13 April, 2007

MATI

Seminggu selepas raya aidiladha tahun lepas,
pB sekeluarga baru sampai dari Kelantan setelah bercuti di sana selama 10 hari.

Kelihatan sebuah khemah dihadapan rumah jiran pB yang berbangsa Melayu Mamak.
Suami bekerja sebagai pengajar di sebuah sekolah di Subang Jaya.
Isteri pula membuka sebuah tadika di kawasan perumahan Punchong Perdana.


Mempunyai anak seramai 3 orang.
Salah seorangnya sama baya dengan anak anak 'kembar' pB.

Yang bongsu , perempuan dan baru berusia 8 tahun.


Dalam fikiran aBear dan pB , mungkin khemah didirikan sempena sambutan hari raya.
Namun sangkaan itu salah sama sekali.
Rupa rupanya sisuami telah meninggal dunia secara mengejut selang beberapa hari sebelum pB pulang.


Serangan jantung, kata isterinya.
Baru berusia 43 tahun.


Yang peliknya, sebelum ini, si suami tidak pernah bersungut tentang apa apa kesakitan.
Sebaliknya, si isteri yang sering berulang alik ke hospital kerana selalu jatuh sakit.

*********************************


Beberapa bulan yang lepas , salah seorang pekerja di syarikat pB bekerja ini (namun berpejabat di Taiping), merangkap salah seorang pengajar yang mengajar pB semasa pB berkursus di Taiping 4 tahun lepas , juga telah meninggal dunia secara mengejut.

Menurut cerita teman teman di Taiping, malam sebelum beliau meninggal, beliau telah menghadiri satu makan malam.
Dan beliau sempat berseloroh, sebelum menyanyikan lagu Breory Marantika


Katanya ...


"Biasanya orang yang menyanyi lagu ni, akan mati tak lama kemudian".


Keesokkan harinya, di hadapan punch clock, sesusah dia mengetip kad kehadiran, dia mengadu sakit dada.
Bila tiba didepan muka pintu rumah, terus rebah.
Dibawa ke Hospital Taping, dan dilaporkan telah meninggal dunia.

*********************************



Pada 1hb April 2007 yang lepas ,seorang eksekutif wanita yang berpejabat di Kuala Lumpur baru berumur 37 tahun juga telah meninggal dunia kerana sakit jantung.
Seorang kawan bercerita, beliau jatuh ketika di bilik air.
Si suami terpaksa memecahkan pintu bilik air kerana pintu berkunci dari dalam.


Meninggalkan anak anak yang masih kecil kecil lagi.
Yang bongsu masih menyusu badan.

***************************


Dua tahun lepas, kawan baik aBear merangkap bizness asosiad, juga telah meninggal secara mengejut.
Semasa aBear menerima sms mengatakan ketiadaan arwah, memang aBear kata seperti dia bermimpi.
Arwah ni memang baik orangnya, jujur dalam perniagaan dan seorang kawan yang setia.


Isterinya juga bekerja satu syarikat dengan pB.
Mempunyai anak, kalau tak silap pB, seramai 4 orang.
Menurut kata isteri arwah, malamnya itu, kedengaran seperti arwah sesak nafas.

Bila dibawa ke klinik berhampiran, arwah sudah tiada lagi.


Semasa urusan memandikan jenazah dan kebumi, kesemua anak anak lelaki beliau mengambil bahagian.
Mandikan, kafankan sehingga ke liang lahat.
Kawan kawan yang pergi melawat, menitiskan air mata melihat kesungguhan anak arwah menjalankan tanggungjawab mereka walaupun mereka semuanya baru berusia 12 tahun kebawah.
Hingga ke hari ini, aBear masih menyimpan sms terakhir yang aBear terima dari arwah.

