07 May, 2007

PANJANG LAGI ENTRY INI

PERINGATAN : ENTRY NI PANJANG

Dah hari Isnin hari ni.
Rasa rasanya baru jer nak mula cuti Sabtu lepas tu , ini dah nak kena masuk kerja semula.
Isnin Isnin gini, biasanya sibuk sikit.
Banyak report kerosakan yang akan masuk.
Dan kdg kdg tak berapa nak cukup staff , sebab ada yang bercuti.
Urgent leave lah.
Cuti sakit lah ...

Tengah hari ni, ingat nak keluar awal sikit.
Ciss, kata banyak kerja.
Hi hi , kerja boleh diabaikan buat sementara waktu.
Ingat ingat tu nak merendek ke Sekyen 7 , nak cuba makan kat Restoran yang McB syorkan itu.
Kalau ada reseki pB, maka akan sampai lah pB kesana tengahari ini.
Hmm...ajak Ahni best jugak nie.

Sekarang ni, cuti dua hari macam cuti separuh hari jer , rasanya.
Tup tup dah malam.
Tup tup dah nak tidor.
Tup tup dah nak kena gosok baju sekolah anak.

Sabtu lepas, mcm yang telah diwarwarkan pada entry hari jumaat tu, memang pB bawak tok ma ke The Mines tu, untuk buat ujian tahap ketahanan tulang.
Alhamdulillah, bone density tok ma berada dalam keadaan yang memuaskan.
Tapi doktor pesan gak, kalau boleh dalam umur umur senja ni, janganlah jatuh.
Kalau dah jatuh, tulang tu senang patah.
Tok Ma ini, kalau bab bab makan ubat atau vitamin , memang senang.
Makan jamu yang pahit pahit pun tak per.

Buat masa ini, Tok Ma dok minum susu Anleen Gold sekali sehari.
Dan juga buat axercize berjalan keliling taman tu tiga kali seminggu.

pB .... jangan haraplah .
Malas, lagi seronok dok mengadap tibi.
Memang nak kena tukar attitude nie...

Balik dari Sri Kembangan tu, tak singgah mana mana.
Sebab Tok Ma ada kelas mengaji Quran kat masjid pukul 230 petang.
Masak simple jer tengahari tu , sebab nak cepat.
Rebus macroni, dan makan dengan sup ayam.
Cepat dan mudah.

Lepas tu pB membuta , mula jam 4 petang , hingga 6 petang.
Sedap layan mata , petang petang sabtu.

Ini nak cerita hari ahad punya story mory.

Dah lama tak bawa tok ma shopping mopping.
pB kalau tak ke Shah Alam , memang tak sah.
Padahal, tak berani nak shopping kat Kay El.
Takut sesat.....

Dalam kereta, ladies only.
Ke Alam Central. Nagoya ada sales. The Store pun ada sales.
pB belikan anak dara sulong pB tu seluar jeans TUFF.
Dapat 70% diskaun. Dari harga 70 ringgit dapat 17 ringgit.
Beli saiz besar sikit, at least bila raya dah tak perlu beli seluar jeans lagi.
Lepas tu , kami ke Nagoya.
Jenuh mencari kain untuk dibuat baju kurung.
Masing masing dah ada taste sendiri.
Nak kaler kuning, tak nak merah.
Nak yang tanah hitam, tak nak yang putih.
Dekat dua jam jugaklah pB dok kat situ.
Akhirnya dapat lah sepasang sorang untuk anak dara mengikut citarasa masing masing.
pB punya, senang beli yang dah siap jahit.

Keluar dari Nagoya, Tok Ma nak cari brooch pulak.
Melangut lagi kat situ.
Then turun ke Ground Floor. Kalau yang biasa merendek kat situ, mesti tahu sekarang kat temgah tengah tu ada stall jual buah buahan.
Terpikat dengan buah mangga yang dijual dengan harga 3 kilo sepuluh ringgit.
Kalau kat Rantau Panjang, satu jok tu baru 30 hinggit.

