08 February, 2007

KISAH HARI KHAMIS

Hari ni dah elok elok bangun pukul 6 pagi, pie tido semula.
Last last semua bangun 630 pagi.
Nasib baik, baju sekolah semua dah ready. Jadi tidaklah kalut sangat.
pB pulak senang, "sauk' jah tshirt kaler pink dan seluar jeans putih.
Pakai tudung putih semalam.
Beres.....

Pagi pagi dah hangin dengan ada satu staff kat pejabat ni.
Sampai pB hempas hempas ganggang tepon.
Yelah kan, bukannya berani pB nak lekuk budak tu.
So yang jadi mangsanya ganggang tepon yang kaler oren tu..

Dalam kul 10 pagi, Abe call , suruh pB pie ambik dia kat Padang Jawa.
Biasalah, Abe kalau g servis kenderaan syarikat tu, pB lah jadi mangsa ambik dia.
Dalam perjalanan nak pulak ke pejabat pB, sempat tu pB ajak dia monteng...
"jom gie bowling"....
Tapi tak leh, sebab dia dah ada janji dengan member kat pejabat dia.

Tup tup, pB suruh dia hantar pB kat Giant..
Beli biskut cracker, Mammee Asam Laksa dan 2 In 1 Boh..
Itu kira makan tengah hari pB hari nie sebabnya kereta Abe akan guna...

Belah petangnya, riuh rendah sikit pejabat sebab semua hero hero ada.
Kat pejabat ni, heronya lagi ramai dari bunga...

Sekarang ni ofis pB dah tak macam pejabat.
Layak digelar stor barang barang tak terpakai lagaknya.
Mana idaknya, kotak kosong merata rata, kertas kertas bersepah sepah.
Nasib baik lah hari tu jumpa Kak Lady , dia tak masuk pejabat pB.
Buat malu aja...

Nak buat macam mana, seperti yang pB katakan tadi, pejabat ni pejabat yang ramai hero.
Bunga cuma ada 5 orang...
Tak larat nak mengemas sebab ramai yang buat sampah...

Sabar je lah...

Insyaallah Sabtu ni ada gotong royong nak cuci a.k.a kemaskan pejabat nie.
Nak alih apa yang patut.
Nak buang apa yang rosak atau tak terpakai.

Buang staff yang tak der etika , boleh tak...boss??


pasu hijau tu pB sayang..

buku buku zaman pak kadok lagi tu

tepon oren yang jadi mangsa pB pagi tadi

tangga untuk turun ke bawah pun penuh dgn jerat

special note : untuk kawan pB yang esok tak kerja, pB ucapkan selamat bercuti.

Enjoy ur holiday....don't waste it , thinking ar doing thing that is not 'berbaloi'

10 comments:

cikdinz said...

ni opis ke ape nih PB..mcm tongkang pecah.
kalu ade kebakaran, confirm orang kat dlm takleh kuar.
rentung kat tngga tuh..heheheee..

pB said...

CIKDINZ
Ini bukan lagi tongkang pecah, tapi kapal selam pecah..
nak komen lebih lebih pun tak leh, sebab tempat makan gaji kan...
harap sabtu ni, tempat ni kembali bersinar

Kaklong Syikin said...

salam,

selamat gotong royong sabtu nanti kak

aNIe said...

Hehehe...nak berkemas ke pb...nanti kalau marah2 bawak2 bersabo tau...kesian kat tepon oren tu...kalaulah dia boleh bercakap...ermmm...memang teruk le PB yang kene...

Dulu kak lady keje kat pertanian...lelaki lebih 15 orang...perempuan...kak lady sorang...puaslah dimanjakan...belanja makan...belanja minum...seronok

13may said...

hahha...penah dulu org kata kat saya...kalau workstation kemas bermakna kita tak buat keja...

so, workstation saya memang bersepah2:D

NBK466 said...

Wah nie kalau org dtg melawat mmg nampak 'banyak keje nak mampusss...' he..he..he..

AppleB said...

kalau masuk opis kak pb nih silap2 org kat dalam tu pun takleh nampak ahhhhahaha.

tpkan saya suka tepon kaler oren tu, mcm comel jer. kesian dia kena hempas2.

selamat bergotong-royong esok yach.

WRA said...

ni tengah gotong-royong ko ni? (k.we komen terlambat sehari)

zino said...

elok le gotong royong tu.. tapi tepon kaler oren tu jangan buang kalau tak nak anta rumah zino hehe..

nak bagi baby.. hehe

pB said...

KAK LONG
Tu la harap harap jadiklah bergorong royong, bukan apa , takut kerja tak jalan, makan dan sembang je yang lebih...

KAK LADY
Kalau lah tepon tu boleh berkata kata, maka akan pecahlah segala rahsia pB...kah kah kah

13 May
Ye ker...nampak gaya kena bagi selerak lagi kalau gitu...

NBK
Jadi begini sebab tak der org besar besar yang dtg melawat...

APPLE PIE
Memang tak nampak sebab tersembunyi dibelakang monitor PC...

KAK WAN
Pagi esok Kak We, jam 9 pagi..tak tahulah berapa kerat hok buleh mari..

BRO ZINO
Tepon...nak ker? Banyak..nanti kalau ada TT dan pB ingat pB bawakkan untuk Baby...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...