27 July, 2007

ANAK2

Salam Jumaat ...

Pagi ni sarapan pB ialah nasi kerabu hitae berlaukkan daging goreng...
Husshhh ..... perut dah berbunyi dah ...
Lapor ler ..

Semalam lepas isyak dah landing.
Adik datang kul 10 malam. Turun , salam , sembang tapi mata tutup sebelah.
Last last pB sambung tidor kat bilik Tok Ma.
Ayaq teh pun pB suruh aBear yang siapkan.
Memang tak larat nak bukak mata.

Hari ni nak cerita pasal dilema yang sedang dihadapi oleh aBear n pB.
Masalah anak anak ...
Hmmmm ....

Baru baru ni, kat pereksa pertengahan tahun.
Aqilah dan Afiqah dapat nombor dua.
Alhamdulillah.

pB tak der pun bagi hadiah apa apa kat mereka tu.
Sebab pB dah janji kalau dapat no teratas untuk exam akhir tahun baru dpt present.

Nak dibuat cerita, pihak sekolah pulak yang nak bagi hadiah.
Rombongan ke Cameron Highlands , dua hari satu malam.
Bayaran cuma 65 hinggit seorang.

Yang si Aqilah tu dah merenget renget nak pergi.
Si Afiqah nak jugak pergi , tapi dia tak leh dok datang meleseh.
Cuma pandang jauh jauh jer.

pB tanya aBear.
aBear tanya pB.
Nak bagi ker ??
Tak nak bagi ker ??

Kalau tak bermalam , mungkin pB akan benarkan.
Tapi ini bermalam.
Urusan mandi , tukar baju.
Kat umah ni pun , masih dok terpekik terlolong kalau time lepas mandi , inikan pula kat bilik hotel tanpa pB .

Lagipun , tahun ni pun , pB dah bawak mereka ke sana.
Siap bermalam jugak tu.

Hotel yang macam mana pun pB tak tahu.
Bimbang kalau hotel yang tak berbintang tu.
Ala ala hostel tu ...

SUsah tul...

Tak diberi , nanti kan lepas ni , mereka akan merajuk, makan hati.
Tak mau belajar elok elok untuk pereksa akhir nie.

Kalau diberi, pB macam tak sedia nak lepaskan mereka sendirian.

Saper buleh tolong beri pendapat, pB silakan ....

Keputusan yang muktamad, isnin ni aBear akan keluarkan.

36 comments:

kak OO said...

kalu kak OO cameron highland nok gi tu bukae dekat, pah kawasae bukit bukau naik bas - jauh, macae2 pikir tu..kalu nga kito tak po...lepas tu raso anok2 Da tok jauh bezo nga Kakak kami ni dih, lebih kughe jah degree mandiri tu - kak OO memae tok harap..lepas tu mugo gi doh kae..pujuk elok2 anok2 tu, insyaAllah. Ganti ler rm65 ringgit bayaran gi ko cameron tu dengan bendo laing..sorry la kak OO tok membantu tapi kalu sejauh tu nok gi dan anok baru sebesar tu memae kak OO tok akae buwi la.

minnie said...

Salam dan Selamat Pagi Kak pB...

Kali pertama mak dan ayah saya benarkan saya ikut rombongan sekolah masa saya darjah 4.. Sekolah kat perak, rombongan ke Kuala Lumpur.. Seronoknya tuhan aje tau..

Pendapat saya la kak, akak izikan diorang pergi. Lagipun diorang pergi berdua. Budak-budak ni depa tatau jaga diri bila bersama mak ayah sebab depa tau ada orang ambil berat kat diorang. Anggap ini percubaan pertama. Tgk ok ke tak.. Lepas ni kalau ada aktiviti macam ni lagi, kak pb dan abear dah tau cemana nak decide berdasarkan performance pertama diorang ni...

Walaupun akak dah bawa diorang tahun ni, tapi rombongan sekolah sangat berbeza dengan pergi dengan keluarga kan... Kat sini diorang akan belajar berdikari dan menjaga diri sendiri...

Apapun terpulanglah pada akak dan abear.. tetiba baru tersedar, saya cuma ada anak tekak, anak rambut dan anak patung.. Huhuhu..

