Balik dari kerja, Jumaat lepas pB dan aBe telah ke rumah adik pB.
Bila nak balik, anak anak sedara ku yang hero hero itu, mau ikut.
Tak der masalah ....
Bila sampai dirumah, Tok Ma dah ke masjid.
Hero - hero tu bila berjumpa dengan heroin heroin pB , mainnyer macam tak ingat dunia.
Jam 8 mlm, semua heroin kecuali Nurin ke kelas Muqaddam.
Maka tinggallah heroin pB yang kecik dan hero dua orang tu.
Jam 9 lebih, pB dan aBe baru makan malam.
Yang nak buat cerita ni, pB boleh terlupa langsung nak suap atau nak semawa kepada anak anak buah pB tu...
Sampai sekarang pB masih dok terfikir fikir macam mana pB boleh terlepas pandang hal itu.
Bila Tok Ma balik dari masjid, baru isu ini dibangkitkan.
Masa tu pulak, pB dah tersalah dengar @ tak dengar dengan elok apa yang Tok Ma cakap.
Dan masa tu jugak adik pB dan adik ipar pB tu sampai , nak bawa balik hero hero itu.
Perasaan pB masa tu, Allah sahaja yang tahu.
Rasa macam nak lari sembunyikan diri.
Yelah kan...apa punya mak sedara, buleh lupa nak bagi makan kat anak sedara...
Memang malu sungguh kat adik ipar pB tu.
Kat adik, ok lagi...
Adik ipar pB buat dek jer... (tapi dalam hati, tak tahulah kan)
Bila mereka pulang, dah jadik satu hal lah pulak pB dan Tok Ma bertegang urat.
pB pun tak tahu macam mana lagi nak kontrol bila dengar Tok Ma berleter.
Ada aja nak menjawab mulut...
(Byk tul dosa pada Tok Ma...)
Esok paginya (sabtu) Tok Ma panggil aBe.
Buat meeting tergempar. pB pun ada sama.
Masa ni, Tok Ma keluarkan segala apa yang terpendam.
pB , kejab kejab kesat air mata...
Sedih wehh....
Bukan niat nak lukakan hati Tok Ma, tapi tulah, pB masih kena belajar cara nak kawal perasaan panas baran pB ni....
Susah tul nak kawal mulut ni, dari menjawab....
Abe pun keluarkan jugaklah hujah hujah yang tersendiri.
Kesimpulannya....bila anak anak pB dah kawin, memang pB tak akan tinggal bersama mereka.
Memanglah dari luaran , nampak banyak kebaikkan. Tapi dalam kebaikan itu, tersembunyi jugak keburukan...
Selesai sessi mesyuarat meja bulat, pB kena bersiap sebab nak bawak heroin2 berenang.
Keluar bilik air, nampak aBe, terus peluk , nak sambung menangis lagi.
Wah kali ni, macam paip bocor, air mata mengalir...
Lepas tu baru rasa lega .
Thanx aBe...
Bawak heroin heroin dan hero adik pB ke Hotel Kuda kat Sri Kembangan itu.
Berenang sakan budak budak tu.
Seronok tengok mereka berenang.
Kalau pB, tenggelam jer sebab pB memang tak reti swimming.
Malam tu pulak, sorang hero datang tidur umah pB.
Main PS2 sampai pukul 11 lebih.
pB biarkan sebab cuti sekolah.
Kalau hari sekolah, memang sori lah.
pS 2 tu, memang pB susuk (sembunyikan)
Hari Ahad, aBe, pagi pagi dah ada kelas.
Disebabkan dah brain wash pada hari sabtu tu, makanya pB pun duduk lah kat dapur tu lama lama.
Basuh kain, sental kasut sekolah anak anak.
Tolong Tok Ma masak kari ikan, dan jugak ikan siakap masam manis.
Sempat jugak tu pB buat dadih perasa nenas.
(rasa pelik bila duduk kat dapur tu berharmoni ka...tak gaduh gaduh)..
Belah petangnya, bila tok ayah nak hantar hero hero balik kerumah mereka kat Saujana Puchong tu, Tok Ma dan semua heroin pB nak ikut.
Bermalam kat sana, pulak tu.
Makanya, pB pun berromantika diamo lah bersama aBe.
Ke IOI, sebab nak cari spec mata hitam.
Tak jumpa spec, jumpa spots shoes.
