26 April, 2007

SUAMI @ IBUBAPA

Cuti cuti gini memang sedap berselimut.
Pagi ni acara tidur hingga pukul 10 pagi.
Keh keh keh ....

Ingatkan bila cuti begini, aBear ada dirumah.
Hampeh ....
Ada kawan sekelas minta tolong pasangkan lampu dan kipas kat Taman Alam Megah.
Ngeh ngeh jangan rumah McBudu udahlah nyer ....

Hmm...
Kadang kadang bila bercuti dan berkumpul ramai ramai, tidak menjanjikan kedamaian.
Macam macam boleh berlaku dengan sekelip masa.
Terlajak perahu , boleh diundur.
Terlajak kata, parah jadinya.

Langsung tak berkomnikasi, lagi sakit pedihnya.

Tersepit diantara suami dan ibu, lagi dalam lukanya.
Yang tahu dan pernah melaluinya, hanya akan faham keresahan hati .

Pernah dulu pB luahkan apa yang terbuku.
Namun, ketenangan yang diperolehi hanya seperti embun diwaktu pagi.
Begitu cepat ia berlalu dimamah cahaya mentari.

Pagi ini, kisah itu berulang lagi.
Berpunca dari sebuah tibi dan arial yang terpacak di bumbung rumah.
Kesibukan aBear membuatkan masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.
Tok Ma bersungut dengan memberi alasan yang aBear tidak menyukai dia tinggal di rumah ini.
Bermula dari kisah arial hinggalah kepada kisah kisah dulu diungkit kembali.

pB terpaksa tebalkan cuping telinga, walau di dalam hati setiap saat , hati terasa begitu mengembang...
Merasakan setiap titik darah berkumpul dan terus berkumpul, hanya menunggu masa untuk pecah..

Bagaimana harus pB lakukan?
Apakah yang harus pB katakan?

Di kanan suami yang perlu dipatuhi.
Di kiri ibu yang telah berkorban utk kebahagian anak dan cucu.

Berkumpul dan meluahkan segala yang terpendam.
Adakah itu cara yang baik dan munasabah??
Dikhuatiri masalah akan bertambah menimbun..
Risau, nanti ibu keluar dari rumah dengan air mata ....

Air mata sedang mengalir, ketika ini.
Namun, tiada siapa yang tahu.
Dan tiada siapa yang mengerti.....

37 comments:

kakLuna said...

yang pertama2..org tua jd begitu sebab sunyi...dia takde mende nak dipikir, sbb tu bnda sekecik2 pun jd big matter kat dia.

eloknya, pekakkan aje telinga walaupun dh beribu kali,niat kita utk mengelak perselisihan lebih besar,kan.InsyAllah, perkara ni sekejap je..mcm angin lalu.

kedua, kalau tak leh komunikasi secara lgsg, buat secara x lgsg, guna anak2...puji mak depan anak2, ajar anak2 selalu peluk, sayang mak kita tu. secara x lgsg, mak akan rasa keturunan2 dia smua menyayangi dia. orang tua2 ni mcm budak2..dorang nak bermanja2, bila ada je bnda yg dorang rasa 'mengancam' kehendak dorang nk bermanja2 tu, dorang mula la 'cari pasal'..bnda ni dorang x sengaja, itulah proses yg kita akan hadapi bila kita dh tua.

benda ni akan berulang2 kembali bila kita dh tua nanti, jd kalau kita tak mau rasa seperti itu, kita lah yg perlu mengubahnya mulai skrg.

Anonymous said...

Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya begitulah ungkapan yang sering kita dengar dan memang benar. Walau bagaimana pedih dan tergurisnya hati ini namun tidak tergamak untuk melukakan hati insan bernama ibu, "akan ku telan jua hempedu yang pahitnya sudah terasa yang belumpun lagi ku telan". Pada mu ya Allah swt kau kuatkan IMAN ku, kau kuatkan SEMANGAT ku, kau hindari diri ini dari hasutan dan bisikkan SYAITAN yang cuba merosakan keluarga ini. Sahabatmu itik putih akan mendoakan kebahagiaan PB sekeluarga, insyaallah...amin.

McBudu said...

pB, syapun mengalami delima yg sama. MIL tinggal dgn saya, banyak perkara yg dia ingin 'terapkan' dalam hidup saya. Kekadang sebagai manusia memang tersinggung, tetapi saya sering letakkan diri saya di pihaknya. Cuba berfikir seperti dia berfikir. Memang sukar, tapi jika kita bersungguh dan ikhlas, segala kekeruhan dapat di jernihkan.

