Geram jangan engkau geram ( geram geram )
Geram bermacam ragam ( bermacam ragam )
Kerana suka kerana marah
Janganlah kau geram
( 2X )
Bila kau melihat gadis yang cantik
Engkau pun cuba menggoda
Tetapi jikalau dia tak layan
Tentulah engkau geram ( em geram )
Kalau ada orang sakitkan hati
Tentulah kau jadi marah
Tetapi tak usah kau geram ( em geram )
Kau geram ( em geram ) ( 2X )
Apalah gunanya kau geram
Lebih baik diam diam
************************
Itu apa yang tengah pB rasakan sekarang ini.
Geram pada diri sendiri sebenarnya.
Kes ini tak der kaitan dengan orang yang pB dah mula tak suka itu.
Kes ni berlaku diatas kesilapan pB sendiri.
Nak cerita jugak, manalah tahu kan orang lain boleh buat pedoman.
Pagi ni pB telah ke ATM Harimau Belang Belang.
Buat sedikit pengeluaran dan juga belian top up untuk PrePaid Celcom.
Entah macam mana ( disinilah kesilapannya)
pB telah memilih untuk membeli lima puluh ringgit 30 hari.
(Kebiasaanya pB akan terus pilih jumlah yang pB berkenan.)
So, kuranglah lima puluh ringgit malaysia di dalam akaun harimau belang itu.
Tiba di pejabat , (awal tanpa minum pagi sebab aBear tak der)
pB telah mencuba untuk menambah nilai .
Mula mula pB cuba dengan cara menghantar sms ke 2888.
Gagal.
Kali kedua, pB cuba dengan membuat panggilan ke 019 3000910
Masih jugak gagal.
Macam macam mesej yang masuk dalam hp pB dari Celcom.
Kali ketiga , pB telefon lah Careline Centre 03 3630 8888
Seorang hero menjawab panggilan dan cuba membantu pB.
Tapi masih jugak gagal walaupun pB dah beri kebenaran untuk deduct limo puluh sen (sebab minta bantuan mereka)
Hero tu suruh pB cuba lagi dalam masa satu jam.
Disebabkan selepas itu, pB ada meeting , maka hal ini , pB letak ketepi dahulu.
Lagipun , tidak urgent sangat bab bab top up nie.
Tengah hari tadi , pB sempat melawat sepupu pB di Hospital Universiti.
Keluar dari pejabat jam 1230 tengahhari.
Sepupu pB tu macam ada ketumbuhan pada rahang.
Ini adalah kali kedua dia menjalani pembedahan untuk membuang bendasing itu.
Tadi masa pB tengok, bengkak akibat pembedahan itu dah beransur surut.
Tapi dia masih lagi tidak boleh makan makanan keras.
Hanya boleh minum susu , itu pun melalui tiub yang dipasang melalui hidung.
Yang power nyer , sepupu pB ni baru dua minggu mendirikan rumah tangga.
Nampak gaya dia dan isterinya berbulan madu di PPUM...
Pulang dari PPUM, pB cuba sekali lagi untuk top up benda alah nie.
Pun masih gagal.
pB hubungi sekali lagi CareLine Centre Celcom.
Pun dapat hero jugak.
Kali ni hero melayu.
Suara Macho jer ....
Pagi tadi hero yang ada tanda kat atas dahi.
Dia cuba untuk membantu pB.
pB berikan dia kod caj semula.
pB berikan dia serial nombor.
pB diminta untuk ON HOLD the Call.
Lima minit jugak lah pB menunggu sambil menunggu segala mak neka promosi yang sedang diadakan oleh Celcom ini.
Last last, pB diberitahu tentang berita yang tak berapa nak hangat nie...
Rupa rupanya pB dah tersalah beli untuk Network dan bukannya AirTime.
Lima Puluh Ringgit Malaysia... besar nilai tu.
Kdg kdg boleh hidup 25 hari telefon pB dengan nilai sebanyak itu.
pB dikehendaki pergi ke Maybank tempat pB buat pembelian dan cuba minta bantuan pihak Harimau Belang untuk menukar serial number dari Network ke AirTime.
Untuk memudahkan kerja, pB terus buat panggilan ke Customer Care Harimau Belang.
Hero melayu jugak yang membantu kali ini.
Yang kat sinilah, proses yang agak rumit perlu pB lalui.
pB perlu membuat report dengan segala butiran butiran seperti nombor kad atm, jumlah yang telah dibayar, no kad pengenalan dan juga nombor hp pB.
Hero ketiga ini akan failkan report.
Report ini kemudiannya akan dihantar ke Celcom.
