05 June, 2007

KENA FAHAM

aRGHHHHH ........
Tiba tiba jadi monster pB .
Mana tak geram, dah type berjela jela, bila nak posting, hilang

Sabarrrr ........
Cuba recall balik ayat ayat yang ditulis tadik.....

****************************

Semalam pB kerja sorang sorang kat pejabat ini.
Imajin dari jam 845 pagi hingga ke 530 petang, tak dak sapa sapa yang boleh jadik kawan sembang.
Rasa nak pecah dada sebab keboringan.
Kerja memang ada.
Bila kerja dah selesai, terkebil kebil.
TV pulak, rancangan hanya untuk kanak kanak.
Mentang mentanglah cuti sekolah , semua rancangan kegemaran pB tidak disiarkan.
Tepat jam 530 petang, pB dah terpacak depan " JAM KETUK " tu.

Semalam jugak , aBear first paper.
Member tu memang study tahap giler giler tu.
Sanggup bangun jam 3 pagi untuk ulangkaji.
Isteri dia .... hmmm .... lagi seronok tarik selimut.
Lagi seronok layan mata, dari teman suami ulangkaji pelajaran.

Hari ini, tak der paper.
Esok , ada satu , jam 2 petang.

Semalam , pB masuk kereta terus dengar aBear mengomel.
Apa yang lecturer beritahu tak sama dengan apa yang ditanya dalam kertas soalan.
Patut dalam satu soalan, cuma satu topik.
Tapi apa yang keluar , ialah , dalam satu soalan ada dua topik yang berbeza.
Belasah aja masa menjawab.
Paling paling pun, engkau tengok aku, aku tengok engkau (ini pB yang tambah, aBear tak cakap pun).

Teringat dulu dulu masa pB nak exam, member selalu cakap sebelum masuk dewan pereksa

"kalau soklan spok ni tak keluar, kita jerlah yang keluar dewan cepat"
lepas tu sumer pakat gelak kuat kuat.
padahal dalam hati, Allah jer yang tahu .....

Dalam aBear dok mengomel , terlepas cakaplah satu perkara.
Boss dia nak hantar dia ke Sabah atau Sarawak ( pilihan di tangan aBear).
Selama dua minggu berturut turut.

aBear terpaksa ikut arahan sebab sepanjang dia belajar semester ni, belum lagi dia ke sana.
Sedangkan member member yang lain dah acap kali ke sana menguruskan projek.
Kali ni, tidak dapat lagi guna alasan 'ada kelas' sebab boss pun dah tahu yang cuti semester dah nak mula minggu depan.
Lagi pun boss ni dah banyak kali defend aBear , tak bagi urus projek yang jauh jauh dan makan masa yang panjang.

pB ????????
Terus muncung........

aBear terus membebel.
Katanyer pB ni tak pernah nak faham cara kerja dia.

Bukan pB tak faham dan bukan pB tidak mahu faham.
Tapi pB geram , sebab banyak rancangan terpaksa di batalkan , atau pun diteruskan tanpa aBear.

16 dan 17hb ni sepatutnya kami sekeluarga bercuti.
Bukan jauh pun, cuma ke Kajang.
Tapi tempat / country house ni kami tak pernah cuba atau sampai.
Sekarang, pB terpaksalah ajak adik turut sama.
Nak batal memang tak boleh sebab ikut syarat, kalau dah booking , tak boleh batalkan.
Kalau tidak, burn begitu aja ....

pB tahu aBear kena ikut arahan kerana

1) aBear cuma kuli.
2) aBear cuma makan gaji.
3) aBear keluar pun sebab kerja
4) aBear keluar pun sebab nak senangkan kehidupan isteri dan anak anak.

pB geram kerana

1) masa minggu belajar, kalau nak keluar sabtu ahad, pB aja yang bawak anak anak . aBear tak leh ikut sebab kedatangan di ambil kira. Ada markah. Ok, pB faham.

2) cuti sekolah, tak leh balik kampung sebab study week n exam week. Ok, pB faham

3) cuti semester pun tak leh nak spend masa sama sama. Lagi teruk , sbb hujung minggu pun aBear tak leh nak balik. Bukannya dekat tempat yang aBear nak kena pergi tu. Sampai ke pendalaman. Naik perahu panjang berjam jam utk sampai ke sana.

Masa minggu belajar, bila pB minta tolong apa apa , mesti jawapan nyer,

"nanti aBear buat , bila cuti semester"

sekarang, yang tinggal hanya kata kata .............

KENA FAHAM .....
MEMANG NAK FAHAM....
TAPI KENAPA SUSAH NAK FAHAM
....

YANG RASA,
TAK PUAS HATI ....

RASA MACAM DIANAK TIRIKAN ...

KAH KAH KAH ....

CEMBURU DENGAN KERJA ABEAR PUN SATU HAL..