Jangan marah yea Kak pB...

zareda said...

isss susah nak buat keputusan ni kan.. kalau zar pun pikir sepuluh ribu ratus kali nak lepaskan. Sedangkan Zulaika pi rombongan ke zoo pun zar berbuih mulut bagi pesanan penaja siap bekalkan makan minum macam anak tu nak pergi setahun.. hihihihi

Tapi kan PB, mungkin ini satu benchmark untuk pelepasan yang seterusnya. Zar rasa mungkin PB harus lepaskan dorang pergi kot. Lagipun dia pergi berdua kan, dengan pengawasan guru. InsyaAllah.. Bagi pesanan penaja banyak banyak kat dorang sebelum pergi tu.. hehhehe

fizzy said...

Selamat pagi!..

Sungguh indah suasana pagi Jumaat di kampung..
Usai bersarapan sebungkus laksam, aku terus ke sini menjengah laman kakak kesayanganku..
Oh, dalam dilema rupanya..

Hehehehehe.. mood ala-ala penulis novel gitu.. :)
Fizzy masa form4 ke CH.. Bestnya gi sana..
Takpo lah kak pB.. sama2 tunggu keputuse ayahandanya.

Kak pB tokleh YM ekk?:)

McBudu said...

Budak-budak sekarang bukan macam dulu, mereka lebih matang. Anak=anak saya semua saya benarkan kalau ikut rombongan sekolah, biar mereka independent sikit. Malah anak saya yang kecil sekali tu (tengah buat konsert kat blog semalu) pun dah pergi ikut rombongan tadikanya. Exposure penting, tapi terpulanglah kepada mak bapak sendiri... kalau rasa nanti tak dapat tidur malam... lupakan je lah!

Alex Lacey said...

hari ni Azwar nok berlepah ko PD nga rombongan sekoloh agamo dio...pukol 4:00 ket gi bertolak...dari last yaer lagi sekoloh dio buat rombongan...mulo2 tu meme raso berat ati nok lepah...tapi dok pikir, sapa bilo demo tu nok meleseh nga kito...satu hari keno let go jugok...baik let go awal2 sikit, so that demo buleh belaja berdikari cepat sikit....

anok hok no. 2 tu pung gi Melako dulu nga sekoloh dio...maso tu baru darjah 2...

cumo, kito siapkan la apo2 hok patut, pah tuh pesan betul2...selebihnya doa dan tawakkal jah la....itu hok k.we buak la....tapi atah PB nga Abear la pulok nok decide lagu mano...hehehe

pB said...

KAK OO
Salae Kak OO.
Sorry , pagi pagi ngacha kak OO.

Hmm..
pB hok sbenar nyo lebih ko tok sir bui.
Yolah, CH tu bukae nyor dekat. Naik bukit bukit la pulok.
Dok mikir bendo hok tok brapo nok molek tu ado jugok ...

pB n Kak OO ni samo jenih rasonyor.
Terlalu melindungi ..
hi hi hi

Kelih muko demo tu , naik siae lar pulok ...
Hmmm...

MINNIE
Memang situasi pergi bersama kawan2 dengan situasi dengan keluarga tu lain.

Memang pergi berdua. Tapi si adik tu kalau bab bab dengki ni, dia lebih sikit.

Risau takut kat sana , dia dok buli kakak dia. Ambik beg, bawak beg, simpan baju dia...

Thx 4 d nasihat...

hi hi ...ayat standard tu ..
anak tekak, anak telinga n anak patung.

pB said...

IBU IKA
Memang susah lar Zar .
Naik buntu dah dok fikir.
Kesian pulak bila tengok muka budak budak tu.
Putih bijik mata , terkelip kelip tunggu jawapan dari mama n aBah.

Thx 4 the pandangan.

FIZZY
Sega degar doh kor??
Mandi doh nie??

CHiss.... sajo jor nok suruh kak pB jeles ...

Rasonyo kak pB seroh kor che aBear doh nie ...

pB said...

ABE Mc B
Berupadate jugak akhirnya blog Abe McB nie nyer ....

Jenuh pB dok berulang alik , tapi dok kat kota singa tu lagi..

Mintak maaf lah yer ..
Tok leh nok kelih kat opeh nie.
Nok keno kelik dhumoh, baru buleh ie'taaaa.

Memang budak2 skrd cepat matang.
Mungkin dah tiba masanya pB lepas mereka ...

Hmmm

KAK WEAR
Salae Kak Wear .

Rasonya kalu anok pB tu jatae, pB tak dok lah rusing n berat hati nok bui.
Ni , budok tino...
Adoi laarrr ...

