07 March, 2007

KENANGAN

N3 hari ni , ala ala walking into the history land..
Salah satu cara pB nak memerah otak untuk mengingati sejarah pB dan Abe..
Janganlah pulak ada yang 'nak muntah' selesai baca n3 ni...


pB dan Abe bertunang pada hari raya haji (ketiga) kalau tak silap lar
(semalam tanya pada Abe,dia pun lupa)
Yang pB ingat cincin pertunangan kami dibeli di Komtar.
Pilih punya pilih, last last sebab takut Abe tak cukup budget , pB beli yang kecik jer
Terlampau kecik, pakai tersangkut baju pun, boleh jatuh berlian tu. Dua kali jatuh pulak tu.
Last last, pB pulak kena top up duit sebab kena ganti berlian lain...
(lepas beli, baru dia bagitahu, budget dia banyak...kalau tau gitu, mau pB beli yang 10 karat tu)

Majlis pertunangan di buat di rumah mak sedara pB.
pB pakai baju kurung putih (baju masa konvo terima sijil)
Masa MIL sarung cincin, control ayu bagai nak rak tapi mata melilau tengok orang kiri kanan.
Yang best tu... masa rombongan datang meminang, Abe kena ber'teh (chicken pox)
So , esoknya pB pergilah melawat dia kat umah nya.
Bertompok tompok , kat muka Abe..kesian...
Itu kenangan bertunang.
Parut di muka kekal hingga ke hari ni

Tempoh pertunangan ditetapkan selama setahun.
Dan dalam masa dok berjauhan ni, hanya telefon dan kad serta surat surat je yang menyambung kasih, cinta kami berdua (kah kah kah...berjiwang la pulak).
Abe kerja di KL, manakala pB masih bertugas di Penang.
Nak jumpa memang susah sebab Abe banyak kerja out station.
Ada sekali tu, sampai dua bulan dia kena kerja kat Sabah.
Nasib baik , telefon free...
Pagi pagi masuk pejabat terus call ...
Tanya dah makan ker?
Kerja ok..??
Kadang kadang dua jam, dok sok sek sok sek berbisik.
Yelah kan, masa tu, jaga adap bercakap betull...
cuma bisik bisik jer....
ketawa pun control...
Tengahari telefon...
Petang sebelum balik pun telefon..
Kadang kadang masa call tu, Abe dok atas racking tengah pasang equipment.
Nasib baik tak jatuh....

Majlis akad nikah diadakan pada hari raya puasa yang ketiga selepas zohor.
pB yang kena ke rumah pengantin lelaki (kira adat keluarga pB).
Kenangan yang tak leh pB lupa kali ni ialah pakaian.
Tak ready pun baju special untuk acara akad nikah nie.
pB cuma pinjam baju kebaya kuning sepupu pB.
Yang sonok tu, masa gosok, boleh dikuat heatnya, maka hanguslah baju kebaya tu.
Baju tu pulak baru sekali sepupu pB pakai.
Dah kelam kabut mencari baju lain.
Last last , pB pakai baju kurung batik kaler hijau , MAK PB YANG PUNYA....

pB pun tak tahu kenapa tak der preparation yang khas dibuat.
Mungkin masa tu, tak der pengalaman...

sepupu sepupu pun ramai lagi yang tak kawin, so tak der lah nak beria sangat jahit baju berpasang pasang untuk acara akad nikah, acara batal air sembahyang dan sebagainya.

Akad nikah tu dilakukan di masjid salor. Yang peliknya, pB tak ikut pun Abe ke masjid.
Ayah pB pun tak der sebab tak boleh cuti.
Adik pB pulak masa tu masih di Manchester , belajar.
Cuma boleh tanya pada mereka mereka yang pergi sahaja.
Berapa kali? Abe gabra ke?
Menurut cerita, akad nikah dijalankan sekali sahaja, terus SAHHHHHH

Balik dari masjid, maka dengan sekali lafaz, maka pB selamat menjadi isteri yang sah kepada Abe.
Ambik gambar berdua pun rasa rasa cuma dua keping aja.
Teruk betul bila pB ingat ingat kan.
Malu punya pasal, jadiklah begini.
Abe pulak kan, jenis pendiam...tak der lah dia nak beria ria suruh adik beradik dia ambil gambar.
Itu masa akad nikah.

