02 March, 2007

LELAKI PENDIAM

Seorang wanita yang secara kebetulan bertemu dengan teman lamanya, dan mengetahui rakannya itu sepejabat dengan suaminya , secara spontan bertanya, bagaimanakah sikap suaminya ketika di pejabat.

Kata wanita itu, di rumah suaminya seorang yang agak pendiam dan sukar diajak berbual. Malah, sepatah ditanya maka sepatah yang lazaimnya akan dijawab oleh suaminya. Wanita itu mengeluh lagi, katanya, keadaan itu membuatnya merasa bosan dan ada kalanya dia tertekan dengan sikap suaminya itu.

Peliknya ketika bercinta dulu, suami rancak bercakap dan pelbagai topik dibangkitkan. Bagaimanapun, wanita itu mengakui suaminya seorang lelaki yang baik, dan tidak pernah mengabaikan keperluan rumahtangga termasuk tanggungjawab terhadap anak.

Cuma yang tidak menyenangkan hati, suami terlalu pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri seperti membaca surat khabar, lebih gemar tidur walaupun siang hari atau membasuh kereta.

Mendengar segala luahan itu, teman lamanya agak sedikit terkejut. Setahunya , dipejabat suami kepada rakannya itu tidak berhenti bercakap dan ada saja topik yang hendak dibincangkan. Kadangkala, bergurau dan mengusik rakan lain serta rajin juga bergosip.

Kaunselor berdaftar UM, Hushim Salleh, berkata , senario suami menjadi pendiam dlm rumahtangga dab berubah watak apabila berada diluar MEMANG berlaku. Malah, sepanjang mengendalikan kaunseling perkahwinan , masalah seumpama ini adalah antara isu atau konflik rumahtanggan yang kerap diluahkan oleh isteri.

Beliau berkata, ada isteri mengadu mereka putus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiam asalkan rumahtangga bahagia. Namun, ada juga yang terus bersabar dan terpaksa memendam rasa serta terus berada dalam keadaan tertekan.

"Berdasarkan kajian kes banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ialah TIDAK LAGI WUJUD HUBUNGAN MESRA ANTAR PASANGAN BERKENAAN SEPERTI MANA MEREKA BERCINTA DAHULU".

"Faktor lain ialah timbul kebosanan suami terhadap karenah isteri yan selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel atau bercakap tidak henti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan."

"Untuk 'melarikan diri' daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik serta keadaan haru biru, lelaki memberontak atau protes secara diam dengan mengambil sikap mendiamkan diri", katanya.

Beliau berkata, sikap seperti itu sebenarnya TIDAK BAIK untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu yang tidak faham serta tidak tahu apa - apa yang dipendam oleh pasangannya. Bagaimanapun, Hushim, berkata tidak semua lelaki bersikap itu sebaliknya, ada yang boleh bersoaljawab dan tidak kisah jika pasangannya bertanya apa saja dilakukannya serta mengetahui segala tindak tanduknya.

Bagitu pun, beliau berkata, lazimnya antara lelaki dan wanita oihak isteri sememangnya paling banyak mengajukan pertanyaan. Wanita beranggap dengan bertanya dan bersoal jawab , ia adalah satu cara untuk mencari jalan penyelesaian. Malah, ada isteri begitu agresif bertanya itu dan ini hingga terkeluar kata-kata yang tidak elok didengar.

"Selain dari faktor itu, suami bertukar menjadi pendiam mungkin juga disebabkan ada ORANG KETIGA didalam rumahtangga itu. "Suami bukan takut dengan isteri tetapi mengambil jalan selesa dengan hanya berdiam diri dan membiarkan isteri bercakap atau bertanya. Suami seperti itu BIJAK bermain psikologi dan dia tahu, apabila tiba masa akhirnya isteri akan berhenti bertanya apabila soalan diajukan tidak dijawab. Selain dari itu, ada suami bimbang jika dia menjawab, maka akan lebih banyak pembohongan yang dibuatnya kepada isteri", kata Hushim.