Lelaki, sebagai ketua keluarga mestilah pandai mentadbir, jangan suka merajuk dan jangan cepat ambil hati, jangan melatah dan yang paling penting buka hati dan terima mertua sebagai ibu/bapa sendiri. Sebagai anak, saya memang faham sangat perasaan pb, tersepit antara dua kasih. pB JANGAN sekali-kali cuba memilih antara satu, tapi pilihkah kedua-duanya. InsyaAllah perasaan kasih dan sayang kepada keduanya akan memperkukuhkan ikatan kekeluargaan. Kunci kepada segalanya adalah kesabaran pada tahap yang lebih tinggi dan menerima diri orang lain seadanya....

Ujian hidup datang dalam berbagai bentuk, itu tandanya Allah masih ambil peduli kepada kita...Syukur...

P.s. Abeymu tak pase lampu umoh kawe, umoh oraghe lain, ko umoh gawe mano... he, he...sori, boleh ke....

Pa'chik said...

mok sda'gho kalu oghe bangung lewak ke.. nati dio kato "tok chab'buk lagi ko??"

pB said...

KAK LUNA
Memang orang tua ni sensitif nyer lebih.

Tapi masalah yang pB hadapi ini adalah berpunca dari aBear..

thx 4 d nasi had ...

ITIK PUTIH
Kdg kdg boleh telan, telan aja.
Yg tak best, kalau dah terlalu ditelan, rasa lemas lah pulak..

Apa apa pun, terima kasih kerana sudi membaca luahan rasa pB...

MC
Wah...ingat ker pB sorang jer yang ada masalah gini...

aBear terlalu pendiam, hinggakan ianya membawa masalah ....

POCHIK
Kenapa pencuri kena tangkap?
Kenapa ubi jadi kayu?
Kenapa wanita mengandung?

Sebab lambat cha'buk ...

*fizzy* said...

Semoga kak pB tabah menghadapi dugaan.
Tiada experience yg mampu dikongsi melainkan harapan agar semuanya akan selesai tanpa menyakitkan mana² pihak.
Sabar kak pB deh..

Mak Su said...

x per ler, layan ajer ler kerenah orang tua kita tu... dia nak curi perhatian kita agaknyer. dengarkan aje and layan je percakapan dia tu...

NBK466 said...

Complicated jugak konflik ini... Kalau masalah arial/siaran pasang ASTRO jerk tapi siap ler bayo bil tetiap bulan tapi tak payah nak pening pasal siaran tak dapat...

Ordinary Superhero said...

koho koho lah slow talk denga cik abear tu. InshAllah ok.

zino said...

zino sangat faham..apa yg berlaku di seberang sana.. sebab zino pun sedang mengalami nya sekarang ni.. hehe..

tapi zino pilih utk berdiam diri saja.. suka tak suka zino terima se ada nya..

itu je nak komen..tak boleh cakap lebih.. hehe

pB said...

FIZZY
Thanx Fizz..
Dok tengok sabar lah ni, kalau ikut hati, raso nyor lamo doh kak pB la'ghi.

MAK SU
Kalau setakat layan, tak de masalah.
Tapi ini melibatkan suami sendiri.
Tu yang susah hati tu...

NBK
Tibi dan arial tu cuma pencetus pada api yang dah lama terpendam...

Astro memang dah ada, tapi kat ruang tamu lah....

Dalam bilik Tok Ma, siaran siaran biasa.

OSH
Tok tahu nok royak gapo doh ko dio..

BRO Z
Tak nampak macam Bro ada masalah ni pun.
Sekarang masalahnya, Ma pB rasa aBear tak suker dia dok umah tu...

Tu yg buat pB pening....

INDERA KENCANA said...

Tak pe Kak pB, saya mengerti...
Dalam hal ni, Kak pB jangan buat apa-apa. Kak pB dok diam-diam je dengar Tok Ma cakap. Tok Ma tu cuma nak luahkan perasaan dia je. Lepas perasaannya, hilanglah marah dia. Tapi, kalau Kak pB cakap pada Abe, bahaya!!. Takut Abe mengamuk. Kalau dia tak luahkan pun, dia simpan dalam. Sangat bahaya!!. So, jangan rumitkan keadaan. Buat tak tahu je. Lama-lama nanti hilang la. Ibarat puting beliung yang duduk dalam cangkir cawan. Setakat dalam cawan je lah. Kalau Kak pB bawak keluar dari cawan tu, boleh musnah dapur dan rumah. Itulah perbandingannya. Saya bercakap dari sudut pandangan seorang lelaki. Kerana saya dan Abe satu spesis (Hi hi hi).

