Assalamualaikum semua ....
Rindu nyer pB kat awak awak semua nie...
Baru dua hari tak online ...
Ingat pagi tadi , masuk pejabat , terus nak buat entry , tapi macam macam la pulak hal nyer.
Pindah meja, pindah almari, susun meja.
Buang segala sampah sarap.
Macam sessi gotong royong hari ni kat pejabat.
Bos baru punya arahan.
Semua staff kena station kat Sg Renggam nie.
Dapat arahan kerja , baru keluar ke kawasan yang diperlukan.
Bagus jugak.
Kalau tidak, susah benar nak minta budak budak jantan ni jaga kebersihan.
Cerita tentang Tok Ma.
Alhamdulillah, keadaan mata Tok Ma bertambah baik.
Merah pun dah beransur hilang.
Ubat titis setiap dua jam.
Rabu depan , ada satu lagi follow up dengan Dr R.
Pagi tadi, pB sempat masak daging goreng kicap.
Tok Ma cuma perlu tanak nasi.
Kain baju pun pB dah siap basuh semalam.
Jemur kat dapur.
Pagi ni, cuma keluarkan dan jemur di belakang dapur.
Letih sungguh bila duduk kat umah nie.
Lenguh betis.
Kejab ke dapur, kejab ke ruang tamu.
Kejab jemur kain, lepas tu angkat kain.
Bila diangkat , tak kan nak tinggalkan gitu, lipat pulak.
Semalam aja, dua trib mesin basuh tu bekerja.
Nak kata ramai, tak lah ramai sangat.
Tapi pakaian kotor, bertimbun.
Kalau dok di pejabat ni, banyak duduk dari bergerak.
Tu jer kelainannya.
Tak gitu ....
Sepatutnya pB kursus minggu depan 3 hari.
9hb Julai hingga 11hb Julai.
Payah betul nak ke Jalan Pantai tu.
Kursus kat Tingkat 50 pulak tu.
Dah lah parking susah.
Kena bayar pulak tu..
Last last, pB ambil keputusan untuk tidak pergi.
Bos pun setuju.
Lagi pun , dengar cerita aBear nak ke Seremban.
Semalam , pB dapat fax dari Mines Resort City.
Confirmation letter untuk percutian Borneo Highlands.
3 hari 2 malam.
Semuanya ditanggung oleh pihak Mines.
Flight fee, transport fee dan sarapan pagi.
Tapi sayang, tarikhnya pulak tak berapa sesuai.
Semasa pB sahkan tarikh, Tok Ma tak cakap pun dia nak operesen mata ni.
Tarikh yang diberi oleh pihak Mines ialah pada 21hb Julai.
Kira 3 minggu selepas Tok Ma punya operesen.
Tak kan pB nak tinggalkan Tok Ma yang tak berapa boleh buat kerja berat tu dengan anak anak pB.
Kesian pulak Tok Ma ...
Nampak gayanya terpaksalah pB batalkan percutian free nie.
Mungkin pB akan emailkan surat minta pihak Mines cuba ubah tarikh.
Kalau ada reseki pB , adalah kan....
Untuk semua yang dah tinggalkan komen pada n3 lepas, pB minta maaf banyak banyak sebab tak sempat nak reply satu satu.
Insyaallah, kalau pB sempat , pB akan cuba .....
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
05 July, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
23 comments:
oloh..siyenyo tok leh gi percutian free.mitok2lah pihak mines tu dpt ubah ke tarikh lain..kalau ada rezki.
IRFA
Hok free tu , giae kak pB jah.
Kalu aBear nok g , dio keno baya tambae kapa tubaer tu ...
Dio bui duo tarikh jah.
Sor, bulae tujuh.
Sor lagi, bulae lapae.
Bulae lapae, aBear pulok sibuk dengae kelah dio..
Hmm..
Napok gayo keno i'pong pitih , g sdiri ...
pernoh doh "working from home" for a month maso Kakak accident dulu..ppeluh pah ko betih! Letih tok soh ghoyak la tapi gak happy sangat!! (ho la mugo gaji masuk tu gak, acu kalu tak dok pitih - gelepa kalu)
KAK OO
Yo lah khe..
Maso tu , kak OO tak dok maid...
Pah tu, hok sorghe tu sakit keh jatuh dalae bilik air ...
Ingat ingat ....
Peluh nitik tak tak nah ...
Nok tido pun tok dea...
Cuti duo hari, Nuying jadi manjo lenjo ...
Sikit sikit jerik..
sikit sikit ngaju..
tok leh maghoh sikit abuk ...
Baru nak cakap
"Yeay.. yeayy.. nak ikut"
Kemudian terperasan kat perenggan seterusnya Kak pB tak jadi pi Borneo..
Hmmm mudah-mudahan Kak pB dapat rezeki lain pi melancong pakat-pakat borong sekeluarga.
(Mudah-mudahan Tok Ma cepat sembuh)
p/s Tahniah kerana tak pergi kursus. Ambooiiii... Kak pB, dah boleh geng dengan boss baru, nampak... (Hi hi hi <--- ketawa Tuan Hussein Lempoyang dlm 3 Abdul)
uishhhh bertuah badan tu..dapat melancong free sonok tuu..
nak itut nak itut
INDERA
Kak pB tak sempat lagi baca n3 terbaru Indera tu ....