**************************


Dan dua hari lepas, pB kehilangan seorang saudara lelaki (dari keluarga Tok Ma)
Sepupu Tok Ma merangkap Bapa Pupu pB ...
Baru berumur 46 tahun , seorang wazir di Merbok, Kedah.
Kemalangan di Jawi , dalam perjalanan dari Sg Petani ke Taiping.



Seorang yang berkulit putih sepo, berwajah tenang.
pB cukup suka memerhati arwah, terutama kaki arwah.
Begitu putih dan lembut ...
Arwah juga seorang bapa dan suami yang penyayang.
Suka berjenaka dengan anak anak.
Seorang menantu yang baik .


Yang menjadi sedikit ralat adalah cara arwah meninggal.
kejadian berlaku apabila sebuah kereta waja berlanggar dengan sebuah lori.
Mengikut cerita kakak arwah, kereta waja itu cuma sedikit tercalar.
Pemandunya selamat.
Barangkali pemandu lori itu mengelak dari terus melanggar Waja, dan entah macam mana boleh 'melompat' dan jatuh di atas kereta arwah ini.
Dikatakan arwah tidak mempunyai luka luka pun di muka.
Meninggal kerana mengalami cedera parah di bahagian dalaman.



Sebulan sebelum arwah meninggal, dia pernah bermimpi (cerita isterinya).
Dia sujud di MasjidHaram, tak bangun bangun.
Dan jumaat lepas, arwah melawat kubur nenek isterinya ..
Arwah boleh berkata :-


"kubur sebelah kubur mak ni, cantik tempatnya, bersih . Kalau dia mati, kebumikan di sinilah".


Tok Ma dan Tok Ayah akan ke Merbok esok untuk melawat.
pB cuma mampu berkirim salam ..
Anak anak ada aktiviti yang perlu dihadiri di sekolah masing masing.
Manakala aBear juga ada kelas di petang Sabtu dan hari Ahad.



Kesemua cerita di atas adalah cerita kematian secara mengejut.
Sudah pasti yang ditinggal , akan mengalami trauma.
Yelah, pagi baru jumpa, tengah hari sudah tiada.

Semalam, baru tidur sekatil , hari ni sudah tiada.
Sedih tapi terpaksa dihadapi juga.
Bagi yang dewasa, mampu mengerti.
Tapi bagi anak anak kecil, sudah pasti terpinga pinga
Yang pasti rindu akan terus bersarang di hati.


AL fatihah untuk semua ...
Moga roh roh mereka ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.


Hmm...pagi pagi Jumaat dah cerita pasal kematian...
Bukan apa, untuk peringatan diri sendiri.
Mati itu pasti.
Setiap yang hidup akan mati.
Tak kan lewat walau sesaat pun.

Yang mampu dilakukan adalah berdoa.
Agar dipermudahkan ketika menghadapi sakaratul maut.

Agar mati dalam keadaan beriman kepada Allah.
Agar mati di tempat yang baik baik.
Agar yang ditinggal akan terus berdoa akan kesejahteraan kita di sana.




CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PENGAJARAN
(Untuk peringatan diri sendiri)

Selimut Putih (Lagu asal nyanyian "Orkes El Suraya" dari Medan)

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung - sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung

Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri

Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman



************


Ada gambar gambar keadaan mayat didalam keranda.
Proses proses yang berlaku sepanjang proses pereputan.

Kalau ada yang tersinggung, harap maafkan pB.
Hanya untuk peringatan diri sendiri...


Kalau ada yang rasa tak tahan, dinasihati janganlah tengok ..












24 comments:

Abe said...

Ingat mati adalah sebahagian bagi yang yang beriman, dengan ingatkan mati akan menjadikan manusia tidak lupa kepada ALLAH. keterlanjuran jadikan sejarah hitam. JANGAN ULANGI LAGI SEJARAH TERSEBUT. persahabatan perlu dikekalkan.

Zareda Norman said...

Alfatihah kepada semua yang telah pulang ke Rahmatullah. Kita yang hidup ni mesti jaga kesihatan, banyakkan amal ibadat dan sediakan bekalan pada yang tinggal.