Nok keno g tanyo dulu cikgu , nok tido mano, nok g jalae mano.. baru buleh buat keputusae...

Indera Kencana said...

Saya punya pendapat bahawa lambat laun Akak harus bersedia berpisah dengan anak-anak Akak. Samada mereka mengikuti aktiviti anjuran sekolah mahupun mereka memasuki sekolah yang berasrama. Mahu atau tidak, Akak harus terima hakikat bahawa anak-anak Akak semakin meningkat dewasa. Sebelum sampai pada waktu tersebut, akan ada isyarat-isyarat supaya Akak bersedia, seperti lawatan sambil belajar anak Akak ke Cameron Highlands ni. Pada pendapat saya, Akak perlu membenarkan Aqilah dan Afiqah pergi tanpa memikirkan betapa kecilnya dan keanakannya anak Kak pB. Kanak-kanak yang berada di luar lingkungan ibu dan ayah pasti akan lebih berdikari. Percayalah kata saya ini. Tentang tempat penginapan pula, sekiranya pun penginapan yang disediakan seperti asrama, ini adalah masa yang terbaik untuk mendidik anak-anak Akak bahawa tidak semua daripada kita dikurniakan dengan tempat tidur yang nyaman. Ada masanya kita perlu memberikan tempat tidur yang keras pada anak-anak kita seperti tidur di dalam khemah di tapak perkhemahan. Saya percaya, anak-anak Kak pB pasti akan mempelajari sesuatu yang bernilai dari lawatan sambil belajar itu. Sesuatu yang tidak mereka pelajari di rumah. Cuma kita jangan sekali-kali berkompromi dengan isu keselamatan. Keselamatan yang paling utama. Tetapi bukankah mereka berpergian dengan guru-guru mereka? Pastinya guru-guru mereka mahukan yang terbaik buat murid-muridnya. Nasihat saya, benarkanlah anak-anak Kak pB (Aqilah & Afiqah) pergi. Balik sahaja mereka nanti, saya percaya Kak pB dan Abear akan tersenyum setelah mengetahui anak-anak abang dan akak telah selesai melalui satu fasa lagi dalam kehidupan sepanjang jalan menuju kedewasaan.

itik putih said...

Hari ahad lepas anak kesygae IP pergi rombongan kat Melaka. Memang mula2 tu kita tak seh dio nak gie. Kita slow talk macae2 nak cuba puyuk supaya dia ubah fikiran tapi sebab gie dgn kawe2 katanyo dan ramai lak kawe2 dia yang gie so last2 bagi gak dia gie. Tapi biasalah bak kata bloger2s yg lain, kena ingatkan dia tentang keselamatan, senantiasa berada dekat dgn guru bila berjalan2 dan bersiar2 maklumlah tengah excited kadang2 budak2 ni lupa so nasihatlah apa2 yang patut... last2 skali kita ibubapa berdoalah semoga perjalanan mereka selamat pergi dan kembali...inyaallah.

umeboshi said...

kak pb, anak2 ni mmg camtu. kalo kat umah, sbb ada mama,abah lah diorg manja2 dan nampak macam takleh nak buat apa2. tapi kalo takde parents depa, kat sana nanti mungkin pjg akal depa tu. dah dgn kwn2, insya-ALLAH bleh berdikari. kita doa2kan aje utk depa.

pB said...

INDERA
Salam Jumaat Indera ..

Wowwwww...
Panjang tu .....

First of all, terima kasih diatas semua kata nasihat tu.

Kak pB dah baca n Kak pB faham apa cuba Indera sampaikan.

Satu hari memang kena let go. Tidak tahun ni, tahun depan.
Tak tahun depan, tahun yang lagi satu .

Nampak nya ramai yang menyokong supaya kak pB let go dua adik bradik tu ..

Hmmm...

Keputasannya , tunggguuuuuuu

ITIK PUTIH
Kah kah
mula mula tu ada gak bunyi klate , lepas tu terus hilang ..

Ooo Syira pergi Melaka , eks??

Rasanya macam tak sampai hati nak slow talk. Terus bagi kata putus leh tak??

Yang sebenarnya hujung bulan lapan tu , dah ada plan nak bawak budak2 tu g selatan tanah air. 4 hari pulak tu .

Tu yang tak berapa nak bagi pergi CH tu..

pB said...

