Lega fikiran bila dapat bercuti cuti Malaysia walaupun hanya dua hari satu malam.
Fikiran dah tenang.
Tapi hati sedikit gundah gulana..
Apanya tidak... gaji lambat lagi..
Dikejutkan oleh Abe jam 615 pagi.
Bingkas bangun, gosok gigi, solat subuh, terus masuk dapur.
Siapkan bekalan yang perlu dibawa.
Menu ringkas sahaja mee goreng dan nugget goreng.
Tak der masalah kejutkan anak anak.
Siapkan bekalan yang perlu dibawa.
Menu ringkas sahaja mee goreng dan nugget goreng.
Tak der masalah kejutkan anak anak.
Semuanya macam tak lena tidur dari semalam lagi.
Tak perlu mandi , cuma gosok gigi sahaja.
Tok Ma tak hendak ikut.
Alasan yang diberi, nanti 29hb Mac, dia nak balik KB.
Keluar rumah tepat jam 8 pagi.
30 minit lewat dari apa yang dirancang oleh Abe.
30 minit lewat dari apa yang dirancang oleh Abe.
Jalan clear sahaja, tak berebut rebut masa lalu di PLUS TOL.
Destinasi mula mula yang dituju ialah Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah.
Jam 830am, singgah dulu di Hentian Rehat Sungai Buluh untuk menikmati sarapan pagi.
Alhamdulillah , jam 10 pagi, selamat sampai di TRAP Sungai Klah.
Suasana pagi ini agak panas, berbanding dengan pertama kali pB dan keluarga sampai dahulu.
Ramai jugak pengunjung , yelahkan, nama lagi musim cuti sekolah.
Kali ini, kami cuma ingin mandi manda di Kolam Air Panas.
Bayaran untuk dewasa rm5 manakala rm3 untuk kanak kanak.
Bayaran untuk dewasa rm5 manakala rm3 untuk kanak kanak.
Anak anak dara merungut sebab masing masing ingin mandi , berenang di Fresh Mountain Springs Pool , tapi, abah menggunakan kuasa veto, semua perlu berendam di kolam air panas sahaja.
Alasan yang diberi, selepas ini, akan ketempat yang lebih sejuk (Cameron Highlands).
Dalam memprotes, tapi, masing masing basah lenjun jugak.
Keluar dari TRAP Sg Klah, tepat jam 1215 tengahhari.
Sekarang menuju ke Tapah untuk makan tengahhari, sebelum naik ke Cameron Highland
Setelah menempuh jalan yang ber'konar-konar' macam ular kena palu, kami sekeluarga selamat sampai di Tanah Rata jam 3 petang.
Sekarang menuju ke Tapah untuk makan tengahhari, sebelum naik ke Cameron Highland
Setelah menempuh jalan yang ber'konar-konar' macam ular kena palu, kami sekeluarga selamat sampai di Tanah Rata jam 3 petang.
Singgah di Cameron Bharrat Plantation. Rehat kan minda dan badan sambil menikmati teh tarik yang berharga rm3 segelas dan Sousegge Roll yang bernilai rm 2 sebiji.
Rasanya , biasa aja....
Sempat jugak lah pB beli sekotak serbuk teh perasa Strawberry.
Sempat jugak lah pB beli sekotak serbuk teh perasa Strawberry.
Sedang menikmati sausegge roll yang mahal tu
Kenyang perut, senang hati.
Selesai di sini, barulah kami check in di Anggerik Villa berhampiran dengan komplek pejabat pelajaran di Tanah Rata.
Tidak lah begitu mahal, cuma rm 85 untuk satu malam.
Suasana sejuk sudah mula menyelubungi diri masing masing.
Pada mulanya Aqilah bersungut sebab katanya di apartment itu tiada air cond.
Dia tak rasa lagi kesejukan yang akan mengigit gigit tulang hitamnya itu...
Selesai mandi, solat dan juga makan (makan lagi...cuba untuk habiskan bekal mee goreng), kami keluar lagi.