Celcom perlu membuat penukaran serial nombor dan hubungi pihak Harimau Belang semula.
Dan pihak Harimau Belang akan menghubungi pB semula.
Dan pB harus ke cawangan Harimau Belang untuk mengambil kod caj semula 013.
BERAPA BANYAK SEMULER DAAAAAA ...
Proses ni mahu makan empat lima hari bekerja.
Hingga sekarang, masa pB tulis entry ni , pB masih lagi belum menerima sebarang report yang telah dijanjikan oleh pihak Harimau Belang itu...
Kalau setakat sepuluh ringgit, pB boleh lupakan begitu sahaja.
Tapi ini, lima puluh ringgit.
Begitu tinggi nilainya.
Sayang pulak kalau nak give up begitu sahaja.
Harap masalah ini akan selesai dengan cepat.
Kesimpulannya, masa dok depan mesin ATM tu, pilihlah dengan tepat.
Jangan sekali kali rasa nak cuba mem'purchase' benda baru yang ada pada screen ATM itu.
Buat masa ini, nilai yang ada pada pB cuma rm 0.67 sen
Tak da saper saper boleh sponser ker...??
Geram jangan pB geram..
Nanti cepat tua.....
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
19 April, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
30 comments:
Kak pB,
shahdunya kisah nih.. limeploh hinggit tu.. banyok tuh!!!
MINNIE
Terima kasih kerana simpati pada kak pB..
50 tu...
bukannya 10 ....
arghhh.....sponser sponser lar...
kareneh byk betul... buke nok mudoh nok bagi customer malah nak take action dah lupakan aje ... bank untung RM50, sabar pb jgn putus asa
:))
CM
Wah..lama pB tok napok CM..
ado sihak ker??
Memang banyak kerenoh...
Sapa ko loni , tok sapa sapa saline' repot tu..
Me'me tak akan putus asa...
POCHIK
:-(
Arghhhh ......
huhuhu..saya mmg tak berani, even nak top up kad touch n go..lagi suka beratur kat pondok tol..
peringatan yg baik untuk diri saya, supaya lenkali kalau pakai atm, guna utk withdraw duit jek..
OREN
Biasanya tak pernah kak pB nak p tekan butang yang indicate rm50 untuk 30 hari.
Pagi ni rasa nak tukar pesen ..
Kan dah kena...
Ingat ker semua nya sama.
Tak terfikir pulak untuk AirTime dan Network..
Peringatan untuk semua..
Harap ada yang dpt faedah dari kesilapan kak pB ini...
aduss rm50 tu... jgn geram2 kak.. kalau x boleh gak mmg xde rezeki la tu...
ACHIK
Tu yang sodeh nie...
limo puluh hinggit ...
besor nilai tu ..
insyaallah, kalau ada rezeki adalah kan..
kalau tak dak...
jaga celcom , lepas ni kak pB pakai DG , baru tau...
kah kah kah
Slalu kena topup utk Eyla, bila kredit abis baru nak ingatkan ayah kalu tak kita yang kena call dia tanyakan khabar, sabor jeler....
Rumitnya proses nak dapat balik rm50 tu.... sabor jeler .....
aduh, geram nye la kan.cian kak pb. sabo bebanyak deh! jgn give up. kalo depa tak call, kak pb harus follow up.hari2 kena mau call depa.eehhehe...anyway, TQ sbb call kiter tadi. uwahh..lepas tension keje jap bila borak2, dgr suara kak pb tuh. ehek!
KJ
Tak sangka la nak rumit macam tu sekali...
Minta tolong akak tak leh ker???
UME
Cian jer ker...??
Tak nak tolong derma ker??
Hi hi hi
Memang tak kan give up.
Akan kak pB kejar sampai dapat balik limer puluh hinggit tu..
The pleasure is mine...
Nanti kita calling calling lagi..
Tepon kan preeeeee ....
maklang sepnser seposen boleh ke...tapi kena datang kerteh boleh ke???
jangan geram pB...taulah abear tak de...sabau ..sabau!
Here I am again for seeing your work, thanked
kesian... bawak bersabor
sabor...
kalau dah nak rugi tu, ada-ada saja
ala company ngn bank2 ni kalau time mkn duit org cepat je, tapi kalau nak bagi balik or betulkan kesilapan tu punya la susah..
kalau dah fed up lama2 customer pon buat dunno..untung la dorang..
agaknya hari ni nasib kak PB tak baik..maybe sebab perasan geram kat ofismate tu..jangkit kat benda2 lain..
harap2 jumaat menjadi lebih ceria..