NBK466 said...

Ish..lagu Brorey 'Slamat Tinggal' tuh ker?? Try nyanyi skali ari tuh kat karaoke...syok gak layan... Lepas baca N3 nie takut ler nak nyanyi lagi lagu nie...

pB said...

AD
Ingat mati memang mudah.
Tapi nak bersedia , tang tu yang payah tu.

Hari ni ingat..
Esok dah lupa..

Dah lah buat dosa ni lagi senang dari buat pahala..

Apa apa pun,
kalau dah buat salah, pandai pandailah bertaubat dan minta maaf dengan mereka mereka yang bersangkut paut dalam hai itu...

Minta ampun dari manusia lagi payah ...

ZAR
AL Fatihah ....

Betul kata Zar tu, kalau dah sakit, susah.
Nak solat pun payah...

NBK
A aah, lagu tu lah..

Lepas ni, jangan lagi nyanyi lagu itu...

achik said...

Alfatihah utk semua arwah...

Mmg rasa ralat skit la kalau kematian tu secara mengejut...

"If I die tonight
Will I be forgiven
For all the people I've been slackin' with when i was livin'
Those who I've hurt their hearts
Took advantage of and even lied to
Hug you one last time for forgiveness
Yea, I would like to
If I die tonight
Would you feel the loss
Tomorrow would you dial my number by accident
And then suddenly paused…. “ ( if I die tonight by Too Phat )

bak kata dr fadzilah kamsah, kena mintak maaf dan maafkan org setiap malam sebelum tido... mana la tau tak sempat... (ingatkan diri sendiri) huhuhu

Mak Su said...

terima kasih mengingatkan, cukuplah mati itu sebagai ingatan

pB said...

ACHIK
Thx for the lovely lirik..

Nak mitak maaf dengan semua..??
Susah gak tu...

Nak mitak maaf dgn aBear pun kdg kdg tunggu raya...


MAK SU
Sama sama kasih .....

Pa'chik said...

piBi, tahung ni sajo pak oghe doh wogheh hok dekak-dekak mati, kalu capur bule seblah ngan duoblah taung lepah, ne oghe doh.
soghe eksideng, hok laing mati sakik.

kakLuna said...

sebab tu kita kene cari kebahagiaan walaupun dlm keadaan tertekan, sebab kita tak tahu bila nyawa kita akan diambil..

bukan kah rugi kalau masa yang singkat ini kita habiskan dengan melayan kesedihan...

pB said...

POCHIK
Kalu mati sakik, tok gralat sa'gat.
hok jenih tibo tibo tak dok, hok tu hok payoh sikik nok trimo...

al fatihah u'tok sumo hok doh tingga khe kito..

pB said...

KAK LUNA
Betul kata KL tu..
Kalau kita rasa kita susah, org lain lagi susah..

Dlm susah susah mesti ada senang.

Hidup kenalah bermakna, kalau tidak rugi jer...

Oleh itu, kita ni jgnlah asyik kerja kerja kerja aja.
Kita kena pandai pandai bahagi masa..
Dan juga kena hargai semua orang yang ada sekeliling kita...

kan kan kan..??

Anonymous said...

owwhh..sedara kak PB yang terlibat dlm eksiden tu ek??

actually, pagi tu saya tgh bersiap2 nak pegi keja..en ayah dah ada kat luar umah..tetiba bunyi dentuman..en ayah cakap, mesti eksiden nih..

2 malam lepas, dia ada bercerita..dia lalu depan tmpt eksiden tu..tapi saya plak tak amik pot..hmm..balik nanti kena tanya details..

apapun, takziah..dan semoga roh2 mereka berada di klangan org mukmin..

INDERA KENCANA said...

Begitulah perjanjian kita dengan Allah. Tiba masanya, kita harus meninggalkan dunia ini tanpa sempat berkata sepatah pun...

pB said...