Kak Teapot said...

salam pb!

selalu gak datang sini tapi jarang bagi komen sebab kadang2 lagi suke baca dari bagi komen.

paham bebenor apa pb rasa saat ini. bak kata pepatah melayu - diluah mati bapak ditelan mati anak. sabor ajelah. pilih utk berdiam diri. orang tua ni biasalah...ada kerenah sket macam budak kecik. cuma tak tahulah kut boleh tahan atau tidak. org laki ni pulak ego..kenkandang egonye tak leh ditegur sket ngan mak atau pak mentua.

tapi ada satu advice mak mentua saya bagitau yg pada saya sangat dalam maknanya..

katanya..kita ni kalo duduk menumpang kat rumah orang kena lah buat cara menumpang. kita tak leh ikut stail kita kat rumah orang macam tu jugak kalo orang duduk menumpang kat rumah kita. kita bagi yg terbaik utk orang tu tapi tak semua kehendak orang kita boleh turutkan so pandai2lah bawak diri memasing...

wassalam!

achik said...

susah gak ek jadi camni.. semoga kak PB tabah.. :)

pB said...

INDERA
Dah bertahun , Indera.
Tak pernah hilang.
Walau pun berangin, namun tetap terasa .....

HONEY MJ
Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen kali ini...

pB akan ingat pesan mak mertua MJ itu...

ACHIK
Susah bila dikenang kenang.

Insyaallah, selagi ada kesabaran, kak pB akan bertahan ...

debikdebuk said...

Aduuu...tak bestnyer kalau kena masalah macam ni...

apa2 pun bersabarlahhh...


(perlukan bantuan Atromen?...Call: 0159999999)

Anonymous said...

bila baca komen2 di atas, majoriti lebih suka pb diamkan aje dan byk bersabar...ada hikmah utk pb yg dah byk bersabar. cm doakan hati pb tenang walau diluar bergelora, cm harap wpun pb dah byk memendam rasa kekuatan dalaman pb bertambah kukuh....masih ingat sunyuman manis pb dan abear pb di RP dulu.

Anonymous said...

huhuhu..walaupun coti, saya rasa hari cuti la yg paling memenatkan saya..mana taknya, seawal jam 7 hat kecik dah bnagun..layan dia main..kul 8, baru dia nak tido..enjut buai dekat 15 minit, then, baru nak lelap sama, hat kakak plak bangun..kalo sambung tido, kakak mengamuk sbb dia kata kita tak layan dia..huhuhu...baik la hari keja, ada gak rehat time lunch nak lelapkan mata...

pasai tersepit nih, saya dah besa rasa..walaupun tak kritikal, tapi mmg ada masanya rasa bersalah betui..apapun, sabaq sajalah noo..

Anonymous said...

kak OO cuma buleh offer banyaklah bersabar dan berdoa pada Allah, mintak Allah bagi petunjuk camanar nak settle masalah sebaik mungkin.

umeboshi said...

kak pb.ume tak dpt bayangkan kalo berada dlm kedaan t'sepit camtu. tapi, ume sgt2 harap dan doakan agar kak pb tabah utk hadapi apa2 pun jua masalah. ini adalah ujian dari ALLAH jua. ALLAH takkan uji hambaNya dgn ujian2 yg kita tak leh mampu nak lalui. insya-ALLAH bleh settle selagi ada usaha,doa+tawakkal.

Mrs.A said...

Kak pb,
Sabarlah ye Kak... Saya kat sini akan sentiasa mendoakan akak akan lebih tabah...

aNIe said...

PB...itulah yang pernah hubby kak lady alami...dia memilih untuk berdiam diri...di sini mak...di sana isteri...kalau bersuara nanti ade yang berkecil hati...jadi diamkan aje...lama2 orang tua2 biasalah....dia akan senyap akhirnya....

Moga Pb tabah menghadapi segalanya...

KakNi said...

PB, InsyaAllah ini adalah kesusahan dunia yang besar ganjarannya di akhirat kelak.

hakim dirani said...

Saya tak ada apa cadangan.

Cuma saya hanya harap anda bersabar atas ujian ini. biasanya Allah uji kita untuk memberi kita lebih banyak ganjaran.

maklang said...
This comment has been removed by a blog administrator.
pB said...

D.D
Memang tersangatlah tak beshnyer..

Kak pB dah call, naper tak jawab...

Sibuk jawab soalan peksa yer...

CM
Thx CM...

Hai..tak kan ingat pasal senyuman sahaja...

pB miss CM lah ..

pB said...