MAK LANG
Sposen pun sposen lah ...
Tapi , nak kena g kertah...
Boleh ....
Nanti Mak Lang jamu pB makan, ok...
Hi hi...aBear dah balik semalam
David Santos
Welcome Again...
Bro K
Memang kena sabar ..
Silap pB ...
Bukan silap orang lain ..
Zizie Ali
Betul tu..
Kalau dah bukan reseki kita, benda dalam mulut pun boleh keluar semula...
MQ
Wah kamu ini, asyik tengelam timbul..
Cam ner business , mesti bagus kan..
Kak pB nak tempah bunga telur pun , anak kecik kecik lagi..
Mungkin itu salah satu tektik mereka untuk menglongsapkan duit yang sikit sikit ni kot...
Happy Weekend untuk Mq n Hubby..
psst..bila nak mai umah kak pB..??
Saya pun selalu gak terkena dalam keadaan Kak pB. Sampai kadang-kadang tu nak marah ni, tapi tak tahu nak marah pada siapa. Sudahnya marah pada diri sendiri.
Bila keadaan dah reda nanti, saya percaya Kak pB akan tersenyum sendiri mengingati kekecohan ni.
Salam saya untuk Abe... :D
Saya dah masukkan nama PB dalam senarai orang yang menjumpai Yin, kalau lulus, mereka akan beri RM15,000, harap dapat mententeramkan hati..:-) (lawak bodoh hari Jumaat)
INDERA
Memang tersenyum.
Tapi tersenyum dalam kekecewaan..
Insyaallah, akan kak pB sampaikan ...
McBUDU
Dari Mc masukkan namer pB dalam senarai tu, baik Mc belanja pB makan kat Plaza Masallam...
Jom ...
huk aloh la...tapi rajin la PB gi tulih repot bagai..kalu k.we surender doh...antara salah satu faktor sbb apa k.we tukar nombor phone dari 013 ke 016 hehehehe
ih ih ih.... heran heran.... apa nak heran ya tak? to err is human. itu ler pB, jadikler ahli prepaid, ko sendiri jual prepaid, ko sendiri beli prepaid, ko sendiri guna prepaid... semuanya melalui sms je. tengok promo iklan kat blog mak su. Mak su dulu pun tak minat gak.. tapi fikirkan sendiri guna prepaid, apa salahnya. Sendiri jual kat diri sendiri, point pun dapat... ala ala point bonuslink ler, lambat ler.. tapi point gak.
sori ek.. terpromo plaks
KAK WEAR
Ni hp pB lawa ...
hok tu sa'ye nok tuka
MOK SU
pB memang guna prepaid.
Postpaid ada lima number.
No prepaid ni cantik
Cuma ada angka 0 , 1 dan 3 sahaja
Amboi amboi , sakan weh buat promosi
Ar? Network? Air Time? Ini jargon2 lah pada org yg x guna top-up mcm sy ni.
Silap sikit aje tapi nak betul kan kesilapan yang sedikit tu bukan main susah lagi...
Macam tu lah kehidupan kita, kdg2 kesilapan yg sedikit tu boleh akibatkan macam2 perkara besar. kita.
nak gelak dulu heheheheheheh. ampunnn. kesian kat akak. ni sure akak dok berangan kat depan ATM tuh pastu main tekan jer ikut sesedap jari.
harus akak ctc bank semula check status report tu camana. kang dia buat bodo jer pulak.
kesian kak akak. Yus mmglah tak faham guna prepaid ni. Balik nanti kena belajar. Dulu sebelum dtg UK guna line. Sistem prepaid sini lain. HP yus dah 3 bulan takde credit satu sen pun, sbb yus tak guna, cuma terima panggilan dan terima sms ajer, tu yg malas nak topup.
alahai ..kesian ada kelakar pun ada.gelak sikit .
sabarlah kakakku,jgn engkau geram.
irfa pernah kena rm30 tp sib baik beli ngan budak opis,mmg silap dia sbb buat tak dengar irfa nak celcom bukan maxis..so member terpaksalah top up hp sendiri..
AHNI
Betul kata Ahni..
Kdg kdg silap tu kecik je tapi effect sampai ke tua
APPLE PIE
OOOooo gelak kan akak nyer..
Tak pa , tak pa
Bukan berangan tapi gatal jari nak cuba benda baru
YUS
Bila nak balik Mesia??
Kat sana, rasanya lebih murah kan caj dia ...
IRFA
Ini silap akak sendiri
Jadik tak leh marah pada siapa siapa
Insyaallah, masalah akan dapat diselesaikan...
Berfikiran Positif..
Post a Comment