KITA TERPERAP KAT PEJABAT.
DIA SATU MESIA RONDA......

28 comments:

HAPPYIRFA said...

'Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."HE HE..pernah baca petikan diatas?
cayang kak pb..jgn sedih2 deh..
abear gi kijo buka gi suko2.

Anonymous said...

KEHIDUPAN KITA PENUH DENGAN JANJI2 MANIS DAN KESUDAHANNYA HANYA TINGGAL JANJI2 MANIS YANG TELAH MENJADI TAWAR SEBAB JANJI2 TIDAK DITUNAIKAN DAN SEBENARNYA BUKAN TIDAK MAHU DITUNAIKAN TETAPI KEADAAN MASA DAN KETIKA YANG TIDAK MENGIZINKAN MAKA DALAM SITUASI INI SAMA2LAH KITA GIVE AND TAKE, MAYBE NOT THIS TIME MUNGKIN DILAIN HARI JANJI2 YANG TELAH DILAFAZKAN AKAN DITUNAIKAN, KESABARAN MENGUJI KEIMANAN DAN KECEKALAN HATI DIDALAM MENEMPUH SEGALA MACAM DUGAAN DAN CABARAN...INSYAALLAH!

kakLuna said...

ala kak PB..bukan akak sorg je penah lalui kene tolak ansur dgn keje suami...saya pun sama...insyaAllah, kalo kak PB sabar, esok2 Allah gantikan masa yg kak PB korbankan tu dgn keadaan atau dalam situasi yang lebih baik...hanya Allah tahu yang terbaik utk kita,kan.. :)

pB said...

IRFA
Wah... ini sudah bagus.
Adik ku ini sudah ceria .....

Tu lar sebab ingak hok dio g krijo tu lah hok sejuk sikit...

kalu tidak ........

SINGA UTARA
Biasalah kan...

Kita merancang , Allah yang tentukan

pB said...

KAK LUNA
Bukan apa apa pun.
Dah tugas , nak buat macam mana.

Saja nak cerita, luahan perasaan.

Insyaallah, sabtu ni , ada plan gantian.

blackpurple @ jowopinter said...

Sabar...sabar...sabar itu sebahagian dari iman :)

Kajang kat mana tu pB?

:)

Mummy Rizq said...

PB kan dah tau sebab sebab kenapa abear kena gi.. jangan lah muncung. Untuk kesenangan semua jugak. Kiranya PB masih beruntung coz bila abear tak der, PB masih boleh merayap.. tau drive.. anak anak ada. Ada kawan aku sorang ni, dah ler tak tau drive, surirumah plak tu, so bila hubby tak ada lagi teruk keadaan dia. Jadi..BERSABARLAH...ok!

pB said...

BP

:-)

Kajang tu di ->

Country Villas
Kajang, Selangor, Malaysia

pB said...

MR
Betul kata MR tu.
Nasib baik tahu pandu keter.
Kalau tidak, terperap jelah kat umah tu...

Memang boleh merayap, tapi kdg kdg tu nak merayap dengan suami..baru sonok kan.

Sabar jerlah ...

Insyaallah, kejab jer dua minggu tu.

Mak Su said...

tak per pb - lepaskan geram kat sini, biar kita semua sama-sama geram kat aBear.. eh.. i meant geram kat pb, eh! sori.. err, tak tahu nak geram kat sapa... tapi nak tolong pb geram geram grrrrr

pB said...

MAK SU
Hi hi hi...

jom kita sama sama nyanyi lagu

GERAM, JANGAN ENGKAU GERAM.
KALAU GERAM, NANTI KENA CIUM ...


boleh ker????

Anonymous said...

oklah tu kak..aBear pegi bersebab..lagipun, bukan saja dia nak abaikan tugas2 dia sbg suami, ayah...lain mcm saya..hhuuhuhu...

pB said...

OREN

Oren , jangan lah sedih.
Kak pB tulis entry ni saja saja nak buang apa yang negative dalam jiwa kak pB nie.
Tak nak simpan simpan, nanti meletup susah...

Apa yang berlaku pada Oren tu, ada hikmat nyer.
CUma buat masa ni, Oren tak nampak dan orang lain tak rasa.

Tabahkan hati.

Kak pB sentiasa ada di sisi Oren, percayalah ...

Kang tak pasal pasal , kak pB pulak yang nangsi nieeeee ....

Sastri said...

nak wat camana kan kak? dah terpaksa, sabar je laa...

p/s: akak pun birthday bulan october gak ek? sama laa kita... :D

pB said...

SASTRI
Tulah kan.
Kenalah berkorban ...