UME
Betuk tu Ume.
Budak budak ni kalau depan mak n ayah, masyaallah , punyalah manja. Langsung tak nak berdikari.

Si Aqilah tu yang kak pB risau sikit.
Dia tu ada sakit lelah. Takut nya kat atas tu , dia punya main tak ingat dunia, kena serang asma , terus demam...

Mintak jauh larrr ...

Si Afiqah ok. Dia memang jenis indipendent tapi satu jer, dia lurus bendul. Selurus lurus nyer ...

ADIEJIN said...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Selamat datang kepada tuan tuan dan puan puan semujga kedatangan kalian semua pada hari ini akan memberikan keceriaan pada majlis ini.

Mula mula saya ingin me....eh..ler silap..ini kat blog pB ker....alaaa... sorry sorry tengah dok berangan nak bagi ceramah ugama.

Pasal bab rombongan sekolah, lepaskan jer...insyaallah dia berdikari dan selamat.

pB said...

ABE DJIN
Wa alai kum mus sallam ...

Adoi lar , ada ustaz sesat la pulak dalam blog pB pagi nie ...

Saloh makae ubat kor , abe Djin ...???

Kor baru dengar cramoh tok guru..??

Nampok gayo tu , rama la pulok hok sokong termasuklah abe Djin ...

Jadi, rasonyor , mungkin lah keputusae tu berat kor alah tok sir bui ...

chop chop ..

keputusae hari isna ...

achik said...

xtau nak bg pandangan.. tp saya dulu masa darjah 6 dilepaskan gi jungle tracking kat FRIM.. :)

Mak Su said...

anggaplah kejauhan itu sebagai pembelajaran untuk mereka dalam mencari jati diri untuk lebih berdikari.

maklang said...

kalau rasa anak2 boleh handle ...apasalahnya..tapi maklang rasa, memamg susahkan nak lepaskan buadak2 ni...

pB said...

ACHIK
Dulu kak pB start outing pun bila dah tingkatan tiga. Masa sekolah rendah , memang tak kemana mana pun.

MAK SU
Betul tu Mak Su.
Kena biarkan mereka merasa susah sikit.

MAK LANG
Hi hi ..
Memang susah nak let go.

Sekarang ni kalau nak keluar mana mana pun, mesti angkut semua.
Tak der nyer nak tinggal , walaupun siang hari ...

Pa'chik said...

ala-ala hostel dakpo lagi, jange ala-ala cerito hostel... kekeke...

blackpurple said...

Takkan hotel tak berbintang pulak kot.

Tapi yang positifnya elok juga. Belajar berdikari. :)

izinni said...

saya pernah lepaskan irfan yang masih berumur 7 tahun masa tu pergi ke kem motivasi selama 1 minggu. mula2 risau. takut pakai, makan, tido. alhamdulillah dia survive. malah dia minta nak ke kem2 macam tu tiap tahun.

saya yakin anak2 pB boleh diharap. selalunya kita as parents yang risau lebih2 padahal kalau dilepaskan budak2 tu .. insyaAllah hidup depa .. boleh depa buat apa yang kita ingat depa tak boleh nak buat.

kena tunjukkan jugak yang kita percaya yang depa boleh berdikari. besides diaorang akan pergi dengan kawan2 dan cikgu cikgi. insyaAllah ok tu. jangan risaus lebih sangat.

:)

Nezjoe said...

alah kak,
yang bowok pegi tu pun cikgu kan?
kito masa sekoloh dulu pun mama tok berapo nok bui. tapi, bilo lagi dio nok jaley nga saim2 dio

joe, raso selagi cikgu jago, ok la!

selamat berhujung minggu kak!

kakLuna said...

rasa2 saya pun setuju la dengan Minnie...bagi la chance dorang..1st try kan..

kalau anak2 merajuk lagi tak seronok,kan

cikdinz said...

pergilah cameron highland. best woooo...
leh beli sayur bebanyak. buah pon murah...

cm said...

cuti sekoloh hari tu cm lepaskan 2 beradik kakak 9 thn & adik hok lembik 7thn ke summer camp(ada parents yg terlebih risau overnite sama dgn anak kat hotel tu)cm tawakkal aje tinggalkan anak 2 hari, balik anak2 happy sgt sbb dpt tidur hotel sendiri, dah mintak nak ke summer camp lagi.

just nak share first time experience lepaskan anak bermalam dgn kawan.

ainizakri said...

pB ..

salam..hmm..sebagai ibu, saya amat memahami perasaan pB, fikir lah yg terbaik...kalau dah beribu fikir dan masih tak pasti..solat lah...minta petunjuk dariNya..InsyaAllah, keputusan pB nanti tidak ralat kata org...