Then kita berdua berkongsi nasi gorang patayya kat Kemaman Coffee Shop.
Dan sempat pulak menonton wayang cerita 300.
What can pB says pasal 300 tu..
Kalau anda semua peminat cerita Lord Of The Rings, Oregon, perang perang, maka pB suggestkan pergi lah tengok.
Tapi warning, cerita nak memang ganas, memang real.
Rasanya naik merah tangan aBe kena che'kik kuku pB...
Sebab gerun punya pasal....
Balik umah, sunyi jer rumah sebab tak der heroin.
Tapi seronok..........
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
12 March, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
12 comments:
kak pb, memacam perasaan baca entry kali ini. sedih,terharu,happy. semua ada. moga diberi byk2 kesabaran dan kebahagiaan kat kak pb sekeluarga.
heran gak, camana bleh lupa? tapi dah nama pun manusia, bleh paham rasanya, tapi still weird eh?
harap semuanya kembali normal..
takde sape yg sempurna lam dunia nih. belajar dari kesilapan lalu...
la... susah jugok kalu benda kecik tapi buleh jadi besar lagu ni.
err.. sapa hok main sapa tok ingat dunio nih sebenarnyo? hehehe
UMEBOSHI
Macam macam ada bab iklan kat astro tu..
Memang nak kena sabar byk byk, tapi mcm dulu dulu yg pernah kak pB habaq...tahap kesabaran kak pB ni memang kalah kulit bawang merah tu...nie fisss lah tersgt sgt nyer..
Insyaallah, kak pB pun doakan Ume bahagia sokmo...
OREN
Mungkin terlupa sebab anak anak kak pB dah makan lagi awal sebelum kak pB balik , hari tu.
Weird...memang rasa pelik semacam.
Kulit muka rasa tebal jer bila berdepan dengan adik ipar kak pB tu. Sampai sekarang pun masih rasa keliru .
Naper lah buleh lupa...
CIK DINZ
Terima kasih atas nasihat itu . Insyaallah lepas ni, pB akan lebih sabar dan berhati hati.. Mulut kena kunci maaaa
PA'CHIK
Betul..kdg kdg kat mata org lelaki nie semua benda dipandang kecik, tapi buleh bawak perang ....
Hi hi....shhhh...rahsia lah kan
hELLO!
tHIS WORK IS VERY GOOD, THANK YOU
have nice week
InsyaALLAH
david Santos ni menyibuk je..tumbuk mata tu kang..pecah cermin..ha ha ha
salam kenal kak PB..
Kak,
saya baca entry akak ni pun sy hairan.. tapi sy dpt pengajaran. saya pon jenis cepat je ank menjawab. tapi mmg betul.. kene kawal perasaan tu.
saya syok part last sekali..
Balik umah, sunyi jer rumah sebab tak der heroin.
Tapi seronok..........
hehehehe
memang kalau jadi benda-benda macam ni, elok diam kan aje, kalau dijawab benda kecik jadi besar dan kita orang muda ni kena bagi laluan pada yang lebih senior untuk menang apa saja kes , dah lumrah.....
cheers :D
entah lah kak pb, kv yg dok ngan mertua ni mmg selalu gak tensyen. Tp lbh baik kv diam. Lepas kan geram kat hubby jer lah. Seb baik hubby pun sekepala ngan kv. Kita org sama2 pikir lagu mana nak selesaikan masalah. Tak bg org tua terasa dan tak nak bebankan otak kami. Win win situation la kan..
KAK LUNA
Agak David tu saja saja nak main main lah tu..
Salam perkenalan jugak...
AYU
Hairan...
Jgn ler...nampak kak pB la pulak yang tak baik (dah nak nangis nie)
Sonok...sebab anak anak tak kacau , mama dan abah nak main kejar kejar...kah kah kah
L.J
Betul kata LJ tu..tapi tulah, mana lagi orang muda, darah tu cepat sangat nak mendidih...
Dan bila darah dah mendidik, mulut tu cepat jer nak berkata kata.
Tapi alhamdulillah , sehari dua ni, memang pB kontrol...
KV
Duduk dengan mak mertua lagi tenshen rasanya. Sebab dia bukan mak sendiri. Lagi nak kena jaga, tata tertib, sopan santun, kena rajin masuk dapur...
Sama-samalah kita berdoa agar kita akan bahagia walau dengan siapa kita tinggal serumah... Amin
Post a Comment