Perut dah lapar, so masing masing bergegas nak ke Ani Sup kat Lower Ground.
pB berderet tiga orang (pb , arifah dan nurin).
Aqilah seiring dengan Afiqah.
Tok Ma dibelakang sekali.

Entah macam mana , bila pB pusing belakang, pB tengok Aqilah dan Afiqah tengah dok patah balik.
Berhenti kejab, sambil jenguk jenguk mereka bertiga.
Dah tak sedap hati, pB pun patah balik semula.
Mungkin Tok Ma berhenti membeli sesuatu yang dia berkenan.

Cari punya cari, tak der.
Mata melilau mencari.
Hati dah mula berdebar debar.
Risau sungguh. Bimbang , takut Aqilah dan Afiqah tu berpecah dari Tok Ma.
Kalau mereka bertiga, tak per lagi. At least ada orang tua bersama mereka.

Last last, pB ke tempat bertanya.
Ingat nak minta security tu buat pengumuman.
Tapi sayang, kat Alam Central ni, mereka ada TAK DER mikrofon.
Kalau buat pengumuman, mesti orang ramai gelak..

"Saper saper yang kehilangan ibu (untuk aqilah dan afiqah) dan anak (untuk Tok Ma) , sila ke tempat pertanyaan".

Last last, pB tinggal anak pB yang berdua tu dibawah jagaan security tu, dan pB turun ke tempat letak kereta, tandas dan juga Restoran Ani Sup tu.
Tak der pun mereka bertiga.
Hati bertambah bimbang.
Takut nak call aBear. Mesti kena marah.

pB ketempat bertanya tu semula.
Tunggu dalam lima minit lagi, pB dapat panggilan telefon.
Lega bila mendengar suara Tok Ma.

Rupa rupanya, masa Tok Ma nak masuk semula ke The Store tu, Tok Ma kena tahan.
Pengawal yang jaga pintu tu tahan.
Suruh Tok Ma simpan barang yang dibeli tu kedalam locker.
Bila Tok Ma dan anak anak dara tu ke Restoran, pB masa tu mungkin dah berada di luar The Store.
Bila berjumpa semula dengan mereka, pB boleh tengok air muka masing masing dah pucat.
Nurin pun dah pucat walaupun dia berada dengan pB.

Terus naik tingkat lima, solat zohor.
Perut yang lapar, dah tidak diendahkan lagi.
Selesai solat, terus keluar dari Alam Central dan makan di Seksyen 13.
Memang pengalaman sungguh.
Hilang mak dan hilang anak sekali gus.
Kalau setengah jam tak jumpa, memang sah pB menangis kat situ.

Satu lagi hal yang buat pB bengang ialah buah mangga yang pB beli tu.

Separuh dari buah tu tak elok.
Jahat betul cina tu...
Masa dia bagi cuba, semuanya elok.
Tapi masa dia masukkan dalam palstik tu, dia pilih buah yang tak elok.
Dua biji , tak leh makan. Buang aja.

pB tak pilih sendiri buah mangga tu sebab dok eklam kabut dengan karenah anak anak.

Nasihat pB pada sesiapa yang nak beli buah buahan kat kedai itu, berhati hatilah.
Pilih sendiri buah dan masukkan sendiri buah itu kedalam plastik.
Dan timbang sendiri.
Kalau tidak, memang cina tu akan mainkan kita.

Oklah , dah panjang benor ni..

Kesimpulan, kalau shopping , hati hati.
Bukan budak jer boleh hilang, nenek pun boleh ghaib.

26 comments:

maklang said...

seronoknya shopping2 ni...

Nanti jumpa Ahni kim salam eh...