OREN
Haah...!!!

Dekat umah Oren ker??

kalau betul, maka itulah sedara kak pB..
bukan dia yang kemalangan, tapi dia yang meninggal dunia..

kak pB tak tahulah macam mana keadaan isteri dan anak anak dia masa terima berita tu..

kak pB pun tergamam kejab masa tok ma bagitau...

INDERA
Perjanjian itu tetap akan dtg..
Sama ada suka atau tidak, tetap kena hadapinya...

Mulan said...

alfatihah utk semua yg telah tiada. semoga ditempatkan bersama2 golongan yg beriman.

pb... ngeri la gambar2 mayat tu. tapi kena beringat la utk sentiasa mengerjakan ibadah kan..

pB said...

MULAN
Aminnn...

Memang ngeri kan..
Peringatan demi peringatan diberikan oleh Allah Yang Maha Kuasa

Tapi, kenapa manusia tidak pernah mahu mengambil iktibar dan berubah menjadi manusia yang beriman..

WRA said...

cerito pasal Jin tu k.we ado CD dio...anok k.we beli maso ceramoh kat BBBangi hehehe...
cerito pasa bunie pun k.we ado denga...nati-nati lah k.we cerito kat blog....

hok mati ni, kalu mari maso teringak tu gak, raso gerun jah...takut tok cukup amal...
abe k.we hok nombor 2, mati mengejut jugok...serupo nga sedaro PB tu la, accident, tapi dio accident muto...tok ddaroh lasung, tapi sakit dale...anok ado 4, maso tu kecik2 lagi belako...lloni anok2 dio nga bini dio duduk sebeloh rumoh mok...kiro rapak la nga family k.we :D

Sri Diah said...

Saya juga baru kehilangan seorang sahabat baik, Arwah Aliza Asia, penerbit kanan TV3, alfatihah untuk semuanya.

KakNi said...

PB, sebenarnya pagi2 tadi saya dah komen, tapi tak tahulah kenapa, samada problem dgn blogspot atau server tmpt kerja saya ni, komen tak bole nak publish. Blog saya sendiri pun macam PB tulis la, cuma nampak ABC aje tapi kat rumah ni ok lah pulak.

khairyn said...

salam bertandang,

al-Fatihah untuk sekalian umat Muhammad s.a.w samada yang sudah meninggal dunia ataupun masih berkelana di muka bumi ini. Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita sekalian.

Mohon doakan saya juga ye :)
Doa berjaya lulus periksa. ;)

Ummi said...

salam,

hidup itu InsyaAlah, mati itu pasti. insaf ummi sekejap bila baca entry pb ni.

Al fatihah untuk semua yang telah meninggal dunia. semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Allah. Amin.

zino said...

al fatihah..

memang elok kita mengingati mati .. ia boleh mengelakkan kita dari alpa dari tanggungjawab..

*fizzy* said...

AL FATIHAH...

Pagi² baca entry ni menginsafkan diri.
Tahun lepas fiz pun ramai jgk org yg close meninggal.
Sepupu yg baru berumur 28thn meninggal dlm tidur.
Mase tu 1 hari sblm Makcik+Pakcik bertolak ke Tanah Suci.
Niat Abah+Ma ke Tampin nk jumpa adik dia sblm ke Mekah, tp dpt pulak berita anak saudara meninggal.

Beberapa bulan sblm tu, anak murid fiz accident.
Meninggal kat tempat kejadian, kena langgar ngn motor mase nk melintas gi umah nenek dia.
Masa tu raya ketiga rasanya.
Arwah sepatutnya darjah 4 thn ni..

Sama-sama kita mengingat kan diri agar tak alpa dari tanggung jawab.
Amin..

Sastri said...

bila sudah tiba masanya, tiada siapa pun dapat mengelak... seram gak nengok gambar2 tu...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...