Kali ini, kami melawat kebun kebun bunga yang ada di Brinchang.
Actually, kalau ikut kiraan , ini adalah lawatan yang ketiga kali kami di sini
Kali terakhir pada tahun 2001 , kalau tak silap.
Masa tu adik pB baru mendapat anak seorang.
Nurin tiada lagi pun masa tu...
Masa tu adik pB baru mendapat anak seorang.
Nurin tiada lagi pun masa tu...
Anak anak seronok banget bila boleh melihat dengan sendiri pohon pohon strawberri yang ditanam.
Bunga bunga yang mekar dan lawa.
Segar bugar. pB cuma lihat sahajalah. Tak beli pun.
Tak beli sebab pB takut kalau di bawa turun dan pB cuba tanam, dah sampai dua minggu, pokok pokok bunga itu akan jadi arwah...
Sempat merasa dan mencuba air krim buatan sendiri perisa Strawberry.
Masam masam manis...
Keluar dari taman taman bunga ini, singgah di Pasar Malam hadapan pejabat kontijen polis.
Kali ni, mencuba makanan kegemaran Dato' CT, strawberry dicelup coklat.
3 biji, berharga rm2.
Mungkin selera pB bukan taste Dato' CT, tak der lah sedap mana makanan itu.
Sedap lagi pulut dakak ...
Cheh...dah darah kelantan, nak jugak pulut pulut...
Di sini, pB beli sedikit sayur - sayuran.
Dapat lah dengan harga rm10, 8 bungkus...
Murah kan.....
Disini dulu, untuk lawatan sepetang di Tanah Rata dan Berinchang.
Minggu depan pB sambung lagi, beserta dengan gambar gambar yang lain pula....
22 comments:
aloh la, datuk tu pung, baru kenal jah, dulu gak darak tok ka'ba eh.. haha..
sedak pulut lepo lagi.
wah..bestnyer...
PA'CHIK
Pulut apo apo pun sedap...pulut lepa inti sambal daging, terangkat...
adeQ
Memang sonok...
Memang cool...
kak pb, best betul coti2 m'sia sekeluarga gitu. ume dah laaaama sgt tingin nak p cameron.tapi sampai la ni tak pegi2 pun lagi. sobsobsob!!
UMEBOSHI
Ume kena pergi tu ..
Pergi sebelum bersalin..
Nanti bila dah ada baby, susah sikit nak berjalan jalan pulak...
Assalamualaikum kak,
akak naik ikut tapah ke?
orang tak naik ikut tapah dah, tu yg bebelit jalan tuh, kalau jalan depan siit lagi, jumpe simpang pulai, naik ikut situ jalan kurang kornar2 dan besar, selamat sikit, kurang risiko
seronoknya cuti...gambar pun cantik2..mcm kat oversea pulak..hehe
ari tu husband ada agak bawak balik stramberi (kwn dia g cameron yg bg)...coklat cair mmg x de nk cicah..tp teringat ada coklat gajah (neopolitan)anak saya...potong2 strawberi dlm cawan,patah2kan coklat..hahaha..ala2 aiskrim sundae pulak jd nya
sg klah tu nampak menarik.. tak pernah kesana lagi.. best ke?
jumpa tak jejak zino di cameron highland tu? hehe tak ada acara petik strawberry ke? hehe
Lama dah tak naik atas tu. Dulu masa tgh buat projek hospital Tanah Rata, jemu turun naik atas tu... he he he
Sekarang dah tak sesejuk dulu rasanya...
Wahhhh..sedak nyo ke Cameron.
Last time gi masa lawatan skolah..'97 kalu x silap..
Bilo laa lagi buleh sapa..
Sokmo plan to' jadi..
Btw, kak pB..
Mintak izin nak TAGGED kak pB.
(sopan tuh, nak tag siap mintak izin..hehehe..)
tp TAG ni tak payah list 6 atau 8 hatta 18 benda pelik.