Jgn nanti separuh hati.... hati sendiri jugak yg tak keruan buatnya.

p/s Saya pernah lepaskan anak saya 5 tahun ikut tadika ke Melaka dr Putrajaya. Saya juga izinkan anak saya sleep over di rumah kawan sewaktu umur 7 tahun.

salam ...

Jie said...

salam subuh pB,

nk benarkan dia pergi rasanya tak de masalah...kak jie percaya dia org boleh tapi....tempat tu baru je pergi, baru tahun ni....sbb tu kot pB dlm dilema. Pujuk la dia org.... gantikan pB bawa pergi tempat lain...mcm Langkawi ke, Penang ke... payah sgt melaka je , dekat...budak2 pun suka g melaka tu...leh tgok beca warna warni..hehehehe:p

oren said...

kak,

bagilah depa pi...mmg kat umah, kita terpekik terlolong suh depa buat itu ini, tapi bebudak nih tau nak jaga diri bila mak pak takde..lagipun, lambat laun depa kena hadapi dunia nih..elok bagi pendedahan awal...

Cam Mira, kalau saya gi kursus, dia tau jek urus diri (yg simple2 la..), cam bubuh ubat gigi, mandi (tu pun tak tau la sabun ka dak), carik baju dan seluar...tapi kalo saya ada, jenuh suruh 10x nak suh mandi..

pB said...

PO'CHIK
Ala ala cerito hostel..??
Cerito gapo tu ..??
Royak sikit, biar pB tahu

BP
Yang bab berdikari tu , memang pB setuju sangat.

IZZINI
Wow ... 7 tahun dah hantar kem motivasi. Cayalah ...

Nak bagi kebenaran tu , rasanya tak der masalah.

Cuma pB risau , lepas ni , ada aja acara yang mereka berdua tu nak join.

Takut lupa pelajaran pulak ..

kasutVincci said...

bagi kv lah, tak pe kalo kak pb izinkan dorang pegi. Bila bersama rakan sebaya, dorang akan boleh berdikari. Lg pun ada cikgu yg tolong bagi arahan. Kdg2 bebudak ni, dorang lebih dengar suara cikgu dr suara ibubapa. Dah tabiat semula jadi begitu. Hik hik
Lg pulak, pegi dgn kawan2 tak sama pegi ngan family. Perasaan dan suasananya lain. Rasanya, utk primary school, jagaan cikgu akan lbh skt dr budak skolah menengah. Tp terpulang lah pd kak pb dan abear utk buat keputusan.;)

Anonymous said...

Assalammualaikum kak,
saya dah lama baca blog akak cuma entry kali ni je nak bagi pendapat.
saya dan adik beradik yang lain tak pernah ikut rombongan sekolah yang bermalan.Parents memang tak izinkan atas sebab2 keselamatan dan macam2 lagi laa.Memang anak2 akan memberontak pada peringkat awalnya sebab diorang tahu parents diorang mampu bayarkan kos lawatan tu,macam saya adik beradik dulu,merajuk hati la jugak.Tapi lepas parents explain sebab apa diorang tak izinkan,alhamdulillah kami semua boleh terima.Lagipun,memang setiap tahun,parents bawa kami bercuti.Macam akak jugak laa,akak still bawa diorang bercuti kan?Zaman sekarang ni banyak sangat hal tak baik.Memang laa kalau nak jadi,depan mata kita pun boleh jadi,tapi tak salah kan kalau kita hati2.Tambahan lagi anak2 akak semuanya gadis.
Itu aje dari saya.Maaf kalau ada terkasar bahasa.
-Suri Sakura

Mummy Rizq said...

give them some space.. pB kasik la derang pergi. dengan cikgu & kawan kawan kan.. kira ok lah tu!

Sunan_Jati said...

disini sunan ingin mengucapkan slamat menyambut hari kemerdekaan.. errr

merdeka...!!!!!

ngehehhehe ....

Helena said...

anak2 perempuan, parents kena take extra precaution.....

tapi kita pun nak mereka berdikari kan....

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...