Nanti , kak pB baca ...
Tok Ma , alhamdulillah makin hari makin sihat. Dia komplen boring dok aja kat umah tu...
kalau ada reseki, memang nak bawak semua ke Sarawak atau ke Sabah. Kak pB sendiri pun belum pernah naik kapal terbang lama lama ...
Bos tu , bos lama. Dia masih ada kat sini.
Bos yang bertukar tu BOS BESAR.
GENERAL MANAGER ....
EIDA
Hi hi...
Nak itut ...
Jom lah ...
Nanti kak pB cfmkan tarikh nya dulu ...
mmg betol tu dok ghumah lg penat dr berkeje apa taknya dr celik je mata sampai nk tutup mata ade je keje nk buat. mmg tak sudah2. jgn kata pb, ni ber3 kt rmh tu pun dh terasa letih tahap gaban.
harap2 jd yek pi holiday tu.. tp rugi lh kalo cik abe nya xpat ikut.. pujuk2 lh dia..
waaa... daging masak kicap... baru je bercadang nak masak menu tu malam nih setelah beberapa lama rasanya dapur tu tak berasap... :p
pasal percutain tu, sas pun harap2 pihak Mines boleh compromise... mcm best jer bunyi percutian itu... nak ituttt.... :D
PB...orang kata kerja rumah ni selagi nak dibuat...selagi tu lah tak habis...walaupun sampai jam berapa pun...
Dok pejabat mata kita tak nampak apa yang tak kene kat umah tu...jadi balik kita buat yang mana sempat aje...pastu badan letih dah lelap...betul tak?
memang penat kan dok umah... kerja tak habis-habis. Anyway, semoga Tok Ma sihat dan segar sentiasa... Amin.
boleh tangguh kot, tp kena cepat
Pah tu tok jadi laa gi cuti-cuti borneo?
huhuhuhuhu..
fizzy pun ingat nok singgoh redang bule nih, tok tahu jadi ko dok..
harap-harap ado teme.
Tok Ma nok operate?
Semoga berjalan lancar..
Aminnn~
Seronok tu kalau boleh pegi.... TT minggu depan ni jadi ke?
kalau tak boleh cuti bagi je dengan kawan2 yg boleh hehe lagi pun free kan? hehe
salam,
kak..doalah byk2, berkat niat akak nak jaga tok ma lps operation tu, pihak mines bagi akak tukar tarikh. KUasa ALlah siapa taukan?
saya doakan akak dpt bercuti :D
kerja2 rmh mmg penat kak..saya kalau tak larat sangat, pejam mata aje tgk timbunan kain tu, hari lainlah lipat. kalau tak pressure jadinya.
LEMPOYAK
Sokong kata Lempoyak.
Dok umah, kejab nak masak nasi. Masak lauk. Hidang nasi. Kemas periuk belanga. Asyik berdiri depan singki jer ...
Hmm... tak tahu lagi lah ttg Borneo tu ..
pB pun belum hantar email lagi kat Mines tu...
Tarak idea nak karang
SASTRI
Sas lagi terror memasak dari kak pB..
Masak daging kicap goreng lah yang paling simple.
Menarik...?
TV pun tak provided ....
KAK LADY
Betul tu akak...
Selagi mata dok tengok , selagi tu lah rasa macam banyak tul hal kat umah ...
MAK SU
Tapi sonok..
Boleh manja manja dengan Nuying ...
Terima kasih atas doa tu ..
ABE Mc B
Benda tu valid untuk 6 bulan jer.
Lagi satu tarikh , bulan lapan. Dengar cerita dah fully book
FIZZY
Kalau terpaksa, memang kena batal lah..
Tok Ma operesen doh haghi Isna tu..
Loni dok se'bek dhumoh. Puah chemuh dio kato ..
BRO K
Insyaallah, setakat ni tak der apa apa plan lagi tu ...
Abe K , pergi tak??
BRO Z
Kalau la boleh tukar tukar , kan senang ....
KAK LONG
Insyaallah, harap harap gitulah kan ...
Kak pB pantang tengok kain bertimbun...
Mesti nak kena lipat..
kalau tidak , hati tak tenang ...
PB,
Hopefully dapat pinda tarikh cuti2 mesia tu..insyaAllah kalau ada rezeki kan.
Azwa pulak kalau part basuh kain tak kisah sangat, berapa trip pun okey...mesin basuh yg buat kerja hehehhe. Tapi part sidai dan lipat kain tu memang lomah den dibueknyo...part sidai kena kerahan tenaga anak2..part lipat kain...masuk jer la dlm bakul. Bila betul2 rajin baru lipat hehehe
insyaallah, harap2 mines kasi tukar tarikh tu..
AZWA
Bab membasuh, berapa trip sehari pun tak per..
Sebab mesin yang basuh..
Kalau kena mesin tu rosak, sakittttttt
Menjemur , pB kerah tenaga anak anak kadang kadang tu.
Tapi melipat , memang pB buat sendiri.
Memang tak leh tengok kain dalam bakul...
Asyik dok teringat ingat..
Tak tahu kenapa
MULAN
Insyaallah.
Harap nyer gitulah.
Kalau ada reseki , adalah.
Kalau tak der, nampak gaya kena start himpun duit lah ...
wah2 bestnya dpt cuti free.. harap2 tarikh tu dpt ditunda.. :)
Post a Comment