*********************************

Artikel ini pB ambil dari Berita Harian semalam.
Dapat sms dari Melaka, suruh / insist pB beli paper.
Malam malam keluar cari Berita Harian. Nasib baik kat Mobil Petrol Station ada lagi. Ingatkan bila dah beli malam malam buta, dapat diskaun. Hampeh, sama harga.

Apa yang boleh pB komen tentang artikel ini.
pB memang kaki leter .
Tapi leteran pB hanya pada anak - anak tidak pada Abe.
Kadang kadang benda benda kecik pun, pB buleh naik angin.
Tapi macam kata pB , hanya pada anak anak.

Abe ada orang ke3....??
Insyaallah, Abe memang tak de tokoh bab bab mencari pompuan lain.
Dia memang jenis pemalu....( puji ada makna ni....)

Tapi apa yang pB faham ialah diam itu adalah sifat azali Abe lagi....
So, En Hushim...ada nasihat baru ker....untuk ubah sifat azali ni....????


9 comments:

maklang said...

kalo gitu bila dia asyik bercakap je, tak semestinya tak de orang ketigakan pb..

apa2 pun mintak2 dia tak fikir2kan unutk meng'ada'kan orang ke 3

Anonymous said...

tok reti nak bagi petuo suroh oghe kkecek...

umeboshi said...

ish, kalo org yg pendiam sejak azali ni, macam syusyah je nak ubah nye kan..?! takpe la kak pb. janji bahagia!!hehee

Anonymous said...

Eloklah jika senjak asali lagi si abe tu pendiam asalkan dari matahati kita dia seorg suami yang baik tak macam itik putih kerana terlampau peramah dan to friendly si isterilah pulak makan hati berulam jantung pantang dia dengar kita sebut nama pumpuan for sure banyak soal jawabnya aduh saliha....!

Pa'chik said...

seorang kawan kerja kat terengganu, bini kerja kat machang, jadi dia hanya pulang ke rumah pada hari minggu saja.
Setiap kali balik, mesti dia melawak kata ada bini lain kat terengganu.
Katanya, nanti kalau betul dia kawen lain, mesti bini dia tak syak apa-apa.

tee said...

kalu dah memae hok jenis senyap, nak wat camner. elok la tu, ngan ngan PB. suami isteri ni kan saling lengkap melengkapi.

pB said...

MAK LANG
Kita berharap tiadalah antara kita ni akan 'terpaksa' berdepan dengan orang ketiga...walaupun payung emas itu nampak begitu memikat jiwa, tapi hakikatnya....

KAK OO
pB tahu sebab apo kito dua tak dok petuo..sebab che abe kito samo pe'sen...

UMEBOSHI
Bahagia perlu dicari....
kak pB pun doakan agar Umeboshi bahgia senantiasa...

PA'CHIK
Itu namanya sediakan payung sebelum hujan... beri amaran secara diam-diam...

TEE
Pandai sungguh Tee...memang apa yang Allah berikan adalah yang terbaik...kita kena pandai mencari kelebihan itu didalam kekurangan..

ITIK PUTIH
Hmmm....Rasanya semua isteri akan bertanya 'siapakah perempuan itu' tak kira suaminya jenis pendiam atau pun jenis mulut murai... Insyaallah...isteri itik putih akan faham perangai azali Itik Putih itu...

KakNi said...

PB, suami saya salah seorang yang seperti itulah, bila berjumpa kwn2 dia masa pergi beraya ke apa ke, saya tengok dia bukan main lagi bising tapi kalau kat rumah tu... sampai kita ajak makan bersama pun disergahnya "Kenapa?!!"

Agak2 kenapalah saya ajak dia makan bersama PB? Alangkan tetamupun kita ajak makan, ini kan pula suami kita... entahlah PB, sabar ajelah saya ni

pB said...

AHNI
Susah kan kalau ada suami DUA ALAM nie...
Kena banyak sabar dan jgn satu hari kita meletup , udah ler..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...