Camana? Emosi dah kembali normal tak?

kakLuna said...

aih..ingat nk jd kes Yin lagi pulak ka..

kalau tak,masuk paper la muka akak..cari 2 org anak pulak tu

Kaklong Syikin said...

salam,

kak, nampaknya lain kali akak kena jalan belakang sekali supaya boleh perhatikan anak2 yg jalan kat depan.nanti tak delah peristiwa hilang tu berulang lagi..mmg debar masa tukan.

err kak, nantikan kalau tau ada apa2 sale lagi mcm sale coklat tu, announce awal2 ya hihi..

pB said...

MAK LANG
Memang seronok.
Lagi seronok kalau swept kredit kad yang aBear bagi ...

Ha ha ha ha

Emosi...
Up n Down
Kejab OK Kejab KO

KAK LUNA
Yang tak tahan tu,kalau keluar gambar Tok Ma ...

Nauzubillah ....
Dah tak mau rasa macam ni lagi

KAK LONG
Salam

Nampak gaya gitulah Ikin.
Lepas ni kena jalan belakang budak budak...
Dan jugak belakang TOK MA

Insyaallah, kalau ada kilang Cadbury nak buat sales, kak pB sms Ikin...

Sofira said...

salam ziarah PB :)

Anonymous said...

ala jelesnya pb layan mata petang sabtu...cm berkurun dah tok raso nikmat tidur petang...jadual full je...tapi nak curi masa jugok nok kelih spederman 3 tu. cm hepi baca citer pb yg dah OK ni.

KV said...

hadoii...haru betul bila hilang tok ma dan anak2 dara. Hiks, dah terbayang lagu mana rupa kak pb masa tu. Alhamdulillah dah jumpa semula. Kalo tak dah report polis, kan?

pB said...

AIDURA
Salam Aidura ..

Suker nama ni, lawa bunyi nyer

CM
Jangan jeles.
Smale hok kelik dr shah ale tu pun , dhe lagi tidur depe tibi. Dgn tok ma tok ma sekali, jenero.
Lepas tu, kul ne' , tok ma gerok, suruh sma'je asar

G kelih doh ko??

KV
Raso supo nak ma'ke ma'ke anok maso tu...
Nok ma'ghoh pun ado jugok..
Nok peluk pun samo banyok ...

*fizzy* said...

Salam kak pB..
Aduiiii...harunya!
Bukan stakat anak² dara, nenek skali hilang..
Heheheheh..

Tp btol laa, nx time kak pB keno dok blake skali.
Make sure semo ado..

Wahhhh, cadbury akan buat sale ke?
Hulur² laa ke sini, boring jugok make khepok losong sokmo..
LOL

13may said...

huh! bahaya betoi....

tapi syok la pasai seluar tuh...
dari 70 dapat 17...buleh beli sepuluh lai la camtu...

McBudu said...

Seksyen 13lah, bukan seksyen 7.... seksyen 7 tu kan dekat umah MB tuh...

~adeQ~ said...

shopping sakan nampaknya anak beranak ni, 3 generasi sekali pegi.
Kak PB, nampaknya saya alami masalah sama macam kak PB...tapi kali ni mak punya pasal. Ntah lah...letih nak puaskan hati sume org...

pB said...

FIZZ
Tu lar , haru biru.
Nok suko pung ado jugok.
lagu mana , buleh hile dengan tok ma tok ma sekali.

Nanti kalau cadbury sales, fizzy ambik cuti, ok

13 May
Memang murah ...
Dan kualiti pun elok ..

McBudu
Dok ra'so doh mesti McB betul semula.
Sapa kat seksyen 7 tu, dok ingat ingat smula alamat tu..

Esok lah kalau gitu pB ke sana ..

pB said...

ADeQ
Selalu nyer memang kak pB bawak Tok Ma kemana kak pB pergi (kalau dia nak ikutlah , kan)...

Ye ke..??
Nampaknyer adeq pun kena banyak bersabar.