Majlis kat umah pB pulak pun ada insiden.
Mula mula tak nak bersanding . Just nak ambil gambar dalam bilik aja.
Tapi bila tukang pasang alat alat dlm bilik tu datang, segala perkakasan yang dia bawak tu tu tak muat untuk digunakan dlm bilik.
Last last jadiklah 'manja'ge - pelamin'.
Abe punyalah terkejut masa dia datang nak ambik baju pengantin dia.
Nasib baik masa tu , mood ok...
So bersandinglah pB dan Abe pada malam jumaat 8/3/1995

Majlis di rumah Abe diadakan pada hari jumaat 9/3/1995
Pagi jumaat tu dtg lah beberapa kawan Abe menjemput Abe untuk dibawa pulang ke rumahnya.
Kelakar sungguh bila pB ingat balik kelakuan member member Abe tu.
Masing masing, macam dok sibuk sibuk dok mengintai kot kot Abe ada tinggalkan kesan malam pertama...
Nasib baik, Abe tak expert lagi masa tu...
Masa kesan tidak dpt dijejaki...

Untuk majlis menghantar pengantin perempuan ke rumah penganti lelaki , sekali lagi tak der kordinasi tentang pakaian.
Last last, pB pinjam baju kawan mak sedara pB.
(Hai asyik pinjam baju orang aje).
Kali ni, baju mini kurung berwarna hijau jugak.

Yang seronoknya, masa rombongan pB sampai ke rumah Abe, Abe tengah sibuk jadi ahli jo kha kho (tukang angkat pinggan).
Abe pakai baju t shirt putih seluar hitam.
Memang tak der wajah pengantin langsung.

Pun tak der gambar semasa majlis ini berlangsung.
Yang ada gambar pB dengan orang orang yang duduk kiri kanan pB.
Makan bersama Abe pun tak der....

Sekali ingat sadis sungguh..
Dua kali dikenangan, kelakar pun ada.
Tapi mungkin masa pB kawin dulu, tiada tukang tukang arrange majlis ni.
Pandai pandai sendiri dan ikut contoh sepupu sepapat yang terdahulu.

Tapi tak pelah kan, dalam dok majlis begitu, anak pun dah empat.
Hero jer belum ada reseki...
Insyaallah, kalau selesai Abe belajar ni, baru ada perancangan kot..
Maka , itulah dia rentetan majlis perkahwinan pB dan Abe yang serba tak berkordinasi langsung...
Tak macam sekarang, pakaian semua sedondon.
Ada majlis potong kek.
Ada makan beradap .
Ada kompang dan silat.
(Patut dulu pB minta tolong kawan kawan pB bersilat gayung, baru real kan...)


Oklah itu cerita 12 tahun yang lepas.
Semalam punya cerita pulak, apa yang dirancang tak berapa nak menjadi.

pB dok ingat nak mengulangi semula sejarah semasa pB dan Abe berdua pergi Sunway Laggon, masa time honeymoon dulu..
Tapi rupa rupanya, hari selasa Sunway Lagoon tutup..
Dalam dok frust tu abe bergurau
"Tulah,,,abe booking satu sunway, supaya kita dua boleh main macam macam"
"A ahh...booking sampai kita pun tak leh masuk"

Last last keluar dari situ, kami berdua ke The Store Shah Alam.
Abe nak beli seluar jean dan t shirt.
Kat department seluar jean , tak der promoter.
Maka, pB pun jadiklah bidan terjun.
Carikan saiz, carikan kaler yang Abe berkenan.
Ukur panjang seluar, nasib baik tak jadi tukang jahit instant pun dah mujur.
And for the 1st time, berjaya pujuk Abe beli t shirt kaler hijau apel muda.
Lepas tu, kami ke Jaya Jusco Bukit Raja.
Tengok wayang cerita Ghost Rider.
Then , balik semula ke Shah Alam untuk pick up Arifah.
Maka, habislah sehari bersama suami tersayang....

Mesti semua dok tanya , apa pB dpt untuk anibersari yang ke 12 ini...
Tak der apa apa...
Abe tak belikan pB apa apa pun...
tapi tak per, sebab semalam pB sungguh gembira

15 comments:

blackpurple said...

