Spoil tul la
TV3 rancangannya tergandala.
So petang ni tak der lah cerita Amarte Asi itu ...
Dah lah, sambungan hari ini memang sepatutnya best siut.
Tengah hari tadi pB 'leloh' sangat sangat.
Bukan kena asma .
Tapi 'leloh' letih, penat.
Cheriter nyer gini...
Semalam, sepupu aBear merangkap best fren Tok Ma dtg ghu'moh.
pB gelarkan dia Anti N.
Anti N ni pesara kerajaan dan sekarang dok bergiat aktif kat Public Mutual ni.
Diajaknyer Tok Ma , melabur.
Maka, pagi ni, pergilah mereka berempat (Tok Ma, Anti N, Angkel N dan Nurin) ke Bandar Puchong.
Mencari Affin Bank.
Kenapa cari Affin Bank?
Sebab Tok Ma simpan duit dia kat situ , lah.
Pusing punya pusing, asyik dok makan buah langsat aja.
Bank entah kemana, minyak nak habis setangki.
So, pB pun suruh mereka ni datang ke Shah Alam.
Dalam pukul 12 tengahari, mereka pun sampailah kawasan Shah Alam nie.
pB suruh mereka tunggu pB kat Seksyen 20 hadapan Selangor Medical Centre.
Maka, berjujuk lah dua buah kereta merentas Shah Alam , menuju ke Seksyen 14.
Kat situ memang la ada Bangunan Affin Bank.
Masuk masuk, Pak Gad kata, kat sini dah tak der kaunter untuk urusan keluar masuk duit.
Perlu ke Kompleks PKNS.
Bergegaslah ke PKNS.
Disebabkan pB dah frust dengan Affin Bank ni, pB suruh Tok Ma tutup akaun.
Keluarkan semua duit Tok Ma ...
70% dari duit simpanan tu , Tok Ma nak melabur ke Public Mutual.
Yang selebihnya , Tok Ma nak simpan dalam ASB.
Yang kelakor nyer, Tok Ma ni jenis penakut.
Takut sungguh dia nak bawak duit cash banyak banyak dalam beg tangan.
Disuruhnyer pB cari bank yang sediakan kaunter ASB.
Ironiknya, tak der satu bank pun yang ada kat PKNS tu ada sediakan perkhidmatan ASB.
Berpeluh dah pB , bertapak dari satu bank ke satu bank.
Oklah, selesai urusan di Affin Bank, teringatlah pulak anak anak yang nak balik sekolah.
Belikan mereka mee hoon sup dan mee sup.
Keluar dari PKNS terus ke Seksyen 15 pula.
Sebab Public Bank ada kat situ.
Tinggalkan mereka kat situ, pB bergegas ke Seksyen 19.
Arifah dok menalifon sampai tiga kali.
Nak balik, tak mau sekolah petang.
Malas lah tu ....
Selesai isi borang di pejabat sekolah, panjat anak tangga hingga ke tingkat 3.
Mencari Arifah , jumpa guru kelas, dapatkan tandatangan guru kelas.
Turun ke tingkat bawah, perlu ke pejabat semula untuk pulangkan borang.
Dari Seksyen 19 , kena pulak ke Seksyen 15 .
Tempat Tok Ma berurusan dengan Public Bank.
Berikan keterangan kepada Anti N how to go back to Puchong.
Dari Seksyen 15 , harus ke Seksyen 16 pula.
Kat situ ada pejabat pos.
Boleh selesaikan urusan masukan baki duit Tok Ma ke ASB.
Dan juga urusan mengepos resit asal pembayaran Sg Klah tempoh hari.
Ringkasan :
(MULA) Seksyen 18 -> Seksyen 20 -> Seksyen 14 -> Seksyen 10 -> Seksyen 15 -> Seksyen 19 -> Seksyen 15 -> Seksyen 16 -> Seksyen 18(TAMAT)
Kehulu hilir pB hari ini.
Baca , macam dekat jer kan?
Seksyen 15 , Seksyen 16 macam sebelah sebelah jer...
Cuba mai sini, dah cari sendiri Seksyen 15, Seksyen 14 , Seksyen 12 ...
Mesti makan buah langsat la jugak ......
Apa apa pun, syukur sangat sebab urusan Tok Ma selesai.
Bila masa lagi nak berbakti pada Tok Ma kan..??
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
23 May, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
26 comments:
Hahahahahaha...
Ni yang orang Utara kata
Pi Mai Pi Mai
Tang tu gak..
SALAM BUAT KAKPB..
RASANYA IRFA YG PERTAMA KOMEN KOT.
MMG LELOH PUN BACA CARTA PERJALANAN KAKPB SEHARIAN TU..
BERBAKTILAH SEMENTARA MRK MASIH ADA.TP ADA GAK YG SANGGUP LETAK MAK BAPAK KAT UMAH ORG TUA..TAK PAHAM BETUL ANAK APA MCM TU..
LA..JD YG KEDUA PULAK.MESTI ADA YG DAH PUBLISH KOEMN MASA TGH TAIP TADI..TAKPELAH LAIN KALI CUBA LAGI
huh.. afing gak.. meme tok suko lasung... serbih supo ker'ro... haha..
kompiuter oflaing pah cer'roh... kalu nok blawe atah pade rato nga benk lain, raso tutok lamo doh mnate benk bodo tu...
sori piBI, bahaso hudoh sikit... dok puah ati etek ngan benk ni... dulu sokmo ado masaaloh etek nga benk nih.
INDERA
Yalah kan, pusing pusing Shah Alam jugak .....
Tak leh keluaq border sikit ...
Bukan tak mau, tapi takut
IRFA
No duo pun tak po.
