02 April, 2007

GUMBIRA

Seperti yang disebut sebut, petang jumaat tu, pB monteng kerja.
Bila dah balik umah, malas lah nak datang balik ke pejabat.
Lepak lepas di rumah dengan anak anak, lagi bagus.

Malam selepas solat Maghrib, kami bersiap siap untuk ke IOI.
Tiket dah beli dua hari sebelum itu lagi, jadi tak rasa perlu untuk rushing rushing.
Kanak kanak dan teruja , tak sabar nak tengok aksi Mr Bean Bercuti..

pB siap bawak kamera tapi sayang , semasa ambil kamera tak check betul betul.
Kamera dibawa tapi sim card ditinggal di rumah.
So, nak ambil gambar pun tak dpt..
Kalau tidak, boleh lah tengok anak dara pB dok 'seng geng' tepi poster Mr Bean.

Overall, ceritanya bolehlah.
Ada beberapa adegan dipotong, tak tahu kenapa.
Mr Bean memang tak der dialog langsung...

Yang penting anak anak dara tu happy...

Esok paginya, tak kemana mana.
aBear tak der kat mana.
Ada kerja wiring di Kelana Jaya.
Tengah hari baru pulang.

Selepas asar, kami sekeluarga bersiap siap untuk ke Sg Besi.
Kali ini, nak ke Mines Wonderland.
Dapat empat tiket percuma.

Ini adalah kali ketiga pB dan aBear ke sana.
Pertama kali semasa baru lepas kawin.
Kali kedua , semasa anak cuma ada tiga orang.
Kali ketiga, iaitu Sabtu lepas , anak dah empat.

Hmm...apa yang boleh pB laporkan disini.
Kemeriahannya sudah tidak dapat dirasai.
Indah khabar dari rupa.
Dah lah tiket nyer pun mahal.
rm32 untuk dewasa.
rm21 untuk kanak kanak.

Pesan pB pada sesiapa yang nak kesana, siap siaplah bawa makanan.
Walaupun ditulis Tidak Dibenarkan Makanan Luar.
Pokoknya makanan dan minuman yang dijual di sini, mahal banget.
Air mineral botol kecik itu saja dua hinggit harganya.
Air tin Soya tiga hinggit harganya.

Berserempak dengan Shamsul Ghau Ghau.
Tapi pB bukan peminatnya, jadi tak derlah dok terhegeh hegeh minta otograf

Yang sonoknya, lepas naik train mengelilinggi kolam kecik, tiba tiba hujan lebat.
Tempias tempias bagai lagi.
pB sempat lena tu atas mini train yang tak bergerak itu.

Apa yang boleh pB perhatikan, dah tak ramai pengunjung ke Mines Wonderland.
Mungkin faktor wang yang membataskan .
Lagipun segala permainan di dalam nya tidak seberapa canggih.
Mungkin yang paling menarik ialah Kamar Sejuk itu..
Buleh beku kalau diam disana lama lama..
Dan juga MUSICAL FOUNTAIN( air pancut yang boleh menari mengikut rentak lagu)
Dan juga tv screen besar tapi screen tu dari pancutan air....


Dan satu lagi pB nak cerita kat sini..
Malam tu ada sekumpulan pelancong dari Iran...

Ingatkan kalau dari Middle East tu, oklah kan..
Tapi masyaallah kelakuan nya mengalahkan orang putih.
Skirt ketat, seluar ketat.

Rambut blonde.
Berjoget sakan di depan orang ramai.

Malu pB ..
Anak anak pB terus cakap..
"mereka tu bukan Islam..."
Tapi ada jugak kalangan yang seksi meksi tu, ada yang bersopan satun.
Dan tutup aurat rapat rapat.
Cantik banget mereka mereka itu....

Dibawah adalah gambar gambar anak dara berposing...







Afiqah di bilik beku





Ahad, Aqilah ada perarakan sempena Malidur Rasul.
Nasib baik, Aqilah sempat berarak dari padang MPSJ Puchong Indahke masjid.


Selepas itu, hujan lebat turun membasahi tanah...
Hujan rahmat , mungkin.....

Itulah cara pB dan anak anak pB serta aBear menghabiskan cuti Sabtu Ahad..
Kengkawan , bagaimana???

21 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Mt Bean tu nanti beli DVD cetak rompak kalt kompleks hijau tu jer lah..he he he..

Mines Wonderland tu tempat kerja ke dua dulu. Jaga lanskap la....sekarang lama dah tak ke situ.......

Tak berkesempatan ke masjid PP tu. Di surau PU pulak ada ceramah dari ustaz dari UKM...

:)

pB said...

BP
DVD tu mesti beli kat kedai ke*ng tu....Kedai tu jer yang nampak laris sangat..

Ooo dulu kerja Mines ... dah teruk dah landskap kat situ...

Ceramah kat masjid PP tu, lebih kepada politik la rasanyer...

Surau kat PU selalu penuh, alhamdulillah...

umeboshi said...

Ume, sabtu baru2 ni dok terbaring jek kat umah.mmg tak larat dgn mabuk2 nye. hari ahad baru rasa sihat sikit. pagi2 dah bgn p sarap kat sec.9 s.alam...then shopping kat tesco. pastu bleh masak2 utk lunch&dinner. alhamdulillah. paling best,layan vcd citer CINTA kat umah dgn ABANG dan Iman.ehehe

pB said...