Memang susah nak puaskan hati semua orang.
Kita jer nak kena jaga hati mereka.
Hati kita , kenapa tak der orang nak jaga ....

Kalau rasa nak mengadu, hantarlah email...boleh kita berdiskusi

HAPPYIRFA said...

kakpb..
jale sake sampai hampir ilang mok ngan anok sekali.bahayo sungguh.
sibuk sgt ko?lain kalilah kita bua..

pB said...

IRFA
Tu lar, jale tok skali.
So'ghe depe
So'ghe blake
Ginilah jadiknyer

Isna , meme sibuk sikit.
Nanti bilo kak pB sene, kak pB call IRfa...

Pa'chik said...

"Saper saper yang kehilangan ibu dan anak, sila ke tempat pertanyaan"

supo obak batuk jah... buleh wak npep'peng nih

aNIe said...

Kak lady ni cukup takut kalau tertinggal bebudak ni kat shopping...maklumlah orang ramai...pernah dulu tertinggal fareez kat belakang...kak lady masuk kedai cd dia tak nampak...terus kedepan bila nampak akak takde...apa lagi melalak ler dia...baru lah akak nampak dia...

Jadi len kali ajar anak2 tu jeritkan nama mak bila mak hilang dari pandangan...biar kita dengar...kalau panggil mak aje...semua orang pun ade mak...jadi...panggil nama mak...jadi kita tau anak kita tu...

Anonymous said...

kak OO ni sejak kes Yin tu, memae tok bowok boduk kalu nok gi tepak ghama2 - bowok gi tepak hok insyaAllah buleh control..mace hari tu gi bookfair pong tok bowok..

ssini ado jugok jual pauh 3 kg = 10 riyal tapi aloh laaaa comey2 blako! manih lleting pulok tuh! raso nok beli pulok kalu jjupo esok.

izinni said...

amboiii rajinnya shopping. dari puchong ke shah alam. ngapa tak ke ioi dan yang sewaktu dengannya je? tapi kan .. saya yang dekat sangat dengan shah alam tetap akan beli barang kat subang jaya gak. hehehehe

saya selalu pesan kat anak2 .. kalau terpisah masa dalam shopping complex ... jangan nangis, mesti jerit kuat2 atau terus ke mana2 cashier counter yang dekat.

pB said...

PO'CHIK
Maso nok g royak ko gad tu, dale otok , dok piki , gapo la nak royak ko dio...
Supoyo gad tu tok ketawa ...


KAK LADY
Anak anak pB pemalu macam mak dia..
Kah kah kah
Tu lar kan, lain kali memang nak kena pesan macam tu...

KAK OO
Bowok sebab tak dok sapo nok jago demo tu . aBear ado kelah. Nok tinggal, meme tok arap.

3 kilo , berapo butir tu??

IZZINNI
Ke ALam Central sebab nak beli kain ela . pB , SBJ tu jarang pergi.

Biasanya kalau tak de Tok Ma, budak budak tu sederet dengan pB.

Zareda Norman said...

PB
bes kan shopping, zar pun sekarang kalau nak shopping turun The Mines, Alamanda atau jusco equine jer.. tak de turun KL dah..

Nasib baik tak ilang lama, Tok ma kena pakai HP ler macam ni, senang nak contact kalau tak kelihatan dimana mana

achik said...

uish jenuh gak jadi camtu kan.. nasib xde apa2..

pB said...

ZAR
Memang Tok Ma ada hp yg adik hadiahkan.
Tapi dia tak suker nak guna ...

ACHIK
Memang nasib baik tak jadi apa apa.
Kalau tidak, mlm tu masuk muka kak pB dalam Buletin Utama Tv3..

WRA said...

k.we tok leh wi komen kemarin...hari ni baru buleh...bakpo tok tau...

pB said...

KAK WEAR
Kak wear nok komeng gapo kemaring...

Bakpo tok tulis...??

Hi hi...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...