Tks sebab sokmo dok masuk tengok isi ghu'moh kak pB nie
Kadae kadae , kito orghe mudo ni, tok leh tehae saba dengae praga orghe tuo...tu jah.
Demo ni, makin tuo makin sensitif...
Harap harap semuo saing saing kito hak dale ni , tidok la jadi anok hok tidok panda balah jaso mok n ayoh ...
hi PB,
thanks atas doa yg diberikan atas kunjungan yg lalu .. harap2 lepas nieh bleh ziarah menziarahi lagi ye .. keep on visiting ... tqvm again ...
SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN SELAGI ITULAH KITA HARUS BERBAKTI KEPADA NUSA DAN BANGSA OOPPS...
BUKAN SEBENORRRNYA UNTUK IBONDA YANG TERCINTA " TOK MA & TOK AYAH "
Macam le tour de la Shah Alam la pulak.
Hhehhehehhe...
keskeskes.... sas pun dah berapa kali p Shah Alam rumah kawan, masih gak tak reti nak carik alternatif jalan, guna gak jalan yg sas tau jer sbb taknak sesat... :D
Dekat PKNS kan ke ada BSN, ASB tak boleh buat kat situ ke?
ooo..kakjie tau....dulu mmg dok shah alam..zaman2 taman sri muda hutan belukar lagi..bas pun takmau masuk....adeihlah..... nek bas mini kat komplek...erk... penat ke? ape nk penat..g bank kan..org byk duet je g bank...huhuhu.........dan org byk utang ....mcm kakjie! P bank nk bayar utang ajork....!
oooppp...pB....kakjie lagi tuo ( erk..slow ckp..sambil bisik nie )
Please, it puts fhoto of Madeleine in your Bloggue
Missing Madeleine!
Madeleine, MeCann was abduted from Praia da Luz, Portugal on 03/03/07.
If you have any information, please contact Crimestoppers on
0800 555 111
Please Help
La... ajarlah Tok Ma tu internet banking...jangan ajar memblog dah lah, nanti berebut lak PC kat umah tu...:-)
YATIE
Terima kasih kerana buat kunjungan balas.
Org kata berkawan biarlah ramai. Walaupun di alam cyber ini....
SINGA UTARA
pB sokong apa yang Singa tulis itu...
NERD
Me'me pung.
Nasib baik naik kreto, kalu gha'teh basekal, boleh pe'sae kak pB. Gerenti turun limo kilo smalae.
Orghe kapong ape khaba??
SASTRI
Tak per, Sas.
Lepas ni kalau Sas ke sini, kak pB boleh jadi tour guide Sas...
AHNI
Tahu BSN ada kat situ.
Tapi tak tahu pulak BSN , wakil ASB ....
KAK JIE
Sri Muda skrg dah pesat membangun. Dah tak banjir dah. Tak macam dulu. Hujan sikit, terus air naik.
Tok Ma yang ada duit. pB pun macam Kak Jie gak, p bank , bayar utang ...hi hi hi
Kita seruperrrrrr
DAVID
Ada saper saper faham ker apa si dia ni tulih nie??
Mc B
Tok Ma hand phone pun tak berapa nak pas lagi guna inikan pula internet...
Cucu dia lagi pandai ....
PO'CHIK
Tak po...
Po'chik nok lepah perasae. pB tak kisah asal hati Pochik senae...
Pah tu, loni Pochik guna bank mano pulok? Bank Rghima Ngaum ko?
yer..yer..saya yg jadik tukang baca nih pun dah lelah sama...
OREN
Dah agak dah..
Mesti Oren penat bila baca n3 ni.
sabar pb, ke sana ke sini.. tapi tak per, untuk Tok Ma juger
MAK SU
Tu lar Mak Su.
Bila fikir sebab untuk Tok Ma, pB turutkan sahaja ....
Walaupun terpaksa ponteng kerja
Kak pB..
Fizzy meme surrender laa kalu gi Shah Alam..
Tok ajeng ingak jale situ...
Naseb baik roundabout banyok, kalu sesak dok maing keliling situ laa..
hehehehe..
Saya 'berkabung' deh hari ni..
Liverpool kaloh. hihihihihi..
FIZZY
Me'me shah alae ni bandarayo round da bot. Pusing pusing supo gha'sing
Bakpo ka'bong..??
Livepu kaloh??
Tok se'ko la cikgi sorghe ni minak bola gitu mo lalu.
Buleh la saing dengae Po'chik tuuuu
salam,
*angkat 2 tangan* saya yang baca aje ni pun lelah gak kak..inikan akak yg alami sendiri. tak pe, besar pahala bantu mama akak tu :D.
InsyaAllah, anak2 akak pula akan buat perkara yg sama utk akak bila mrk dah besar nanti. amin..
IKIN
Salam
Kdg kdg masa buat tu,macam tak ikhlas jer.
Tapi bila dok diam diam, fikir balik, apa yg kita buat sekarang ni memang tak dapat balas semua jasa mereka ....
bank affin tu mmg masalah tul.. kalau gi slalu je system down.. pastu suka2 je ubah branch.. leceh tul.. huhu
yer la kak, selagi dia ada, boleh lah kita berbakti. Bila dah takde nanti hanya kenangan yg tersemat diingatan.;) Sapa tak syg mak, kan. Leloh skt pun kena cool. Hehehe
ACHIK
Kak pB tak pernah jadi pelanggan Affin bank.
Kalau betul leceh, baik terus jangan berurusan dengan mereka lagi
KV
Betul itu.
Nanti bila mereka tak der, baru nak berbakti , mana boleh kan ...
Post a Comment