Malam tidur, tak ingat apa.
Sejuk hingga ke tulang hitam (ada ke tulang hitam nie?)
Apartment tu ada dua bilik.
Kakak lena di bilik pertama.
Kak lang , kak ngah dan Nurin terlena di ruang tamu.
Mama dan abah , bilik yang satu lagi.
Abah siap bawa nota tu, untuk study.
Tapi last last, pB tengok nota ke mana, Abe hanyut kemana.
Bangun pagi semua menggigil gigil.
Mandi pun ekspress rakyat semuanya.
Kiranya, orang Tanah Rata ni jimat lah bil air.
Tak leh mandi lama lama, nanti beku.
(Darat betul lah.... memang nampak sangat tak der tokoh nak g melancong tempat orang putih nie).
Selesai bersarapan maggie asam laksa dan roti cicah air teh, kami bersiap siap untuk sambung ronda ronda di Tanah Rata dan Berinchang.
Pagi ni, dalam list Abe ialah Ladang Teh Boh, Pasar Sayur , Taman Kaktus dan Ladang Lebah.
Destinasi Pertama Ladang Teh Boh.
Rupanya ada banyak ladang teh BOH ni. Yang kami pergi ialah yang kira terbesar lah kot, dan ada kilang memproses daun teh secara tradisional.
Pemandangan memang cantik.
Hijau mata memandang.
Kalau saper saper yang sakit mata tu, silalah datang ke sini.
Tentu hilang sakit mata.
Anak - anak pB , apa lagi posing sakan.
Kumbang dikelilingi bunga bunga
Sempat merasa teh di tanah tinggi.
Seteko rm6 . Kongsi 5 orang tu.
Berposing di Kedai Jualan BOH
So, kami pun tumpang sekaki lah masuk ke kilang memproses daun teh.
Ianya akan dilayu selama 20 jam.
Tak dpt nak ambik gambar sebab proses pelayuan itu dijalankan ditingkat atas kilang tersebut.
2) Proses Rolling / Menggelek
Daun teh yang telah layu akan digelek menggunakan mesin di atas. Kita boleh lihat mesin tu macam berputar putar sambil menggelek daun teh yang diletakkan dibawah pemberat itu. Proses ini akan dijalankan selama 45 minit. Alat tersebut akan memecahkan dan menggulung daun teh tersebut. Ianya akan meranapkan sel sel dalaman daun teh .
3) Proses Fermantasi
Proses ini adalah proses pengoksidaan daun teh. Ia proses semulajadi dimana daun teh itu akan dibiarkan diatas dulang selama 3 jam. Proses inilah yang akan menghasilkan aroma dan rasa teh .
4) Proses Pengasingan.
Akhir sekali, setelah daun daun itu telah berubah warna dan bau, ianya akan diasing-asingkan antara daun dan batang batangnya . Setelah itu, ia akan dibawa ke tempat pembungkusan.
Semua mesin mesin yang digunakan dalam kilang ini adalah mesin mesin yang asal. Kalau rosak pun, masih ada spare part tu...
Setelah letih meronda, kami ambil kesempatan untuk mencuba minuman teh yang dijual di sini.
Seronok , sambil rehat rehat, menikmati pemandangan hijau sambil meneguk teh daun palas.
Selesai di Ladang Teh, Abe bawa kami pula ke pasar sayur yang terletak di kaki bukit.
Sah sah, pB kena tipu semalam..
Chisss.... kat sini, sayurnya dijual lebih murah berbanding dengan pasar malam semalam.
Sepuluh ringgit 14 bungkus tu sedangkan yang semalam cuma 8 bungkus.
Rasa nak cekik cekik je Abe.
Dah sebab dah frust, kat pasar ni, pB cuma beli ubi manis Cameron Highland.
Selesai di sini, kami ke Taman Kaktus.
Abe nak beli pokoK kaktus yang tahan lasak untuk menggantikan pokok kaktus yang dah mati kat umah tu...
Tiga pasu jer beli...
Check out jam 12 tengah hari.
Masa nak turun balik tu, sempat singgah di Ladang Lebah dekat RingLet.
Tunjuk pada anak anak dara tu macam mana rupa lebah.