Just nak tgk desktop kak pB jah..
For more info, ada dlm blog sayo deh..
=)
*tgh telan air liur tgk strawberry yang tak mungkin dapat kutanam pokoknya di kebun Abahku..*
PB,
Bagus juga dapat luangkan masa selalu bercuti dengan keluarga,abe kalau boleh nak macam tu juga.
cantiknya bunga-bunga segar tu.... tu yang rindu nak round Cameron Highland....
AU
W'salam...
A ah, kita orang ikut Tapah. Driber kata kalau ikut Simpang Pulai, jauh sikit...
Lagipun, che Abe Kak pB tu memang selalu drive guna jalan itu...
Nak tunjuk kat anak anak orang asli, pun satu hal...
KAK LUNA
Hii...a ah kan macam dok oberC jer..
Ini jer yang mampu Kak Luna. Nak g overC yang betul betul, ongkosnya memang tak pernah nak cukup..
Starwberry ni pelik sikit lah, makan kat Cameron punyalah manis, tapi bila makan kat umah, bertukar la pulak, rasanya...naper ??
BRO ZINO
Pergi lah , tak lah jauh sangat. Dan bayaran masuk pun tak lah mahal sangat. Berbaloi.. tentu baby suka... Mem mesti lah gembira. Berendam lama lama pun tak per, sebab tak sejuk ....
Btw, cam ner holiday kat KK? Seronok..?? Berapa bidang tikar, Bro Zino bawak pulang..??
BP
Siang hari, memang lah tak berapa sejuk, tapi , bila malam, memang menggigillah jugak...
Hospital Tanah Rata... wah, besar tu projek...
Fizzy
Gie lah, bu'ke ko lonni dari Gua Musang nok g Cameron , dekat jah. Dale satu jam pun dah sampai..Ajak ayah tu...
Kena tag..??
Tak po...
Nanti bilo kak pB selesai cerito hal CH ni, kak pB buat tag tu..ok..
AD
Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu alasan kan...
Cubalah luangkan masa...
May be lepas kakak UPSR boleh pergi..
LJ
Memang cantik cantik belaka bunga bunga kat situ..
Tapi pB sekuntum pun tak beli...
aman, tenteram, damai, syahdu dan mengasyikkan bila bercuti ditempat macam tu ye ?
chewah chewah:))
ABANG LONG
Betul apa yang dikatakan..
Rehat minda...
Tenang jiwa...
13 MAY
Chewah chewah...
Yup yup...
Lain kali kita bercuti ketempat lain pula....
Ni yang jeles ni...kita yang berangan nak pegi lama dah tak dpt2 pegi lagi....
Strawbeery tu nampak sedap...kalau lah dpt pegi sana memang nak borong strawberry...kat Giant mahal...
keluarga bahagia. wow!
teruja nyer tgk bunga yg warna warni tue..
best weh....bilo laaa buleh meraso nok cuti-cuti retek nih...tunggu budok2 besar dulu kot baru sedak gi jjale...hehehe
Cantiknya kolam air panas tu..
Saya orang Perak pun tak penah sampai lagi kat situ..
KAK LADY
Tak baik tau jeles jeles.
Abg kat ada kat M'sia sekarang ni, ajak lah dia kesana, berdua sahaja..
PIECES
Cantikkan ciptaan Allah Yang Maha Kaya...
Janganlah disebabkan kerakusan manusia , semua ini hilang...
ZIZIE ALI
Insyaallah, harapnya bahagia ini kekal hingga ke akhir hayat..
KAK WEAR
Ajok lah Abe JD tu...
Jange dok tunggu tunggu, takut lepas ni koho payoh sebab anok skoloh pulok...
INDERA
Memang cantik kat sana. Kalau lapar, buleh buat telur masak separuh...
Orang Perak kena pergi ....
Kalau tidak, tidak boleh dipanggil orang Perak...
Post a Comment