Bukan senang hidup berumahtangga ni ....

p/s -> Yup yup. Kak pB hujung bulan Oktober...
Sas pulak macam mana??

zino said...

org gomen lagi teruk asyik nak kena exam je.. nasib baik gaji naik.. hehe

~adeQ~ said...

heheh...bro zino, i sokong sama u! takpe lah kak pb, at least ada anak2 sebagai peneman. nanti abear abis belajar, dapat naik pangkat, sape yang untung? tentulah mereka dan keluarga mereka, kan? masa tulah, kak pb akan rasa segala pengorbanan kak pb terbalas....ehehehe..pandai jek adik kecik ni nak beri nasihat...ceria selalu kak pb, awet muda!

pB said...

BRO Z
Exam sokmo pun tak per.
Sekali naik gaji, tu diaaaa
Tak habis makan

ADEQ
Kat syarikat aBear ni pelik sikit.
Kalaulah dinaikkan pangkat , tapi ditukarkan ke bahagian lain, aBear tak nak....

SO, sekarang atas rezeki jugaklah. Kalau by teh time aBear habis belajar, dan ada kekosongan utk post itu, maka naik ler sikit gaji nyer ...

kalau tidak, aBear masih dgn post lama ....

Kak pB sentiasa awet muda...

Idham said...

ah pBbbbb......jangae dok maghoh lagu deh...mmunco tu...keno kontrol jugok tuh...aBear kerijo kuat tuh nok beli gelae mah besa ko pBB la tu...hehehehe

eh lagu nih, cukup menyucuk jiwa lah....:)

abe id

pB said...

ABE ID

Mu'chong skali skalo , tak po lah.
Hok tok cho'mei tu kalu mu'chong hari hari ....

Bukae bok tear nok beli gelae mah besar, sebab nok keno pe'ro anok daro pak orghe tu..

Ngaji skoloh maha , lonni..
Pensel sebatae pun kat serial doh ...

Senae hati bacho abe id sihak doh.
Jagae dok stres sangat.

Lagu ni ...??
Ado kenangae ko??

Pa'chik said...

sajo nok manj'jo jah tu.. haha...

tapi kalu kato dek'ki tokleh gi jauh-jauh pung.. jolo jugok.. hehe..

Mrs.A said...

Kak Pb Sayang..
Ala ciannya dia... Merajuk dgn abear.. Nak abear pujuk yea????

Sabarlah.. Ni masa nak sama-sama susah.. Terpisah atas tuntutan kerja dan masa depan.. Bukannya lama pun.. Akan tiba masanya Kak PB dan Abear bersama-sama bercuti nanti.. Mana tau dan habis study nanti terus naik pangkat, kurang skit bebanan kerja.. Bagi arahan je.. Masa tu lebih masa untuk akak.. Betul tak??

pjoe said...

:D
suka baca entri kak pb.
sweet,
tringat dgn mama dgn abah dulu.Kalau ada kursus selalu je muncung.Lepas tu selang sejam call
semoga kak pb bahagia selalu dgn cik abear

Eddie Putera said...

guano gak beghona hari ni nih ? Acu bangun tarik nafas and pandang ke langit. Tengok apa yang kita ada and bukan apa yang kita tak ada.

Apa yang ada adalah kurniaan dan nikmat. Apa yang tak ada adalah bisikan syaitan.

Redha itu satu Jihad.

hehehe..Takzirah hudoh hudoh.

banggugar said...

salam,

hehehehe

sabo pB.. kena faham..

insya Allah elok la kejap lagi..

(",)

pB said...

PO'CHIK
Hi hi ... malu nok royak, hok lebih nyor bab dek'ki tu ....

MINNIE
Ala .. bukan merajuk lama pun. aBear bukan jenis kaki pujuk. Kalau merajuk, kena ubat sendiri.

Hopefully aBear selamat pergi dan selamat pulang ...

psstt...kalu tak jadi, pun bagus jugak tu ... kah kah kah

NERD
Lagu tu lah hidup berumoh tanggo nie.
Kadae kadae bukae nok me'chok sangat pun, tapi mache frust sebab tibo tibo keno tinggal.

Supo lah dengae ma n abah Nerd tu ...

Mache mache ado .... bilo duo orghe dok sebumbung, tido sekatil

ABE DJIN
Tidok la brona belah mano pung. Smeta jah muchong nyor..

Hi hi...abe djin jadi ustaz la hari ni...

DOk imajin, pi'oh atah pa'lo abe djin...
Cayalah ....

B.B
Salam ...

Dah elok pun..

Biasalah kan, lagikan lidah selalu tergigit, inikan pula suami isteri ...

Kalau baik manjang, tak syok jugak

achik said...

mak aih mati kutu kalau kena keje sorg2 camtu.. seb baik ada tenet kan.. bleh la memanfaatkan masa yg ada.. hehe ;p

pB said...

ACHIK
Memang ada tenet, tapi ,kak pB dah samapi satu tahap, nak tengok PC pun dah nak muntah ...

Cam ne tu??

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...