Memang dasar budak bandar, lebah pun tak kenal.
Di pertengahan jalan, sempat lagi tu, singgah bermandi manda di Lata Iskandar.
Tapi budak budak jer lah yang mandi.
Dah tak teringin nak berendam berendam...sejukkkkk
Jam 530 petang, selamat sampai di Puchong...
17 comments:
Wah..memang jalan-jalan sakan kat atas tu ek.... he he he...
Ini dah kira lawatan sambail belajar macam ikut rombongan sekolah dulu-dulu... he he he...
BP
Itulah kan...
masuk kilang , keluar kilang
tapi masuk kilang ni tak der sample free, kena beli...
Sakan sakan, pun tak leh lawan Bro Zino, dari Sabah terus ke Genting..
weh, make megi pagi-pagi? hoh... sakit peruk buleh. Nok keno cari nasik bla'ok, dok pun nasi dage haha...
PA'CHIK
Budok budok lagi suko make maggie...
Nasi bla'ok...po'chik ni wak pB sedih la pulok...
Manolah nak cari nasi bla'ok kat cameron tu... nok cari orghe klate pun susoh...
lor.. apsal tak beli lagi sayur2 tu kak.. murahnyer la..
Kak pB,
Mahalnya teh seteko dia sampai RM6.00. Melampau Boh Plantation tekan pelancong tempatan macam Kak pB.
PISCES
Kak pB tak beli sebab kak pB takut sayur tu akan lama lama jadik lebam. Lagipun kat umah tu, semuanya NON VEGEI...susah nak paksa budak budak tu makan sayur.
INDERA
A ah kan..mahal la pulak bila difikir fikir. Katanya teh itu tidak dijual di tanah rendah, cuma ada kat tanah tinggi jer..tapikan memang rasa teh tu sedap bila diminum panas panas ala suam suam kuku....
kak, tak beli strawberry ke? bestnyer la hai... tau tak, Sas ni tak penah jejak lagi Cameron Highland tu... LOL...
syokk...syokkk...
tu la...k.we pun dok rajin gi lagi Cameron Highlands ni...anok k.we hok sulung gi doh, dio gi rombonge sekoloh dio...siap bowok balik strawbery 3 peket tuh...tapi teh dio tok beli pulok...hehehehe....
SASTRI
Akak cuma beli satu paket jer. Itu pun tak habis makan..bila makan kat umah, buah tu dah bertukar rasa
Insyaallah, satu hari nanti, bila ada kelapangan, pergilah berjalan jalan ke CH tu
adeQ
Memang syok...
Sebab tempat tu tak panas..
KAK WEAR
Kak Wear keno ajok Abe JD gie. Lepas tu mitok anok hok sulong tu jadi tour guide...
Sayur n bungo meme muroh bena nah dek nung tu...
Kelabu mata tengok sayur..
bini saya dah dekat 10 tahun ajak ke cameron ni.. tapi tak pernah sampai lagi hahaha. selalu suruh tunggu budak2 tu besar sikit.. tapi selalunya akan keluar budak yang baru pulak hahaha
LAN
Tak sangka lah pulak masih ramai yang tak pernah jejak kaki di CH nie..
Agak agaknya bila baby baru ni dah boleh berlari, boleh lah ke sana..
How's Cameron now? Still SEJUK as before? Keluar2 asap tak kalau bercakap? Ari tuh mmg nak plan gi sana tapi dah de-toured ke Kuching.. Insyallah kalau firm mem mantap leh gi ujung tahun nie kesana pulok...
NBK
Cameron dah kurang berdebu. Sejuk, biasa biasa aja. Si tidaklah menjadi naga naga yang keluar asap ikut mulut..
Insyaallah, pB doakan agar semua yang belum pergi ke CH, akan sampai ke sana satu hari nanti. Tol murah jer...tak semahal tiket Air Asia ke Kuching...
Lama giler tak gi Cameron.. Naper tak dok kat sri intan kak?
ARENA
Kat CH , apartment tu tidak dipanggil Sri Intan, tapi Sri Anggerik..
Sama je lah kan...nama jer yang lain lain...
Janji selesa...
Post a Comment