
Tiba tiba penyakit singgah kat pB.
Masalah kulit.
Di mana?
Di betis...

Sekarang ni tak leh lepa, mesti nak garu jer.
Gatal yang amat sangat...
Tak tahu kenapa..
Mungkin alahan pada air..
Alahan pada sabun mandi..
Atau cuaca yang menyebabkan kulit jadi kering dan gatal..

Masalah ni mula mula timbul masa pB mengandungkan si Nurin tu.
Sampai berbalau balau kulit betis pB.
Lebam lebam.
Selesai jer proses beranak , alahan tu hilang.

Ini dah datang balik...
Ohhh...tidakkkkkkkk
pB tidak mengandunggg....

Kereta tak der, sebab Abe guna.
Alih alih kereta syarikat yang jadi mangsa...
Minta halal nyer...

Doktor kata cuaca yang panas yang menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal.
pB diberi nasihat supaya menukar sabun mandi.
Dah satu hal la pulak petang ni nak kena gie farmasi cari sabun lain.
Ubat makan 3 jenis
Ubat sapu satu jenis

Harap harap, masalah kulit ini dapat diselesaikan dalam masa satu dua hari nie.
Tak larat nak menggaru.
Nasib baik kadang kadang Nurin dan Abe yang tolong...
Bila masa lagi nak bermanja...
Tika sakit nilah ..
Sakit sikit pun merengek rengek lagi...

1 comment:

zino said...

kalau pasal ubat2 ni zino dah mudah sikit..

oder je dengan along hehe..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...