OREN
Allah nak uji kita dengan macam macam cara...
Kewangan, ibubapa , suami , keluarga mertua , pekerjaan , rakan rakan kerja , kesihatan dan lain lain lagi...

Yang pastinya kita sebagai hambaNya kena banyak banyak sabar ..

KAK OO
Itulah yang sebaik baiknya..

Kalau dah susah susah sangat, pB tepon kak OO... boleh kan?

UME
Imsyaallah, satu hari nanti akan selesai masalah ini.. buat masa ini, semua pihak kenalah bersabar dan telan apa sahaja ...

MINIE
Thx Minie..

Kak pB betul betul hargai segala doa doa dari kawan kawan sekalian

KAK LADY
Namopaknya pB kenalah ikut jejak langkah suami kak Lady. Diamkan diri dulu...

Terima kasih kak..

AHNI
Itulah yg sebaik baiknya...
Insyaallah segala ini akan berakhir dengan keuntungan disemua pihak..

HAKIM
Hakim sudi membaca pun sudah cukup buat akak ...

Jaga diri elok elok di negara orang tu..

MAK LANG
aBear dah tengok kan apa masalahnyer semalam. TV tu yang bermasalah.
Sebenarnya pB lebih makan hati dengan perangai aBear

Pa'chik said...

oghe tuo piBI, mudoh ngak traso ati.. payoh jugok dih... ingak nok keno cari anok yating.. sene.. hehe..

Kaklong Syikin said...

salam,

sian kat akak. mmg serba salah dibuatnya. sabarlah ya. kalau mak akak bising2 tu, tadah ajelah telinga. orang tua lebih sensitif. mmg kena sabar.

tang suami tu, mmg kena patuh pada dia lebih drp mak kita.

carilah kekuatan utk slow talk ngan suami akak ttg masalah ni.atau susah sangat, tulis surat bagi kat abe akak tu, luahkan apa yg terbuku di hati akak tu ngan sejujurnya tp kena guna ayat yg lembut2 bukan keras.

paling penting, hari2 berdoa ngan Allah minta abe ngan mak akak boleh betul2 berbaik sesama mrk, mesra menantu -mak mertua. selagi nafas masih ada, selagi itulah berdoa.bila ALlah nak makbulkan? Hanya Dia yg mengetahuinya, tugas kita berdoa dan berusaha utk mrk berbaik spt yg diharapkan.

p.s.Tq sms saya. saya harap akak dpt reply saya ari tu :D

Anonymous said...

nok tepon kak OO tak dork masalah..selekey lah bilo-bilo pong..

Sastri said...

hmm... susah juga ya... harap2 kak pB dapat menangani sebijak yg mungkin...

*fizzy* said...

salam kak pB..
Kenapa diam membisu tanpa n3?
"Daku merindui mu.. ting tong!"
(iklan bedak zaman dulu²..)

Helena said...

pb, Helena paham sangat2.... Take care ye, jangan pendamkan perasaan tu sangat.....

blackpurple @ jowopinter said...

Hari ini dah 2 mei, segala-galanya mungkin dah ok kan... :)

Mulan said...

sabar pb... ada la hikmah nya tu..

Anonymous said...

pb kecik hati dgn abear tu tanda saye...kalau tok saye wak tok tahu jah... bagi cm kecik hati dgn hubby tu normal...kalau takdok raso kecik hati be'ghak tu.. he..he.. masih terbayang senyum manismu.

pB said...

PO'CHIK
Nok lagi se'ne carik hok yating piatu , lasung tak dok sdaro maro

Nok kelik ra'yo pun se'ne , tok baloh

KAK LONG
Memang lah serba salah.
Tapi kak pB sedih bila kdg kdg kak pB rasa mcm aBear tak hormat ibu dan ayah kak pB...

Kang geram geram kan, kak pB buat jugak kat mak mertua...

Ngeh ngeh...

KAK OO
Se'ge la pulok ser'gho

SAS
Rasanya semuanya akan ok kalau mak dan ayah tinggal berasingan...
Tapi tak per lah , may be one day , everything will be ok

FIZZY
Salam
Salam...

Gigi dah ok ker??

HALENA
Ada pengalaman yang sama ker??
Ceritalah sikit

AD
???????

BP
Biasalah bP..
Ada hari ok..
Ada hari ko ....

MULAN
Sabar separuh dari iman.
Dua kali sabar , penuhlah iman

CM
Sa'ye..???
Hmmmm...!!!

Cam ner ayoh, ok doh kor??
Kalu se'ne call lah pB ..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...