Kalau ada photo kenangan akan lebih berkesan entri ini... he he he

INDERA KENCANA said...

Haii... macam mana pengantin boleh jadi jukako ni..?

Tak kisah la Akak. Dalam kelam kabut, pinjam meminjam tu, kekal jugak 12 tahun. Siap dapat puteri 4 orang lagi...

Selamat Hari Ulang tahun untuk Akak. Semoga Berbahagia ke akhir hayat. Kalau Abe Akak setuju buat makan-makan, jangan lupa jemput saya ye Kak!! Hehehehehe...

Arena said...

Happy belated anniversary..

moga panjang umur murah rezeki ya..dikurniakan kesihatan yang baik..

pB said...

BP
Photo...??
Malu ah...


INDERA
Tulah, abe duo dale satu...pengantin dan jukako...

Makan makan... insyaallah, kalau ada rezeki lebih, nanti kak pB jemput Indera dan kawan kawan..

ARENA
Terima kasih arena...
Kak pB juga berharap Arena akan dpt apa yang arena hajati selama ini...

zino said...
This comment has been removed by the author.
zino said...

panjang nya sejarah hehe..

bab talipon tu nak komen sikit.. along sebelum ni kerana asyik "bercinta" dalam talipon tu bil mencecah 1000!!! inggit.. sape nak bayar tu.. zino tak nak bayar sampai talipon kena potong hehe last last bayar ansur.. dah lansai baru TM sambung balik hehe..

pB said...

BRO ZINO
itu pun short cut sana, short cut sini, kalau idak lagi berjela jela...

Along...seribu..??
Wah ... parah jugak tu...
Nasib baik TM ada pelanggan macam ni, walau pun ansur ansur tapi tetap bayar...

Sekarang macam mana..??
Dah kurang ker bergayut nyer??

Pa'chik said...

wah, iron baju sapa tbakar ni. Jolo ko panah sangat? ko ghalik.. haha..

Kak Lady said...

Takpelah PB...dpt jugak jenjalan ngan hubby...kak lady kalau anniversary dpt makan kat restoran je...hehehhe...dah 24 tahun camtu...dulu2 lagik takde aper pun...makan pun tak dpt...tapi yang penting dia ingat

pB said...

PA'CHIK
Hmmm... bilo fikir smula, ghalik kot atau pun, kenaling dok mudoh...

KAK LADY
Makan kat restoran tu kira ok kan kak...
Asalkan dia ingat..
Yang tak besh, kalau dia lupa...
Tu yang buat hati gelegak jer...

Alex Lacey said...

kito sebenanyo buke nok hadioh sangat, dok eh? kalu buleh tu kiro bonus la tuh...janji dio ingak...

Tok pun, PB ngan cik Abe gi keda gambar, ambik gamba paka baju pengantin hok sewo kat keda gamba tuh...kiro mace renew the akad gitewwwww.....hehehe

itik putih said...

Elok gak ada crite yang bolih dibuat kenangan, kalu semuanya perfect takdelah yang hendak dikenangkan so apa2pun yang mustahak akad nikah nya sah, Abenye skali lafaz lagi tu... " The sweet things about life is when someone remembers your special day "

maklang said...

tahniah lah dah 12 tahun

kalau ingat kenangan manis dan tak berapa manis ni memang bestkan

sis OO said...

gi lah sewo kat kedai foto hok complete dgn baju tu cam chinese sokmo buat masa nak kawen..gi renew gambar..masuk anok2 sekali!

pB said...

KAK WEI
Tapi kalu adok hadioh , lagi ngammmm

Gambar maso sanding tu , meme paka baju so'ket cukup lekat doh. Hok terky'le tu , hok maso nyambut balik umoh dio...tu jah

ITIK PUTIH
Nakkena ingat sekali sekala. Kalau tak diingatkan , rasa sayang pulak..

MAK LANG
Terima kasih Mak Lang...

Selamat Bercuti buat Mak Lang, ambik gambo byk byk yer

SIS OO
Baguh jugok idea kak OO tu..
Tapi rusing la pulok...takut pulok, namo kei baju pengatin hok putih tu tak dok saiz...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...