UME
Tks sebab berkongsi cerita.
Letih kan, kalau pregnant , alahan nyer menjadi jadi.
Harap hari ni dan hari mendatang akan hilang alahan itu semuanya.

Seksyen 9, restoran Cili Merah ker??

Cinta... channel 21 dah mula tayang bulan ni. Kalau nak tengok , kena bayar lebih...

INDERA KENCANA said...

Saya masa tu baru balik dari Penang. Tapi Penang biasa je.

Saya sukakan kesyahduan di sepanjang jalan Dataran Transkerian sewaktu perjalanan balik ke Perak.

Sempat melawat tiga pekan yang bersebelahan antara satu sama lain. Nibong Tebal (Pulau Pinang), Bandar Baharu (Kedah) dan Parit Buntar (Perak). Jarak tiga-tiga bandar ni sepelaung je...

Melihat perarakan maulid dari Bukit jalil melalui TV je... alahai.

INDERA KENCANA said...

Alamak,
Salah orang citer pasal Penang ni...
(Baru teringat Kak pB dulu dok kat Penang. Hi hi hi)

Kenapa B dah tukar aBear, Kak?

Pa'chik said...

apo tok letok gambar oghe ire tu? nok tengok.. beghehi kalu gambar oghe ire ni.. haha...

pB said...

INDERA
Baguskan sekali sekala kita berjalan , membawa anak anak menikmati pemandangan yang lain...

Dataran Transkerian? Di mana itu?

Kak pB tinggal di Pulau Pinang cuma 4 thn lebih sahaja. Tapi mungkin kerja kak pB yang membawa kak pB menjelajah ke seluruh Pulau itu termasuk Pulau Jerjak..

B hanya panggilan yang kak pB guna semasa berSMS dengan aBear..

aBear = aBE (bunyi sama kan)

POCHIK
Se'ge lah pB nok ambik gamba demo tu...
Malu de'ge perangai demo tu..

Anonymous said...

hihi..kalo kali ke 4 gi the mines, akan bawak anak yg ke 5...hihihi..

eh, gambar anak2 jek? mak kanak2 tak amik gambar ke?

Anonymous said...

minngu lepas nak tgk mr bean tapi full house...

ntah bila nak tengok ntah...

pB said...

OREN
Insyaallah...baby BOY
(berangan tak salah kan..?)

Hik hik hik ...
Hmmmm hmmmmmmmm

JAMRI
Kena beli awal tiket, baru ok..
Bila ummi tak der kelas, boleh lah p tengok .....

pB said...
This comment has been removed by the author.
kasutVINCCI said...

teringat pengalaman naik bot kat tasik tu.;)

umeboshi said...

kak pb,kat sec.9 hari tu, kami mkn kat rest mamak darul ehsan. ABANG nak mkn maggi grg, ume lak mkn mee grg mamak, Iman lak mkn kuih masa lodeh. hehe.woh, umah ume takde astro :(

WRA said...

jjale ajo so family nih hehehehe...best, best....

pB said...

KV
Masa bila tu..??
Masa honey moon ker ??

UME
O...restoran Mamak..
Kenapa kita melayu suker makan kat restoran mamak....
termasuklah kak pB...

Pujuk lah che abang tu subscribe ASTRO ...

pB said...

KAK WEAR
Tiko jale jale,
tiko dok dumoh, se'bek dumoh...
Betu'le aBe tak dok kelah minggu lepah ....

*fizzy* said...

Salam, Kak pB...

Tok tahu laa bakpo, kalu baco blog kak pB segho suko jah..
Maybe sbb fiz buleh ghaso semangak 'keKLATEan' kak pB and semo yg leave comments setiap kali masuk sini.
=D

Sedak baco pasa gi jale²..
Fiz lamo doh tok gi mano²..
Nok kato bz, diri ni buke lah PM hok gi mari sokmo..
Tp tiap² minggu kelik kapong, kalu tok dudok sebek dumoh, mesti dok jale² skitar KB jah.

Mase pujo omo tu gi KB mall..
Sempat beli sepasang kasut di vincci.
Teringat pulok blogger bnama 'kasutvincci'..
Tah² kami ado terserempak maso dok round² KB mall tu..
Hehehehe..

Ohhh, panje nyoh..mesti puah baco..
Apa pon, take care deh...

pB said...

FIZZY
Sa'le fizzy

Yo kor??
Suko hati kak pB sebab hok baco blog ni gumbira...
Tenkiu tenkiu sebab dok maghi sokmo umoh kak pB nie...
Banyok hok merapu

Kedai kasut vincci ado ko kat KB Mall tu... Buke ko tutup doh sor keda ?

Kak KV loni dok dale umoh, alo'he kuat dok'oh.

Fizzy pun jago diri tau...
Mano tahu, kalu kak pB kelek KB , kito buleh wak gahering dengan KV..

Abe said...

menghabiskan cuti bersama keluarga baik untuk keluarga, boleh bertambah erat perhubungan antara anak-anak dan suami.

pB said...

AD
Yup yup yup..

kena jaga gak hati isteri dan anak anak, jangan dok fikir pasal nak cari duit jer...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...